EPILOG

1.8K 151 12
                                    

BEBERAPA BULAN KEMUDIAN ..

"B,bukak pintu tu b."Ayra yang sedang mengangkat ayam goreng yang sudah masak dari dalam kuali memanggil suaminya bila bunyi loceng rumah kedengaran.

"Okay..okay.."Affan yang baru keluar dari bilik tidur mereka itu terus berlari anak menuju ke pintu utama.

"Bagi aku masuk dululah!Berat ni.."

"Aku masuk dululah...kau ni tak gentleman lah.."

"Sanalah pendek.."

"Diamlah keding.."

Suara lelaki dan perempuan yang sedang bertikam lidah itu terdengar disebalik pintu rumah yang bertutup rapat.

Tombol pintu ditekan dan pintu dibuka.

"Apahal ni?"Affan dah bercekak pinggang bila melihat adegan sepak menyepak yang berlaku depan mata.

"Abang Affan..mana abang kutip pekerja abang ni.Tak gentleman langsung!"Ara dah berkerut kening.

Jo yang ada disebelah diberikan jelingan maut.

"Yih...mulut tak ada insuran.Patut tak ada pakwe.."Jo menjuihkan bibir.

"Korang ni kan..kalau jumpa memang wajib gaduh eh?"Affan menggelengkan kepala.

Pintu gril dibuka.Ara terus laju melangkah masuk memotong Jo yang baru mahu melangkah.

"Assalamualaikum!Kak Ayra.."Ara berlari anak masuk ke dalam dengan tangan menjinjit plastik membawa buah tangan untuk kakak dan abang iparnya.

Sekaligus tanda terima kasih dah menjemput dia untuk makan malam sempena hari jadi Affan.

"Tengok tu bang!Berasap je tengok.."Jo pandang Ara gaya tak puas hati.

"Lantak koranglah..Ni Mal mana?Tak gerak dengan kau sekali ke?"Affan memanjangkan leher ke arah belakang Jo.

Mencari kelibat lagi seorang pekerja pasarnya itu.

"Yang tu tak payah tanya bang..sejak ada awek ni mana nak dengan saya dah.."Jo mencebik sambil melangkah masuk.

"Alah buruk tua-tua merajuk."Affan tertawa kecil sambil menepuk bahu Jo.

"Dia lambat sikit bang.Teman awek dia beli apa entah."Jo mengangkat bahu.

"Tak apalah macamtu.."Affan mengangguk.

"Kau carilah jugak awek..Takpun Ara ni pun ada."Affan saja mengusik.

Jo buat muka.

"Tak apalah.Bujang sampai tua pun nampak macam pilihan lagi tepat.Pening kepala tu kalau sangkut yang tu.."Mulut memuncung ke arah Ara yang sedang berdiri sebelah Ayra diruangan dapur.

"Eii..ingat aku nak ke dengan kau?"Ara buat gaya geli-geleman.

Jo jelir lidah.

"Korang dua ni..nanti kahwin baru tahu.Orang tua kata kuat gaduh ni selalu jodoh kuat."Ayra pula mencelah dalam senyuman.

Bukan tak tahu..Ara dengan Jo ni tak tahulah ada perang apa asal jumpa saja mesti gaduh.Apa yang tak puas hati pun tak tahu.Dalam gaduh tu ada juga kadang tengok baiknya,cuma selalu sekejap sajalah.

Eloklah.Si Jo kaki mengusik..si Ara pula kepala angin.Memang ngam.

Sesekali tangan naik mengusap perut yang semakin memboyot dan berat.Berdiri pun rasa dah tak larat bila due date semakin dekat ni.

"Mintak simpanglah.."Serentak dua suara itu bergabung.

Jo dan Ara berpandangan dengan muka meluat.

Ayra hanya ketawa dan menggelengkan kepala.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now