Bab 61

4K 164 9
                                    

PINTU rumah banglo mewah ditekan dan ditolak dari luar.Kakinya mengatur langkah masuk ke dalam.

"Assalamualaikum.."Ayra memberi salam.Baru dia mahu berpusing kedengaran tapak kaki berlari ke arahnya.

"Kak Ayra!"Riang suara Elly yang datang dari arah ruang tamu terus memeluk pinggangnya dari sisi.

"Hi,Elly.."Ayra tersenyum sambil mengusap bahu adik iparnya itu.

"Ingat akak tak jadi datang.."Elly mencebik sambil didongakkan kepalanya memandang Ayra.

"Mestilah jadi..kan dah janji malam nanti nak tengok wayang."Ayra senyum segaris menunduk.

"Sampai dah Ayra?"Suara Datin Raihana yang datang dari arah belakang Elly itu buat Ayra mendongak.

"Sekejap..akak nak salam ummi."Tangan Ayra hulurkan ke arah ibu mentua yang dah berdiri di depannya.

Berlaga ciuman pada pipi.

"Rindu betul ummi dengan anak perempuan ummi sorang ni."Pipi Ayra diusap.

Ayra menarik senyum.

"Maaflah ummi.Affan sibuk betul beberapa minggu ni sampai sempat call ummi je tak sempat nak datang jenguk."Ayra menerangkan.

Bimbang ibu mentua berjauh hati.

"Tak ada apalah.Ummi faham je.Affan tu kalau dah kerja mana nak ingat benda lain."Datin Raihana senyum.

Bahu Ayra diusap lembut.

"Kamu ni,Elly.Sudah-sudah peluk Kak Ayra.Bagi Kak Ayra naik atas dulu rehat ke apa."Belakang badan Elly yang masih erat memeluk Ayra dicuit sedikit.

Seronok betul kalau dengar kakak iparnya itu nak balik bermalam.

"Alah..nantilah tak habis rindu lagi.."Wajahnya dah disembam pada perut Ayra yang dilapisi blouse itu.

Ayra hanya tergelak kecil.Seronok saja melayan keletah adik iparnya yang baru berusia 9 tahun itu.

"Dari semalam Ayra dia duk menghitung waktu tunggu kamu dengan Affan balik."Datin Raihana menggeleng dalam senyuman.

"Tak apa,bu."Ayra senyum.

"Affan mana?"Kepala dijengukkan ke pintu yang masih separuh terbuka.

"Assalamualaikum.."Belum sempat dijawab,suara Affan sudah muncul masuk melalui pintu sambil membawa beg pakaian dia dan isteri.

"Waalaikumussalam.."Datin Raihana menjawab salam dari anak lelakinya.

"Amboi..Affan tak laku eh sekarang.Semua pakat serbu Ayra dulu.Lagi-lagi budak kecik ni.."Beg diletak dahulu ke atas lantai mahu bersalaman dengan ummi.

"Aduh!Sakitlah abang!"Elly mengaduh sambil menggosok telinga yang merah dipiat Affan semasa berjalan melepas dia dan Ayra untuk bersalaman dengan ummi.

Ayra turut tolong mengusap telinga Elly yang dah kelihatan memerah dalam senyuman halus.Macam-macam dua beradik ni kalau jumpa.

"Yelah..sibuk je hijack isteri orang."Affan membalas selamba sambil tangan umminya dicapai dan dicium.

"Ish mengusik je.."Bahu Affan yang sedang tunduk mencium tangannya itu ditepuk sedikit kuat.

"Ummi sihat?"Affan tergelak kecil seraya bangun bertanya.

"Alhamdulillah..sihat.Lama betul tak jumpa anak bertuah sorang ni.Ingat nak simpan menantu ummi dalam almari.Kalau minggu ni tak balik jugak memang ummi duduk sebulan dekat rumah kamu.Rindu sangat dekat Ayra haa.."Datin Raihana membebel.

Dipiat lembut telinga anak sulungnya itu sampai Affan menyeringai dalam sengih.

"Sorry,ummi.Banyak benda nak selesaikan dekat kafe.Lepastu pasar tani dah pindah tapak baru."Affan menggaru kepala yang tak gatal dengan riak bersalah.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now