KAKI yang sedang duduk bersilang di atas sofa pada ruangan lobi hotel mewah bertaraf lima bintang itu digerakkan sedikit.Jari diketuk perlahan pada pemegang sofa sambil badan bersandar pada sofa empuk dengan mata tajam memerhati lif yang sesekali terbuka dan tertutup.
Telefon pintar dari dalam beg berjenama mewahnya yang tak henti berbunyi sejak beberapa minit yang lepas tak dihiraukan.
Adreena merengus marah.
Sial punya jantan!Tak padan dengan tua!
TING!
Lif yang tadi ditenung dah terbuka.Dua sosok tubuh yang sedang berpelukan mesra bergelak ketawa menyapa ruang mata.
Dua manusia yang dari beberapa jam lepas dia tunggu baru memunculkan wajah.Beg dicapai dan terus dia bangun dan berdiri.
Berdetak-detak langkah kaki yang memakai kasut tumit tinggi berjalan laju meluru ke arah dua pasangan itu.
"Tak guna punya perempuan!"
PANG!
Serentak tamparan tangan Adreena singgah pada pipi perempuan yang sedang seronok melentokkan kepala pada bahu suaminya sambil memaut erat pinggang suaminya.
"Adreena!"
"Aduh!"
Dua gabungan suara lelaki dan perempuan yang nyata terkejut itu bergema ke segenap ruang lobi.Pergaduhan itu menjamu mata-mata pekerja dan beberapa pelanggan yang duduk di ruangan sama.
"Gila ke?!"Linda pandang Adreena dengan muka marah sambil memegang pipi yang sudah merah menerima tamparan kuat dari Adreena.
"Apahal you ni Adreena?!"Dato' Husin menarik tangan Adreena segera menjauh dari Linda.
"Apahal?!You tak malu ke?Dah kahwin boleh check in lagi dengan perempuan lain?!You tu suami I tahu?!"Suara Adreena sekali lagi bergema.
Mencerlung matanya dengan rasa marah yang berbuku di dalam dada.
"Perlahan sikit suara you!"Gigi Dato' Husin diketap menahan suaranya dari meninggi.
Pergelangan tangan Adreena dicengkam kuat seperti memberi amaran supaya isterinya itu mengawal suara.Mata Dato' Husin meliar ke sekeliling ruang lobi itu.
Naik malu juga bila ada beberapa pasang mata yang memerhatikan mereka.Risau andai ada orang yang merakam secara sembunyi adegan drama sebabak ini.
"Malu?Masa check in tak malu?"Adreena ketawa sinis.
"I boleh buat you lagi malulah Dato' Husin.."Adreena seperti mengugut.
"You ugut I ke?"Wajah Dato' Husin berubah sedikit tegang.
"Kau pun.Perempuan tak malu kan?Musuh dalam selimut!Betina sundal tak malu!"Tangan diangkat mahu menggapai rambut Linda untuk ditarik.
"Arghh!Tengok ni you.."Suara gedik Linda sedikit menjerit dan laju mengelak bersembunyi di belakang badan Dato' Husin mengadu.
"Adreena!"Tangan isteri mudanya ditepis kasar.
"You tepis I sebab perempuan ni?!"Tajam mata memandang Dato' Husin.
"You ingat dia ni ikhlas ke dengan you?Silap-silap nak kikis duit you je.."Adreena membalas geram.
"Ada beza dengan you ke?"Dato' Husin senyum sinis.
Duit dia banyak.Apa yang dia rugi?Dia tabur duit bukan kosong.Ada juga balasan.
Adreena merengus marah.
"You ni kan.."Jari telunjuk ditudung lurus pada muka suaminya.
"I apa?"Dato' Husin membalas serius buat Adreena terdiam.Pandangannya seolah mencabar Adreena supaya meneruskan kata-katanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Ayra Untuk Affan
RomanceAffan - lelaki dengan perwatakan selamba dan suka mengusik.Anak orang ternama yang lebih memilih untuk berjaya tanpa pengaruh daripada seorang bapa.Bagi dia papanya sudah lama tidak wujud selepas menyakiti hati umminya.Patah hati membuatkan dia tak...
