Bab 4

1.4K 66 1
                                    

BEZZA kelabu milik abangnya itu berhenti di tepi jalan rumah nenek mereka.Memandangkan halaman rumah kayu kampung separa batu neneknya sudah penuh dengan beberapa buah khemah dipasang untuk majlis akikah nanti jadi berderet kereta turut parkir di tepi jalan.Ayra pandang lama ke luar tingkap.Dipujuk debar yang menyinggah bila lihat sudah banyak kereta ada di situ.

Mungkin yang lain sudah sampai lebih awal.Tak lena tidurnya menghitung hari sebelum pulang ke kampung beberapa hari ini.Hatinya sungguh-sungguh berharap orang yang dia tak mahu jumpa itu tiada.

"Ayra?Dah turun.Termenung apa lagi?"Puan Fatimah menegur Ayra yang masih duduk merenung ke luar tingkap.Sedangkan anak lelaki dan anak bongsunya,Izzat dan Ara sudah turun mengambil beg dari but belakang.

Bertambah pelik Puan Fatimah.Entah apa yang dirunsingkan Ayra sangat untuk balik ke kampung pada hari ini pun dia tak tahu.

"Haa?O-okay bu."Ayra yang baru tersedar cepat-cepat mencapai beg tangannya yang digantung pada penyangkut yang terletak pada kepala kerusi pemandu.

Pintu belakang dibuka dan dia melangkah keluar.

Hadap sajalah.Kuatkan hati,Ayra!

Kaki diatur ke belakang kereta untuk mengambil beg pakaiannya.

.

.

.

"ASSALAMUALAIKUM.."Suara Puan Fatimah ramah menyapa adik-beradik serta anak-anak buahnya di ruang tengah rumah itu.Mereka sedang bergotong-royong menyediakan bahan untuk menu kenduri yang mahu dimasak esok.

"Waalaikumussalam..haa sampai pun!Ingat tak datang.."Mak Uteh,adik keempat Puan Fatimah dah bercekak pinggang.

"Sampailah ni haa.Maaflah lambat sikit.Tunggu anak-anak habis kerja baru gerak ke sini."Puan Fatimah membalas sambil bersalaman dengan semua yang ada di situ sementara Ayra dan Ara mengekorinya dibelakang.

Izaat awal-awal lagi dah ke bangsal belakang untuk menyertai sepupu-sepupu lelaki dan pakcik-pakciknya yang lain.

"Macam mana ni kita yang paling jauh sampai dulu!"Mak Usu,adik bongsu Puan Fatimah yang duduk berhampiran pintu gerbang dapur pula mengusik.

Puan Fatimah ketawa.

"Alah..sekali sekala kau sampai dulu,Usu."Puan Fatimah membalas.

Adik bongsu Puan Fatimah hanya ketawa sebelum sambung mengupas bawang.

"Eh,Ayra pun ada?"Ayra menoleh ke arah Puan Zainab yang merupakan kakak sulung ibunya.

"Mak long sihat?"Ayra menyapa sambil bersalaman dengan mak longnya yang sedang mengupas kulit kentang itu.

"Alhamdulillah..Ya Allah lama dah tak jumpa anak buah mak long yang sorang ni."Puan Zainab menarik Ayra ke dalam pelukan.

Ayra hanya membiarkan dengan senyum nipis.Malu juga bila diperhatikan yang lain.

"Tulah..lama dah tak nampak kamu Ayra.Selalu Ara dengan Izzat je ikut balik kalau ada kenduri.Busy betul kerja?Kalah perdana menteri.."Mak Andak,adik Puan Fatimah yang kelima pula bersuara sedikit menyindir.

"Haah Mak Andak.Susah sikit dapat cuti."Ayra senyum kekok.

Ara pula hanya diam mengekori langkah Puan Fatimah duduk di sebelah Mak Usunya.Ayra masih mencari-cari ruang kosong untuk duduk memandangkan ruang tengah itu hampir sepenuhnya sudah diduduki.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now