AFFAN jalan beriringan dengan Ayra yang hanya membisu sejak dari mereka sampai di tapak parkir kawasan pusat membeli belah itu.
"Awak betul ke tak apa teman saya ni?Girlfriend awak tak marah?"Ayra memberhentikan langkah mengejut.
Affan yang sudah terlajak sedikit ke depan beberapa langkah itu berundur semula.
"Baru terfikir nak tanya ke?"Affan angkat kening menyoal.
"Kita balik jelah.Nanti bising pulak girlfriend awak."Ayra dah memusingkan badannya ke arah bertentangan.
Soalan Affan tadi sedikit menyentap hatinya.
Kenapalah kau tak boleh fikir Ayra?Mestilah orang macam Affan ni ada kekasih hati.Kau pula sedap nak minta dia layan permintaan kau?
"Eh..eh.."Pantas tangan Affan menarik tote bag lilac yang tersarung pada bahu Ayra serentak menghentikan langkah Ayra.
"Saya ada jawab ke saya ada girlfriend?Yang awak nak balik terus ni kenapa?"Affan ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.
"Mestilah awak ada,kan?Yelah awakkan handsome.."Ayra dah menoleh ke arah Affan semula.
"Serius saya handsome?"Affan pandang Ayra dengan senyum mengusik.
"Kalau macamtu harini jugak saya putus dengan girlfriend saya sebab awak kata saya handsome.."
"Affan.."Suara Ayra serius bernada amaran.
"Okay..tak.Saya gurau je.Saya tak ada girlfriend.Single and available kalau awak nak try."Affan senyum.
Ayra mengecilkan matanya pandang Affan sejurus mendengar ayat hujung Affan tadi.
"Okay tak..gurau jugak."Affan angkat tangan tanda mengalah.
Garang dan Ayra ni memang sebati agaknya.Ni kalau jumpa Elly memang boleh jadi geng.
Lama Ayra pandang wajah Affan.Nampak macam serius tak main-main.Ayra bukan apa.Dia tak nak nanti dia pula jadi punca hubungan orang lain retak.
"Jomlah..Nanti awak tak puas pulak main."Affan dah mengajak Ayra meneruskan langkah ke destinasi yang Ayra mahu tuju tadi.
"Emm.."Ayra masih berdiri dan berfikir.
"Kalau awak nak fikir lagi..saya baring atas lantai ni jelah.Boleh lelap sekejap sampai awak decide."Affan dah berura-ura menurunkan badannya ke bawah.
"Ish awak ni..jomlah!"Ayra terus mengorak langkah meninggalkan Affan dibelakang.
"Eh!Tunggu.."Affan berdiri semula dan mengejar langkah Ayra yang agak laju itu menuju masuk ke dalam tempat permainan arked tak jauh dari tempat mereka berdiri tadi.
.
.
.
TANGAN Ayra laju melontarkan bola jaring yang berpatah balik semula ke arahnya ke dalam jaring yang sedang bergerak ke kiri dan ke kanan itu.
Fokusnya hanya mahu menjaringkan bola itu sebanyak mungkin walaupun dia dah terasa mengah kepenatan.
Affan yang berdiri dibelakang Ayra hanya berpeluk tubuh memerhati.Senyum kecil tersungging pada bibirnya.Betul-betul fokus Ayra bermain sampai tak sedar yang Affan dah berhenti melontar bola disebelahnya.
Pada awalnya,mereka main secara berdua.Lama-lama Ayra yang memonopoli semua bola yang jatuh dan datang semula ke arah mereka.Affan tak kisah dan perlahan dia berundur.Beri ruang pada Ayra yang seperti sedang melepaskan geram itu.
YOU ARE READING
Ayra Untuk Affan
RomanceAyra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang lain memerlukan kekuatan,dia menjadi pemautnya.Namun,saat dia yang kehujanan ditimpa trauma dan kesen...