TUDUNG bawal merah hitam bercorak bunga kecil-kecil itu dibetulkan depan cermin.Ayra membelek tudung dan blouse hitam yang tersarung pada tubuh untuk sekian kalinya.
Botol minyak wangi kecil dicapai dari atas meja solek dan disembur sedikit pada pergelangan tangan dan bajunya.Beg kertas putih kecil diintai sedikit memastikan ada barang yang dia nak bawa.
Beg kertas dicapai dan Ayra berjalan keluar dari bilik.
"Uish..wangi.Nak pergi mana?Bukan cuti harini?"Izzat yang sedang duduk menonton televisyen segera menoleh ke belakang bila bau wangi serbak menusuk hidungnya.
Ayra yang sedang berjalan ke arah pintu rumah dipandang.
"Jumpa kawan sekejap."Ayra menjawab ringkas sambil menyarung sneakers yang disimpan di dalam rak kasut bertutup sebelah dalam rumah itu.
"Jumpa kawan ke dating dengan Affan?"Izzat mengusik dengan sengih sambil mengangkat keningnya beberapa kali.
"Eii apalah abang ni.."Ayra menafikan.
"Jangan lama sangat bagi jawapan Ayra.Kesian Affan tu.Mesti mandi tak basah..makan tak kenyang.Risau kena reject.Ibu pun tak lena tidur takut Ayra tolak pinangan Affan."Izzat mengusik lagi.
"Eii..yelah."Ayra menjawab perlahan.
"Abang tu patutnya kahwin dulu.Tak adalah semua orang tunggu-tunggu jawapan Ayra."Ayra membalas usikan abangnya.
"Eh..eh.Kita pulak.Touching tau.Hormat sikit perasaan abang jadi orang yang belum laku-laku ni."Izzat pura-pura sedih memegang dadanya.
Ayra memandang Izzat sekilas lalu ketawa.
"Ayra gerak dulu.Nanti bagitahu ibu eh Ayra keluar.Ibu tidur kut."Ayra berpesan.
"Haa hati-hati.Jangan willy pulak tengah jalan.Sakit jantung bakal suami nanti."Sempat Izzat mengusik lagi.
"Abang!"Ayra yang baru menutup pintu melaung nama Izzat yang mengusiknya.
Geram betullah..
Kedengaran ketawa Izzat bergema dari dalam rumah.Langkahnya diatur menuju ke arah skuter merah jambu miliknya.
.
.
.
KAKI disilang sambil dia duduk bersandar pada kerusi di dalam kafe itu.Pandangannya tunduk merenung telefon pintar.Saja membelek instagram feed miliknya sementara menunggu orang yang dinanti tiba.
Selepas dia membuat akaun Instagram baru dan memadamkan akaun yang lama,dah tak ada mesej dari Abang Is mengacau.Mesej ke apa semua tak ada.Hilang macamtu saja.Tak tahulah kenapa tiba-tiba senyap.
Sepatutnya dia lega tapi ada waktu hatinya rasa tak sedap.Macam ada sesuatu yang belum selesai tapi ditolak tepi perasaan itu.Harap memang dia tak perlu berhadapan lagi dengan apa-apa perkara berkaitan Abang Is yang membuat hidupnya kembali huru-hara.
Sekilas jam pada pergelangan tangan dipandang.Mata diliarkan ke sekeliling.Mencari kalau orang yang ditunggu dah sampai tapi tiada.Lagipun,Ayra yang terlebih awal sampai.
Telefon pintar ditutup dan disimpan semula ke dalam beg.Coklat ais yang tadi disedut suku dicapai dari atas meja rendah di depannya itu.Cawan plastik jernih itu diambil dan perlahan disedut airnya.
Matanya terarah pula pada beg kertas putih yang dibawa bersama dari rumah tadi.Keluhan berat dilepaskan.
'Harap-harap keputusan tak salah.Harap-harap Affan boleh terima dengan hati terbuka.Harap juga hidup Affan lebih tenang lepas ni..'
YOU ARE READING
Ayra Untuk Affan
RomanceAyra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang lain memerlukan kekuatan,dia menjadi pemautnya.Namun,saat dia yang kehujanan ditimpa trauma dan kesen...