Bab 47

3K 159 6
                                    

TUDUNG sarung dah dipakai ke atas kepala.Baju pun dah ditukar selesai dia membersihkan diri dan Solat Isya' tadi.

Nasib baik Affan tak masuk bilik lagi.Boleh Ayra bersiap dengan sebebasnya tanpa rasa janggal.Tombol pintu bilik dipulas dan Ayra melangkah keluar.

Pintu bilik ditutup semula.Ruang rumah keluarganya itu sedikit riuh dengan suara dari ahli keluarga terdekat yang masih belum pulang.Tinggal keluarga mak andak sahaja itupun sebentar lagi mereka dah nak balik memandangkan sudah lewat malam.

Ayra mengorak langkah ke arah ruang tamu tempat mak andak dan anak-anaknya,ibu serta adiknya berkumpul itu.

"Haa..keluar dah pengantin cantik ni."Suara mak andak kedengaran menyapa.

Ayra senyum segaris.

"Macam mana pengantin boleh pitam ni?"Mak andak sengaja mengusik.

Ayra hanya sengih sambil menggaru belakang kepalanya yang tak gatal.

"Nasib baik ada hero handsome tolong angkat tadi mak andak."Ara pula tambah mengusik.

Bahu Ara ditepuk perlahan.Ayra mengambil tempat kosong disebelah ibunya yang sedang sibuk menyusun hadiah-hadiah kahwin yang dia dan Affan terima dari para tetamu.

"Haa tulah.Tu kalau mak andak yang pengsan tu..pak andak korang golek je aku atas tanah sampai masuk dalam rumah,"seloroh mak andak.

Serentak ketawa semua yang ada pecah di situ.

"Dah okay sikit ke Ayra?"Puan Fatimah bertanya anaknya sambil ditekap tangan pada dahi Ayra.

Risau dia bila Ara telefon beritahu mereka terus pulang ke rumah sebab Ayra pitam.Nasib baik tak ada apa-apa lebih serius.

"Okay bu.Segar sikit lepas mandi tadi.Tadi pun dah jamah sikit nasi."Ayra membalas dengan senyuman nipis.

"Haih.."Puan Fatimah menggeleng perlahan dengan bibir dikemam sedikit.

"Lain kali dengar cakap ibu.Makan walaupun tak selera.Nanti perut masuk angin susah.Awak tu dahlah kecik."Puan Fatimah mula berleter.

Ayra hanya sengih.Dipaut bahu ibunya dan dilentokkan kepalanya sekejap.

"Ya ibu."Puan Fatimah hanya senyum sambil menggeleng kecil.

"Ayra.."Suara neneknya yang memanggil dari arah dapur dibelakang mereka itu buat Ayra berpusing.

"Ya nek?"Terus Ayra bangun dan berjalan ke arah neneknya yang sedang mengintai disebalik langsir dapur yang diselak sedikit.

"Meh.."Tangan Ayra ditarik untuk masuk ke dalam dapur.

Ayra hanya mengikuti dengan perasaan hairan.

"Buat air untuk suami kamu.."Neneknya menghulurkan mug putih ke arah Ayra.

"Affan ada mintak ke nek?"Matanya melilau ke sekeliling mencari Affan.

"Tak ada pun.Nenek yang suruh buat.."Nek Mah membalas sambil memandang cucunya itu.

"Kenapa?"Ayra bertanya semula.

Nek Mah melepaskan helaan nafas sambil menggeleng kecil.Budak-budak sekarang banyak petua rumahtangga yang diabaikan dari orang-orang tua.

"Buat air ni nampak perbuatan biasa tapi pengikat kasih sayang suami isteri juga.Suami ni seronok bila dimanjakan macamtu.Buat air walaupun lelaki tak minta.Balik kerja buat air.Layan suami elok.Masak sedap-sedap."Nek Mah mula berpesan.

"Ouh.."Ayra mengangguk sambil membelek mug di dalam tangan.

"Tapi kalau memang suami tak nak takkan nak paksa nek?Kembung nanti.."Ayra saja mengusik.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now