Bab 5

1.8K 99 4
                                    

MATANYA terbuka luas dengan nafas terkejut.Ditoleh ke kiri dan ke kanan.Dadanya diurut untuk meredakan detakan jantungnya yang sedikit laju.

"Astaghfirullahalazim.."Ayra meraup wajahnya perlahan.

Air liur ditelan.Keluhan berat terlepas dari mulutnya.Ternyata trauma dia tak pernah hilang akan kejadian satu itu.Bila balik ke kampung lagilah dia tak tenang.

Kakinya diturunkan dari atas sofa panjang yang terletak diruang solat yang luas itu.Pandangannya jatuh pada setiap seorang anak-anak buah,cicit neneknya serta dua tiga orang mak ciknya yang sedang tidur lambak di atas lantai beralaskan toto nipis.Ruang solat atas itu memang neneknya sudah sediakan awal-awal untuk para perempuan tidur.Para lelaki disuruh tidur di ruang tengah,depan televisyen atau bangsal.

"Pukul berapa ni?"Ayra menyoal sendirian.Telefon pintar yang terselit di tepi sofa dicapai.

Pukul 3 pagi patutlah semua dah lena dan rumah nenek sunyi sepi.

Ayra hati-hati berdiri sambil mata fokus memerhati ke bawah.Lampu cahaya yang hanya terpasang dari luar beranda itu membataskan penglihatannya.Takut pula terpijak anak orang yang tengah lena diulit mimpi.

Boleh pula dia tertidur atas sofa.Ni mesti sebab keletihan sampai-sampai saja malam tadi terus menolong di dapur kemudian kena temankan pula anak-anak saudara yang lebih kecil untuk tidur.Sudahnya dengan Ayra sekali terlelap tak sempat masuk bilik nenek untuk tidur sekali dengan sepupu-sepupu perempuan lain yang sudah anak dara.

Perlahan-lahan dia melalui ruang kosong yang kecil untuk berjalan ke arah dapur.Haus pula rasa tekak.Tangga dituruni perlahan dalam kantuk yang masih bersisa.Penapis air Cuckoo ditekan untuk mengisi air ke dalam cawan yang dipegang.Diteguk perlahan air menuruni rengkung.

Bilik air yang juga terletak dibahagian dapur itu ditolak pintunya dan Ayra melangkah masuk selesai sahaja dia mencuci cawan yang digunakan tadi.

Alang-alang dah terjaga ni baik dia mendirikan Solat Tahajud terus.Ayra yang berdiri membelakangi pintu bilik air yang dibiarkan terbuka sedikit itu memandangkan tak ada sesiapa menyapu sedikit air pada lehernya nak bagi segar sikit mata.Rambut yang agak serabai dibetulkan semula dan diikat ekor kuda tanpa Ayra sedar ada sepasang mata yang sedang ralit memerhatinya dari luar bilik air.

Tudung sarung yang tadi disangkut pada bahu dah disarung semula ke kepala.Pintu bilik air dibuka.

"Allah!"Serentak kaki Ayra hilang imbangan bila pandangannya jatuh pada Abang Is yang diam berdiri tegak depan pintu.Ayra betul-betul terkejut.

Belum sempat Ayra jatuh terduduk ke belakang,kaki Is lebih pantas bertindak ke depan dan tangannya terlebih dulu memaut pinggang Ayra daripada punggungnya jatuh mencium lantai.

"Ayra okay tak?"Suara Abang Is kedengaran cemas.

Ayra yang baru tersedar cepat-cepat berdiri semula dan menolak jauh tangan Abang Is dari terus memeluk pinggangnya.

"Apa ni pegang-pegang orang?!"Ayra bertanya dengan nada mahu marah.Dia dah menjauh sedikit dari kedudukan Abang Is yang turut berdiri tegak semula.

"Abang Is tolong je sebab nampak Ayra nak jatuh."Is membalas dengan nada lembut.

"Abang Is buat apa dekat depan bilik air ni?Dari bila dah berdiri sini?"Ayra bertanya curiga.

Tahu-tahu saja dah tegak berdiri manalah Ayra tak terkejut!

"Baru je."Is berbohong.Sedangkan dari mula Ayra membetulkan rambut dalam bilik air tadi dia dah tercegat di situ.

Niat mahu turun ke dapur untuk membasuh muka dan minum air jadi lain pula.

Ayra merengus perlahan dan terus membuka langkah mahu naik ke atas semula.

"Ayra.."Langkah Ayra terhenti bila lengannya tiba-tiba dipaut oleh Abang Is.

"Apa Abang Is ni..lepaslah!"Ayra menarik tangannya dengan cemas.Suaranya ditekan sedikit bimbang suaranya mengejutkan orang lain.Nak luruh jantungnya bila Abang Is dengan berani memegangnya.

Tak semena-mena semua memori pahit yang mengganggu tidurnya sebelum ini datang berpusu-pusu masuk ke dalam kotak fikiran.

"Ayra marah Abang Is lagi ke pasal dulu?"Is memandang Ayra.

"Pasal apa?Ayra tak faham."Ayra membalas sinis dan mula membuka langkah.

"Ayra."Kali ni tangan Is memaut kedua lengan Ayra dan serentak Ayra tubuh Ayra dipusingkan menghadapnya.

Dia tak berpuas hati bila Ayra asyik mengelak dan tak menghiraukan setiap soalannya dari malam tadi.Takkan sebab salah dia dahulu Ayra masih berdendam?

"Apa benda Abang Is ni?!Nanti orang nampaklah!Lepas!"Ayra meronta tapi tangan kekar Is lebih kejap mencengkam lengannya.

"Baik Abang Is lepas.Kalau tak,Ayra jerit biar semua orang bangun."Ayra mengugut.

"Okay..okay."Is melepaskan cengkamannya dan mengangkat tangan tanda menyerah.

Keluhan berat dilepaskan.

"Abang Is cuma nak minta maaf.Abang Is tahu apa yang Abang Is buat tu salah.Abang Is tahu Ayra marah."Is menuturkan perlahan.

Ayra ketawa sinis dihujung bibir.

Marah?Abang Is takkan pernah tahu apa perasaan dia selepas kejadian itu.Bukan cuma marah,kalau boleh dia belasah separuh mati lelaki dihadapannya ini memang dia dah buat.Trauma dan luka yang ditinggalkan terlalu dalam sampai dia sendiri tak dapat hidup baik seperti orang lain.

"Salah tempat Abang Is minta maaf.Pergi minta maaf dengan Allah atas perbuatan jijik Abang Is dulu tu.."Ayra mengetap rahangnya menahan emosi yang kian meledak.Matanya sudah bergenang.

Melupakan pun susah apatah lagi nak memaafkan.

Is diam.Dia bungkam.Ayra sekarang ternyata berbeza dengan Ayra yang dia terakhir kali jumpa tiga tahun lalu.

"Kita kahwin.."Anak mata Is menatap dalam anak mata Ayra yang dah berkaca.

Ayra terdiam.Ayat itu bagai elektrik yang merenjat fungsi jantungnya.

"Bagi Abang Is tebus silap Abang Is dulu.."Is separuh merayu.

Abang Is fikir semudah itu ke?

"Jangan cakap benda merepek boleh tak?Sampai mati pun Ayra tak-"

"Ehem!"Suara deheman itu buat kata-kata Ayra terhenti.

Serentak pandangan Ayra dan Is terarah pada seorang lelaki sedang memakai kain pelikat dan t-shirt hitam.

"Affan.."Spontan nama itu terbit dari bibir Is.Terkejut juga bila tiba-tiba Affan muncul entah dari bila.

"Korang dua ni tengah bincang siapa nak masuk toilet dulu ke?"Affan yang berdiri tak jauh dari Ayra dan Is itu bertanya dengan mata terkebil-kebil.

"Ta-tak adalah.."Ayra menjawab gugup.Bimbang apa yang dia dan Is gaduhkan tadi didengari.

"Bagus.Tumpang lalu.Tak tahan nak berak ni.."Affan melangkah di tengah-tengah antara Ayra dan Is untuk ke tandas yang terletak di sebelah bilik air tempat Is dan Ayra dari tadi berdiri.

Ayra menghela nafas lega.

Tengok dari gaya lelaki bernama Affan itu Ayra tahu yang dia tak mendengar apa-apa.Terus Ayra melangkah naik ke atas dengan segera meninggalkan Abang Is di dapur.

Is hanya diam melihat Ayra yang dah berjalan pergi.Dia meraup wajahnya.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now