Bab 17

1.4K 67 1
                                    

"BENDA tu lama dah Ayra.Bertahun dah.Lagipun,tak ada bukti Abang Is yang buat."Puan Fatimah membidas.

Ayra pandang ibunya dengan pandangan tak percaya.Hatinya rasa kecewa dan marah.

Kalau bertahun pun,akan ubah hakikat dan trauma yang dia bawa sampai sekarang ke?

"Entah-entah malam tu cuma imaginasi kamu je.Khayalan kamu.Takkanlah sepupu kamu yang lain tak rasa apa sedangkan tidur ramai-ramai.."Puan Fatimah melepaskan keluhan.

Hati Ayra terasa pedih bagai dihiris pisau mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut ibunya.

Ya,mungkin dia baru 15 tahun pada waktu itu tapi dia bukan budak-budak mentah lagi.Dia boleh beza mimpi dan realiti.

"Sampai hati ibu cakap macamtu.Ibu memang tak pernah percaya Ayra dari dulu,kan?"Air mata Ayra semakin banyak bertakung.

Ternyata dia silap meminta perlindungan daripada seseorang yang bergelar ibu.Rupanya dia saja yang berkorban hati dan perasaan untuk menjadi kekuatan ibu dan orang lain disekelilingnya.Sedangkan bila dia memerlukan semua itu?Dia cuma sendiri.

"Habis kamu nak ibu buat apa?Nak bagitahu mak long?Nak pukul Abang Is?Sekarang ni?Lepas lapan tahun benda ni dah jadi?"Puan Fatimah memandang Ayra seakan mahu marah.

Dia penat.Macam-macam yang jadi dalam hidupnya,tak bolehkah Ayra kuat sedikit dan melupakan perkara itu?

Ayra bungkam.

Macam mana seorang wanita lebih-lebih lagi ibunya boleh meremehkan kejadian yang menimpa dia begini?

Ayra senyum dan menunduk.Ada air mata yang menitis pada pipinya.

"Kadang-kadang Ayra terfikir.Kalau Ara yang kena macam Ayra mesti reaksi ibu akan berbeza,kan?"Entah kenapa terkeluar ayat sebegitu dari mulut Ayra.

Mungkin terlalu kecewa.

"Kamu nak kata ibu ni tak adil ke sayangkan anak-anak ibu?"Bahu Ayra dipegang dan ditolak sedikit supaya Ayra angkat muka memandangnya.

Terasa hati dia sebagai seorang ibu bila anaknya berkata begitu.

"Kamu jangan jadi budak-budak Ayra.Bukan pasal Ayra ke Ara.Ni pasal benda dah bertahun.Lapan tahun Ayra.Cuba terima dan lupakan.Sekali tu je jadi kalau betul pun.Cakap benda ni sekarang pun takkan ubah apa-apa."Puan Fatimah merengus geram.

Ayra semakin hiba.

Kalau betul pun?

Kepalanya mengulang ayat ibunya itu.Hakikatnya,tiada siapa tahu yang itu bukan cuma sekali dan dia memang ada sebab yang kuat untuk membenci Abang Is sampai ke hari ini.

"Lagipun,kamu nak ibu buat apa?Sumbat Abang Is dalam penjara?Baru puas?"Puan Fatimah menyambung lagi.Lebih kepada nak buat Ayra lebih rasa bersalah bukan untuk memujuk atau memenangkan Ayra.

Tak!Ayra masih terkilan dan harapkan ibu bertindak waktu Ayra cerita dulu!Lapan tahun dulu!

Suara hati Ayra meronta.

"Lupakan jelah ibu.."Ayra menggeleng perlahan dan membalas lemah.Dia dah tak nak berkata apa-apa.Hatinya terlalu sakit.

"Tengok tu.Nanti mula nak berkurung macam dulu.Buat ibu rasa ibu ni ibu yang jahat.Ibu pun banyak masalah ibu,Ayra.Nak uruskan pasal penceraian ibu dengan ayah kamu lagi.Tak boleh ke kamu kuat sikit untuk ibu?"Kata-kata Puan Fatimah masih tajam menusuk hati Ayra.

Mahu saja Ayra jeritkan suruh ibunya keluar dan diam.Kepalanya mula berselirat dan hatinya semakin beremosi.

Siapa kata keluarga adalah payung yang akan melindungi kita waktu duka?Kadang-kadang keluarga sendiri yang buat kita basah kehujanan sendiri.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now