Bab 36

1.5K 98 2
                                    

GELAS tinggi yang dipegang tadi diteguk airnya yang masih berbaki separuh.Matanya masih tak lepas memandang beg kertas dengan tulisan dan logo Pandora di atas island table itu.

Gelas diletakkan semula ke atas island table.Tangan didepangkan sedikit dan ditahan pada island table.Affan menunduk sedikit merenung beg kertas itu.

Kalau mata dia ada laser lama dah tembus beg kertas ni.

"Saya tak nak tunggu awak.Saya pulangkan cincin ni.Maaf saya tak ada duit nak bayar balik dua kali ganda macam awak pernah cakap haritu kalau saya nak pulangkan."

Suara Ayra tempoh hari selepas Affan datang ke tempat kerjanya meminta penjelasan terngiang semula.

"Ambillah balik cincin ni.Saya tak nak.Saya tak layak nak terima.Jangan cari saya lagi.Anggap kita tak pernah kenal."

"Kalau awak tak nak ambil balik.Saya berhenti kerja."

Satu persatu suara Ayra melintasi fikirannya semula.

"Haih.."Affan mengeluh.

Rambut disebak ke belakang perlahan.Diurut lehernya perlahan.

Dah Ayra main ugut-ugut takkan Affan nak berkeras juga.Lagi susah nanti dia nak jumpa Ayra kalau dia berdegil memujuk dan datang mencari Ayra.

Nak faham perempuan ni kadang memang betul rumit ya.Ingat Elly saja yang complicated.
.

.

.

"TAKKAN tiba-tiba je Ayra awak pulangkan cincin ni?"Affan bertanya Ayra yang sedang duduk disebelahnya atas bangku yang tersedia di tengah ruang pusat membeli-belah itu.

"Saya tak boleh.Kita tak boleh nak teruskan apa-apa yang awak harap dari saya."Ayra membalas dengan muka tak beriak.

Muka saja beku tapi hati rasa berdebar juga.Dia tahu keputusan dia ni macam tak kenang budi Affan selama ni tapi dia buat semua ni untuk Affan juga.

"Kenapa?Apa yang tak boleh?"Affan bertanya tak faham.

"Awak tak patut jumpa abang saya.Awak tak patut pandai-pandai cerita apa yang jadi rahsia antara saya dengan awak.."Ayra menunduk.

"Saya percaya awak,Affan.Sekarang situasi jadi makin rumit.Tak pasal-pasal nanti sebab saya hubungan abang saya dengan sepupu dia jadi renggang.Hubungan mak long dengan keluarga saya macam mana?"Ayra cuba mencipta alasan.

Sejujurnya,bukan itu sebab utama.Bahkan bila lama dia berfikir semula..dia sebenarnya terharu dan sebak bila Affan sanggup jumpa Izzat dan beritahu semuanya.Affan buat benda yang Ayra tak ada kekuatan nak lakukan.

"Biarlah.Buat apa nak baik dengan orang yang buat awak macamtu?Awak layak dapat pembelaan Ayra."Affan membalas serius.

Dia tak menyesal sikit pun dah beritahu Izzat apa yang Is buat pada Ayra.Kalau ikut hati dia dah bawa Is ke muka pengadilan,biar Is tahu rasa tapi buat masa ni Affan tahu dia bukan sesiapa.

Ayra melepas nafas berat.

"Awak tak ada hak nak masuk campur urusan hidup saya,Affan.Awak bukan sesiapa."Tanpa riak Ayra menuturkan walaupun hatinya dah rasa bersalah mengungkapkan kata-kata yang boleh buat Affan terasa hati itu.

Ayra perlu buat Affan menjauh.Affan layak dapat orang yang lebih baik.

Affan terdiam.Tipu kalau dia kata hati dia tak tersentak dengan ayat Ayra.Rasa macam kena tampar.

"Mungkin sekarang belum ada.Itu yang saya tengah usahakan ni."Ayra dipandang.

Ayra menelan liur yang terasa kelat bila Affan masih berkeras.Ternyata ayatnya tak menjadi.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now