Bab 1

3.3K 100 1
                                    

PINTU rumah kampung separa batu yang baru dibuka itu ditolak.Baru mahu melangkah masuk ke dalam sudah kedengaran suara orang bertengkar yang memang Ayra sudah lali.

"Pergilah duduk dekat rumah betina sundal tu!Balik sini setakat nak menghabiskan beras tak bagi nafkah baik tak payah!"Ayra memandang ke arah dapur yang ditutupi langsir nipis.

"Kau tu tak pernah ikhlas nak layan aku sebabtulah aku ni cari orang lain!"Suara lelaki yang membalas kasar itu buat Ayra mengeluh.

Kelihatan sosok tubuh ayahnya berjalan laju keluar dengan wajah menahan marah diikuti ibunya yang masih belum puas memuntahkan isi hati yang melahar.Ayra masih tercegat di tengah-tengah ruang itu.

"Kalau rasa aku tak ikhlas kau boleh duduk sana teruslah!Balik sini tahu nak mintak duit je!"Ibunya berdiri bercekak pinggang dengan wajah menyinga.

Ayahnya terus berjalan melepasi Ayra.Mereka berdua langsung tak mempedulikan Ayra yang masih berdiri menyaksikan pergaduhan itu.

Ayah Ayra sudah berdiri di luar pintu menyarung kasut.

"Semua benda ni jadi sebab mulut kau tu yang tak reti jaga!"Pintu dihempas kuat setelah ayat itu keluar dari mulut ayahnya.

Terhinggut sedikit bahu Ayra dengan hentakan pintu yang bergema ke segenap ruang rumah kampung yang bersaiz sederhana itu.

"Ibu.."Ayra memanggil perlahan ibunya.Niatnya mahu mendekati dan menenangkan ibunya itu terbantut bila ibunya langsung tak menghiraukannya dan terus masuk ke dalam bilik mengunci pintu.

Ayra mengeluh.Hari-hari benda sama yang berulang.Memang dia sudah terbiasa tapi tak dinafikan ada waktu rasa sedih tetap ada.Keluarga tapi tak seperti keluarga selayaknya.

Ayra melangkah lesu menuju ke bilik tidurnya yang kecil terletak berdekatan dengan dapur.Pintu ditolak dan dia melangkah masuk ke dalam bilik.Niat asal nak terus membersihkan diri tapi perut berbunyi pula minta diisi.

Tudung hitam yang dipakai sudah ditarik melepasi kepala.Disangkut tudungnya pada belakang pintu.Ayra melangkah keluar semula ke dapur.Nak menjamah sedikit makanan yang ada.

"Kosong?"Ayra menghela nafas berat bila membuka tutup periuk nasi.Suis terbuka tapi yang tinggal cuma kerak-kerak nasi yang sudah kering dan keras.

"Makan maggi lagilah jawabnya harini.."Ayra menggumam rendah.

Suis periuk nasi dimatikan.Kain kecil dicapai dan diangkat periuk yang masih panas itu dan dibawa ke sinki.Baru mahu meletakkan periuk nasi ke dalam sinki,pergerakan Ayra terhenti.

Matanya mula berkaca bila melihat sinki yang penuh dengan timbunan cawan kotor dan pinggan tak berbasuh entah dari bila.Penat badannya seharian bekerja pun tak hilang lagi.Bila balik disajikan pula dengan kerja rumah yang tak henti-henti.

Sedangkan di dalam rumah ni ada abang dan adik perempuannya juga.Masing-masing dah besar tapi satu jari nak angkat untuk cuci pinggan pun payah.

Dia letih.Hatinya jadi sebak.Periuk nasi tadi direndam dengan air dan diletakkan ke tepi sinki.Tangannya mula mencuci satu persatu pinggan dan cawan yang ditinggalkan.

"Aku ni orang gaji ke?"Ayra menuturkan rendah dengan air mata dah bergenang.

Lirih hati bila tak ada sesiapa yang mengerti kepenatannya sedangkan dia tahu ada saja abang dan adiknya di dalam bilik.Abangnya hari ini kerja shift malam.Adik perempuannya pula sedang cuti semester tapi masing-masing tak ada rasa nak menolong pun untuk buat-buat kerja rumah.

Bukan dia tak mahu menegur atau memarahi mereka tapi dia sudah serik.Pernah sekali dia berbuat begitu terus dia dicop oleh ibunya bahawa dia tak pernah ikhlas nak membantu di rumah.Abang dan adik perempuannya terus-terusan dibela.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now