Bab 12

5.5K 161 0
                                    

Seminggu sebelum cuti sekolah pertengahan tahun, tidak begitu sibuk bagi Rina. Hal ini demikian kerana murid-murid di sekolah itu sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

Hari terakhir sebelum cuti sekolah, Athirah telah mengajaknya untuk menyertai Pogram Kepimpinan pada cuti sekolah itu. Rina tidak dapat memberikan kata putus kepada Athirah kerana dia tidak tahu jika terdapat event  bersama dengan keluarganya.

Rina di jemput oleh Ariff seperti biasa. Dia sudah semakin baik. Setiap hari pasti ada cerita yang akan dikongsikan. Pelbagai gelagat murid di sekolah di ceritakan kepada abangnya itu sepanjang perjalanan pulang dari sekolah.

"Harini, abang tahu tak...." belum habis lagi Rina mahu bercerita tapi di potong oleh Ariff.

"Tak tahu! Ahahahahaha.." Ariff sudah ketawa berdekah-dekah apabila Rina sudah menjelingnya tajam. "Okay, okay.. sorry. Teruskan! Ahaha.." sambungnya pula apabila melihat Rina sudah menarik muka.

"Mengada tau abang ni, ishhh.. benci lah!" rajuk Rina. Dia terus berpaling tanda seperti merajuk benar. Huhuhuu..

"Hahaha.. okay! Sorry Rina. Janganlah merajuk! Hehe.." tapi, tidak di sambut oleh Rina. "Okay, nanti abang belanja aiskrem k?" Pujuk Ariff lagi. Rina terus berpaling menghadap abangnya itu apabila 'aiskrem' disebut.

"Okay!" Laju sahaja Rina menjawab. 'Faberet! Yummyyy!' Di dalam hati Rina sudah berlagu riang. Hilang kisah murid yang ingin diceritakannya tadi apabila kereta sudah memasuki halaman rumahnya. "Jom!" dia terus berlari-lari anak mendapatkan ibunya di dapur yg seperti biasa sedang menyediakan makan untuk tengah hari. Rina juga turut membantu.

"Eh, ibu masak kari ayam? Sedapnyaaa.."

"Aah, ibu dah lama tak masak kari. Ok, dah siap!" ibu pun menutup api dapur. Rina menyediakan pinggan serta air di meja makan.

Selesai siap menyediakan hidangan, Arina Shahira memanggil abangnya untuk makan sekali. Ayahnya pula tiada di rumah kerana menghadiri meeting.

"Bu, boleh tak Rina nak ikot Tirah pergi program?"

"Program apa?"

"Program Kepimpinan untuk murid tahun 6 seluruh sekolah kat daerah ni. Minggu depan. Boleh ke?"

"Aikk.. Rina nak join bebudak tu ke?" Ariff mencelah.

"Taklah, jadi fasilitator je."

"Pergi jelah Rina, takdalah terperuk sangat kat rumah ni kan." Ariff menyokong kuat. Tidak mahu adik perempuannya itu duduk di rumah sahaja tanpa bergaul dengan orang luar.

"Ibu izinkan. Nanti bagi tahu la ayah jugak ya?" Ibu tersenyum manis lalu, pipi ibu itu dikucup mesra oleh Rina.

"Terima kasih ibu, abang."

'Yess!'

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now