Bab 13

1.9K 106 1
                                    

KASUT but kerjanya dibuka dan disusun ke atas rak kasut kecil di tepi pintu masuk rumah kuarters polis itu.Tiga bungkusan plastik kecil berlainan warna diletakkan atas meja makan yang terletak di ruang tamu.

"Wah!Bau sedap ni."Fahmi,rakan serumahnya yang bertuala separas pinggang keluar dari bilik air itu terus berjalan laju ke arah meja makan.

Bungkusan plastik yang ada itu diintai satu persatu.Nak mencari murtabak yang dipesan tadi.Lapar betul perut ni menunggu Is balik dari pasar belikan makanan yang dikirim.

Is menapak ke arah bilik tidurnya yang terletak berdekatan dengan meja makan.

"Eh,Is.Tak nak makan sekali ke?"Fahmi angkat muka dari plastik makanan dan memandang ke arah Is yang dah nak masuk ke dalam bilik itu.

"Makanlah dulu.Tak ada mood lagi nak makan."Is membalas acuh tak acuh dengan soalan Fahmi.

Dia terus melangkah masuk ke dalam biliknya dan menutup pintu.

Fahmi masih berdiri memandang pintu yang dah bertutup itu sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Apa kena si Is ni?Bad mood semacam je.Gaduh dengan awek ke?"Fahmi berkata sendirian.

"Lantaklah.Tak nak makan..aku makan dulu.Lapaq dah ni."Fahmi menjungkit bahu.Malas nak ambil pusing.Adalah tu masalahnya.

Kerusi kayu kosong yang ada ditarik dan dia duduk.Bungkusan murtabak miliknya dibuka.Doa makan dibaca dan dia mula menjamah.

.

.

.

JAKET bomber hitam yang dipakai tadi sudah ditarik zipnya ke bawah sehingga habis.Dicampak jaket itu ke atas meja kecil di tepi katil bersaiz bujang dengan perasaan sedikit sebal.Badannya direbahkan ke atas tilam bujang miliknya.Belakang tapak tangan diletakkan atas dahi seraya keluhan berat dilepaskan.

Is tiba-tiba merengus bila bayang Ayra dan Affan yang elok berbual di tapak parkir motosikal pasar tadi kembali terbayang di layar mata.

Dia tak tahu pula yang Ayra bekerja di kawasan berdekatan dengan tempat kerja dia.Macam mana nak tahu kalau jumpa kali terakhir pun tiga tahun lepas?Jumpa haritu di rumah Nek Mah pun hanya layanan dingin dan penuh benci yang Is terima daripada Ayra.

'Macam tak ada perempuan lain pulak kau nak try,Affan!"Marah hati Is.

Muncul Affan buat dia rasa semakin susah nak mendekati Ayra.Sudahlah dia memang dah lama menunggu waktu untuk berjumpa Ayra semula setelah lama Ayra mengelak daripada nak bertemu dengan dia.Setiap kali balik kampung bila ada kenduri untuk tiga tahun ke belakang ini mesti Is akan tertunggu adik sepupunya itu balik namun hampa.Selalu mak lang cuma akan pulang dengan Izzat dan Ara sahaja.

Dia tahu Ayra saja nak mengelak daripada dia.Lebih-lebih lagi sejak kejadian tiga tahun lepas itu.Bukan salah Ayra pun.Memang salah dia.Nak berhubung cara lain pun tak boleh dah.Semua media sosial milik Ayra dah deactivate.Kalau Ayra ada media sosial yang lain pun agaknya Is dah kena block.

Ayra dah tak macam dulu.Bukan lagi gadis yang lemah lembut dan nampak polos.Sekarang dia dah jauh berubah.Pandai mempertahankan diri sendiri dan lebih kasar.

'Bukan kau jugak ke puncanya Is?'

"Kalau berkenan pun apa salahnya.Nenek seronok je.Affan tu pun baik."

Kata-kata neneknya semasa Is tak sengaja terdengar perbualan Ayra dan neneknya itu di dapur sewaktu kenduri aqiqah tempoh hari pula terngiang.

Wajahnya diraup.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now