Tepat pukul 1 petang Arina sampai dirumahnya dan sempat lagi dia ke supermarket untuk membeli barang. Niatnya ingin mengaburi mata Syafiq. Dia tidak mahu Syafiq syak wasangka andai dia tidak membeli apa-apa sedangkan dia telah meminta izin keluar untuk membeli barang.
Arina melabuhkan punggung di sofa di ruang tamu, dia mahu berehat seketika. Beg-beg plastik di biarkan di tepi sofa. Rasa peningnya datang lagi, dia memicit-micit kepalanya yang terasa sakit itu.
Tiba-tiba, masuk satu kereta di perkarangan rumahnya. Sudah tentunya itu adalah kereta Syafiq. Arina sudah kecut perut. 'Kenapa dia balik time macam ni? Mesti ada sesuatu ni.'
"Assalamualaikum." Suara Syafiq perlahan dan kendengaran seperti malas untuk salam. Syafiq terus masuk ke dalam rumah. Hal ini kerana Arina terlupa untuk menutupnya semasa dia masuk tadi.
"Erkk! Waalaikumusalam. Awal awak balik?" Tanya Arina takut-takut, peluh cemasnya sudah keluar banyak. Sungguh dia takut sekarang ni.
"Kenapa? Tak boleh?" Jawabnya yang kedengaran kasar. Syafiq duduk di salah satu sofa. 'Saya nak tengok sejauh mana awak berani bohong saya, Rina.' "Baru balik?" Dia bertanya sambil mengangkat kening. Kelihatan sinis sekali.
"Erkk, a'ah. Awak nak air?" Arina cuba menukar topik. Dia tidak berani bertentang mata Syafiq di saat ini. 'Ishh.. Syafiq tahu ke?'
"Tak perlu." Pantas Syafiq menjawab. "Saja nak balik tengok isteri buat apa." Mendatar sahaja bunyinya. Arina pula tersenyum pendek dan riak cemas jelas di wajahnya. Syafiq juga tidak membahasakan 'awak saya' dengannya seperti selalu.
"Saya tak buat apa pun." Arina tersengih pendek cuba menyembunyikan gejolak hati.
"Sepatutnya ada meeting dengan Zarul pukul 10 tadi tetiba dia cancel meeting katanya, ada hal penting." Syafiq merenung Arina pula. Semakin serba salah dibuatnya.
"Ouhh.." hanya itu yang mampu Arina balas. Dia sudah tertunduk. 'Kenapa Zarul sanggup cancelkan meeting semata-mata demi hal tadi tu? Aishh..'
"Dari pagi sampai tengahari keluar beli barang? Lamanya.." Syafiq masih tepat merenung tingkah laku Arina yang seakan terjerut dengan situasinya itu sendiri.
"Ramai orang." Pendek sahaja jawapannya.
"Hmm.. okay." Balas Syafiq. 'Sabar Syafiq, kau tak boleh tuduh Rina melulu. Mungkin ada sebab kenapa dia tak bagitahu hal yang sebenarnya.' Dia kembali tenang. "Awak dah makan tengahari?"
'Alhamdulillah.. mood dia macam dah okay sikit tu. Terima kasih Allah.' Bisik hati Arina. "Hmm.. belum. Saya masak sekejap, awak tunggu eh?" Arina seakan cuba menceriakan suasana kembali. Dia tidak mahu Syafiq berburuk sangka kepadanya. Satu masa nanti dia akan memberitahu Syafiq serta meminta maaf kepadanya kerana telah menipunya hari ini.
"Takpa, kita masak sesama." Syafiq bingkas bangun dan menjijit beg-beg plastik berisi sayur-sayur serta barang dapur lain yang telah Arina beli tadi. Arina membuntuti suaminya sambil tersenyum.
'Terima kasih Allah, kerana hadirkannya untuk aku.'---
Kisah siang tadi berlayar di mata Arina. Dia menjadi serba salah dan cuba mencari kekuatan berterus terang dengan Syafiq. Malam itu Arina hanya duduk di birai katil merenung ke arah suaminya yang sedang sibuk menghadap laptop menyiapkan kerjanya.
"Awak.." panggil Arina perlahan.
"Ya, kenapa?" Tanya Syafiq sambil berpaling menghadap isterinya.
"Banyak lagi ke kerja awak?"
"Tinggal sikit ja lagi ni. Kalau awak nak tidur, tidurlah dulu." Syafiq tersenyum manis ke arah isterinya.
"Hmm.. saya mana boleh tidur tanpa bantal peluk saya. Hehe.." rengek Arina manja. Terbeliak mata Syafiq mendengar rengekkan manja isterinya itu.
"Aikk? Betul ni? Jom tidurr!" Pantas sahaja Syafiq menutup laptopnya dan duduk di sebelah isterinya.
"Awakk! Saya bergurau jelah! Pergilah habiskan kerja awak dulu, karang tak siap. Awak jugak yang susah!" Arina menjadi takut dengan tindakan refleks suaminya itu. Jantungnya berdegup pantas. Mukanya pula semakin membahang menahan malu.
"Takda! Takda! Awak yang minta, saya hanya menurut perintah!" Syafiq sudah memeluk dari tepi tubuh isterinya yang genit itu.
"Awakkk! Ishh dia ni.. uhuk! Uhukk!" Terbatuk-batuk Arina kerana kekurangan nafas dipeluk erat oleh suaminya. Apabila melihat isterinya yang seakan terseksa itu, Syafiq meregangkan sedikit pelukkannya.
"Awak, maaf. Okay tak ni? Nak air?"
"Hahaa.. saya okay jelah. Takpayah cemas sangat." Dia tersenyum ke arah suaminya itu. Lalu, Arina pula memeluk pinggang suaminya dari tepi sambil melentokkan kepala ke dada bidang Syafiq. "Awakk.."
"Ya sayang.." Syafiq sudah tersenyum bahagia.
"Terima kasih sebab sayang saya, ambil berat pasal saya dan sentiasa ada untuk saya untuk tahan kerenah-kerenah saya yang nakal ni." Arina mengangkat sedikit wajahnya menghadap Syafiq yang sudah tersedia merenungnya sambil tersenyum.
"Sama-sama sayang. Semua ni saya buat sebab saya sayang awak sangat-sangat-sangattt-sangattttttt tahu?" Syafiq memperkemaskan lagi pelukannya kepada Arina.
"Saya tahu. Awakk.." Arina merenung mata Syafiq dalam-dalam.
"Ya sayang.."
"Saya nak minta maaf.."
"Sebab apa?"
Kali ini, Arina teragak-agak ingin bersuara. Syafiq pula menggenggam tangannya cuba menyalurkan kekuatan kepada isterinya itu.
"Sebab saya dah bohong pada awak. Saya nak minta maaf, minta ampun pada awak." air mata yang sedari tadi berada di tubir mata jatuh membasahi pipi gebu Arina.
"Takpa sayang, saya tahu." Balas Syafiq.
"Tak, tak! Awak tak tahu! Saya keluar pergi jumpa Zarul. Tapi, sumpah saya tak buat apa-apa pun. Kami hanya berjumpa sebab Zarul nak sampaikan amanat arwah Zamir sahaja." Arina melepas pelukkannya dan mengangkat tangan tanda bersumpah. Dia takut andai Syafiq meninggalkannya sepertimana Zamir Affandi meninggalkannya. Sungguh dia takut!
"Shuhhh! Saya tahu.. tadi, Zarul dah bagitahu saya sendiri." Syafiq cuba memujuk, dia memeluk isterinya sambil mengusap lembut kepala isterinya itu. Sebelah tangannya lagi menyeka air mata yang mengalir di pipi Arina.
"Apa? Jadi, awak tahulah yang tadi saya keluar dengan Zarul?" Arina bertanya dalam sedu ditambah dengan riak terkejutnya.
"Memang saya dan Zarul sepatutnya ada meeting tadi, tapi dia cancel. Katanya ada hal penting. Saya pun okay jelah. Tapi, tiba-tiba dia cakap dia nak minta izin nak jumpa awak. Memula tu saya cam tak bagi tapi, bila dia bagitahu apa tujuan dia nak jumpa awak, saya tak kisah. Sebab tu jugak, saya ikot Zarul sebab nak pastikan apa yang dia cakap tu betul. Bukan saya tak percaya awak tapi, saya kurang percaya pada Zarul." terang Syafiq serius.
"Awak.." Arina kehilangan kata-kata. Dia telah bersangka buruk pada Zarul sedangkan Zarul itu sungguh baik orangnya. Dia bukan berniat untuk merosakkan kebahagian mereka berdua. 'Masya Allah. Maafkan aku, Zarul.'
"Maafkan saya, sayang."
"Tak, awak tak perlu pun minta maaf dengan saya. Awak tak buat salah pun. Saya yang buat salah sebab tipu awak then, saya telah bercakap kasar pada Zarul. Awak, sampaikan maaf saya pada dia ye? Saya rasa berdosa sebab dah tuduh dia bebukan. Sedangkan dia tak macam tu pon."
"In Shaa Allah.. dah, dah. Tak payah menangis lagi. Senyum peliss untuk saya?" Pinta Syafiq sambil membuat muka berharap yang triple comel ke arah Arina. Arina tergelak kecil lalu, dia menghadiahkan senyuman manis.
"Ishhh.. geramnya saya tengok! Nak gigit boleh?" Syafiq menunjukkan giginya dan cuba untuk mengigit pipi gebu Arina itu.
"Eh.. tak boleh! Tak boleh! Rosak 'pau' saya ni nanti!" Arina menutup kedua belah pipinya sambil menggeleng manja. "No..no.."
"Alaa.. sikit ja." Pinta Syafiq lagi sambil mendekatkan mukanya ke muka Arina cuba mengacah. Arina yang melihat suaminya sudah terpejam mata cuba menyiumnya itu, dia terlebih dahulu bangun. Berlakulah adegan kejar-mengejar di dalam bilik itu. Hmm.. lepastu, faham-faham jelah apa yang suami isteri buat. Hehe..
YOU ARE READING
Hati-hati Dengan Hati
RomanceKisah silam membuatkan Arina Shahira sentiasa hidup dalam dilema dan trauma. Dua tahun dia jauh dari dunia luar. Hatinya kosong. Kehadiran Syafiq Khair merubah segalanya. Apakah yang berlaku kepada Arina Shahira? Dapatkah Arina Shahira melupakan...