Prolog

18.1K 345 14
                                    

Arina membuka matanya perlahan-lahan. Terpisat-pisat dia bangun. Kepala yang sakit, cuba diusapnya perlahan. Namun, tidak dapat akibat tangannya telah diikat. Terbatas semua pergerakkannya. "Aku kat mana ni?" Puas Arina mengingat kembali tetapi, dia gagal. Kepala yang sakit, terasa semakin mencucuk apabila dia cuba mengingat kembali segalanya.

"Kau jangan risau, sekejap lagi peneman kau akan datang. Dan harini akan jadi penentu, sama ada dia atau aku yang akan 'tewas'. Tapi, yang pastinya.. dialah yang akan tersungkur! Hahahaha.." angkuh sekali lelaki yang berpakaian serba hitam itu berbicara.

"Siapa kau hah?! Lepaskan aku!" Arina cuba memboloskan dirinya. Namun, gagal.

"Kau tak perlu tahu. Huh! Apa yang kau perlu tahu, aku memang benci tunang kau!!"

"Kk-kau.." Arina kehilangan bicara. Baru dia tersedar sesuatu.

"Hahahahaha.." Semakin galak penjenayah itu ketawa.

"Lepaskan akulah!" Arina cuba bergelut lagi untuk melepaskan diri. Namun, gagal juga.

Baru dia teringat pesan Zamir yang mahukan dia sentiasa berhati-hati. Semuanya kerana kes besar dan berat yang sedang dikendalikannya. Dan dia sedang berhadapan dengan penjenayah paling merbahaya dan dikehendaki oleh pihak polis sekarang. 'Allah, aku memohon perlindungan dariMu. Sesungguhnya, aku akan kembali kepadaMu.'

"Berdoalah kau banyak-banyak. Kot umur kau panjang. Tapi, aku rasa paling panjang pun sejam je lagi. Hahaha.." Kata si penjenayah itu sambil bermain pistol didahi Arina.

Hampir tercabut jantung Arina dibuatnya. Walaupun tunangnya seorang polis namun, dia tidak pernah melihat pistol sebenar. Lebih-lebih lagi, pistol itu dimainkan didahinya. Peluh cemas menitik-nitik di mukanya. Dia cuba untuk berani dengan melawan tenungan mata si penjenayah itu dengan reaksi yang penuh benci.

Penjenayah itu mencekik leher Arina kasar. Separuh nyawa Arina mencari nafas. Sakit yang ditanggung hanya Allah sahaja yang tahu. Berulang-ulang kali, nama Allah di sebut.

"Lain kali, jangan tenung aku macam tu!"

Tiba-tiba, datang sebuah kereta yang amat dikenali Arina iaitu, kereta Zamir, tunangnya. Sebaik sahaja dia melihat wajah tunangnya dari jauh, air mata berjuraian lagi di pipinya.

"Mir!" Jerit Arina sekuat hatinya. Namun, pantas mulut Arina ditekup oleh si penjenayah itu.

"Baik kau diam, kalau tak aku tembak tunang kesayangan kau tu sebelum dia buat apa-apa." Bisik si penjenayah. Terkelu lidah Arina dibuatnya. "Hahaha.. datang jugak kau. Aku ingat, kau nak biarkan je tunang kau yang cantik menarik tertarik dia memang deboomm ni mati kat sini! Wuhuuuuu!" Sempat si penjenayah berjenaka bodoh.

"Baik kau lepaskan tunang aku, dia takda kena mengena dalam hal ni!" Lantang Zamir membalas. Rasa geram dan cemas bercampur baur apabila melihat keadaan Arina yang diseksa. Kesian dan sayu hatinya apabila melihat keadaan orang yang amat dicintainya itu. Tidak sanggup dia melihat tunangnya di seksa begitu. Sedih hatinya, hanya Allah sahaja yang tahu.

Dengan pantas, Zamir terus meluru untuk menumbuk si penjenayah itu. Tetapi, tumbukan Zamir tersasar. Malah, dia pula yang dibelasah teruk oleh si penjenayah tersebut. Habis kudrat Zamir untuk melawan. Nasih tidak menyebelahinya kali ini. Dia tewas.

"Tolong! Tolong jangan pukul Mir lagi.. Tolonglah.." Rayu Arina. Sayu apabila melihat Zamir di belasah teruk sebegitu.

"Kau jangan sentuh dia!" Marah Zamir apabila penjenayah itu mendekati Arina.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now