Bab 50

2K 120 4
                                    

"APA Abang Is ni?!Lepaslah.."Ayra cuba menarik tangannya dari dalam genggaman Is.

Rasa nak tercabut jantungnya bila wajah Is terhidang depan muka.Rasa menyesal dia melangkah turun tadi.Tahu tadi dia sambung saja tidur.

"No.."Cengkamannya semakin kuat dan badan Ayra ditarik kasar merapat sehingga badan Ayra berlaga dengan dada Is.

"Abang Is nak apa ni?"Gemetaran suara Ayra bertanya.

Setahu Ayra tadi mak long dan pak long cuma datang sendiri.Bila pula Is datang?

Mata diliarkan ke sekeliling dapur dan ke arah tangga.Berharap ada orang yang akan turun atau datang.

Affan..

"Kenapa Ayra tiba-tiba cerita pasal kita dekat Izzat?Ayra nak apa sebenarnya?Bila abang ajak kahwin,Ayra tolak.Jadi apa perlu Ayra cerita benda tu semua dekat Izzat lepas bertahun ni?Saja nak buat orang benci abang ke?"Is bertanya dengan wajah tegang.

"Abang Is..sakit."Ayra merintih.

Cengkaman tangan Is terlalu kuat buat Ayra bergenang air mata.

Gerun dia melihat wajah bengis Is.

Is tak hiraukan rintihan Ayra.Dia sakit hati.Dia cuba untuk tak tunjuk muka depan Izzat.Dia cuba diam tapi tengok Ayra bahagia dengan Affan sedangkan dia sentiasa kena hati-hati dia jadi marah.

"Abang Izzat yang tanya Ayra.Ayra cuma cerita benda betul."Ayra memberanikan diri melawan.

"Hey..sebab mulut kau nilah aku ni hilang orang yang aku rapat.Sebab kau jugak aku dah tak boleh nak balik kampung dengan tenang macam dulu tahu?!"Is meluahkan rasa berangnya dengan suara tertahan.

Mencerlung matanya menikam tajam anak mata Ayra yang sedang menahan kesakitan itu.

"Kenapalah kau tak diam je?Benda tu pun dah lepas.Ke kau nak aku ulang balik benda dalam kereta malam tu?"Suara Is berbaur ugutan.

Ayra seperti hilang nafas mendengarkan ayat itu.

"Abang Is..lepaslah.Abang ni dah gila ke?"Ayra berusaha menolak Is.Menggigil badannya.

Dia kira Is dah berubah dan takkan ganggu dia lagi tetapi lelaki itu jadi lebih menakutkan dari sebelum ini.

"Shh!Kau diam boleh tak?Kau cakap kuat lagi pecah muka kau.."Dagu Ayra dicengkam kuat.

Air mata Ayra dah menitik perlahan.

"Kalau aku tak nak lepas.Kau nak buat apa?Kalau aku heret kau masuk bilik air pun tak ada orang perasanlah!"Is mengugut lagi.

"Lepaslah!"Dada Is dipukul sekuat hati.

"Kalau tak Ayra jerit biar semua bangun.Biar suami Ayra bangun."Ayra bersuara dengan wajah pura-pura kuat ditayang.

Is ketawa sinis.

"Ouh berlagak sekarang ya?Setakat Affan tu celah gigi aku jelah."Is berkata sombong.

"Patut Ayra bagitahu dari dulu lagi pasal Abang Is.Biar semua orang tahu perangai syaitan abang!Patut Ayra bagitahu mak long sekali.."Ayra membalas pandangan Is.

Is bertambah berang mendengar Ayra sentuh soal mamanya.

Budak ni memang sengaja cari nahas!

Tubuh kecil Ayra terus ditarik dan laju tangannya ditekup pada mulut Ayra rapat sampai tak terdengar suara jeritan Ayra.

Ayra meronta sepenuh hati dengan air mata dah mengalir laju.Is dah memeluk pinggangnya kuat dari arah belakang.Ayra dapat rasakan badannya ditarik kasar sampai kakinya tak mencecah lantai.Dia ditarik masuk ke dalam bilik stor sebelah tandas yang menempatkan periuk belanga milik neneknya.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now