"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam."
Zarul tersenyum mesra walaupun dia tidak mengenali siapa lelaki dan perempuan di hadapannya ini. "Saya Arffan." Dia menghulurkan tangannya tanda salam perkenalan. Sengaja dia menggunakan nama belakangnya iaitu Arffan tetapi, tidak menggunakan nama Zarul yang orang dah biasa dengar.
"Saya Aizat. Ya, nak cari siapa?" Lelaki yang bernama Aizat itu menyambut tangan Zarul mesra. Perempuan disebelahnya itu pula hanya menunduk.
'Setakat ni takda yang mencurigakan. Tapi, aku kena tanya Aizat ni, siapa dan apa hubungan Syafiq dengan mereka.' Bisik Zarul. "Saya sebenarnya nak cari Syafiq.." Zarul tiba-tiba tidak tahu ingin menggunakan ayat apa. Otakknya blank. Entah apa yang dia rasa apabila melihat wajah perempuan di sebelah Aizat itu. "Syaf?!" Ucap Zarul apabila dia mendapati siapa perempuan itu. Sungguh Zarul terkejut.
"Zz-zarul?" Syafiqah juga terkejut. Aizat memegang tangan Syafiqah. Dia tidak faham situasi tersebut. Sedangkan tadi, Arffan datang ingin mencari Syafiq tetapi, isterinya pula mengenali lelaki ini sebagai Zarul.
"Kenapa ni? Korang kenal ke?" Tanya Aizat pelik.
Zarul mengetap giginya. Syafiqah pula sudah menunduk, matanya bergenang dengan air mata lagi. Kisah 3 tahun lepas terlayar di matanya.
---
"Zarul, i'm pregnant!" Syafiqah memulakan bicara dengan nada teruja. Dia juga sangat takut kerana kandungannya kini sudah menginjak usia 2 bulan. Selepas dia pergi ke hospital tadi, dia terus menemui Zarul untuk memberitahu dia mengenai ini. Dia berharap Zarul akan gembira dengan perkhabaran ini dan mereka akan segera berkahwin.
"What???!" Zarul pula terkejut. 'Betul ke apa aku dengar ni?'
"Yeah, i'm pregnant, Zarul. Anak U!" Syafiqah tersenyum, dia cuba meraih tangan Zarul. Namun, Zarul melarikan tangannya pantas. "Zarul, kenapa ni? Patutnya U happy. Ni anak U, sayang."
"No! Why me huh, Syaf?" Zarul tersenyum sinis. 'Tak boleh, aku tak boleh. Macam mana kalau bonda dan ayah tahu? Mereka pasti sedih!' Zarul menyembunyikan rasa cemasnya.
"U kena bertanggungjawab, Zarul! Ini anak U!" Syafiqah merayu dalam esak tangisnya.
"No! I muda lagi, banyak lagi yang I nak kejar."
"Habis tu, I macam mana? Macam mana I nak hadap family I? I mengandung anak luar nikah, U tahu tak?" makin kuat Syafiqah menangis. Dia sudah tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Cuaca yang semakin sejuk juga tidak boleh membuatkan hatinya tenang. Malah, makin panas apabila menerima reaksi negatif dari Zarul itu.
"U nak I buat apa? Kahwin dengan U? Huhh!" Zarul menjeling. Dia menyembunyikan rasa cemasnya lagi. Dia tidak memandang wajah Syafiqah. 'Maafkan aku, Syaf. Aku tak boleh.'
"Yes, U kena bertanggungjawab atas apa yang U dah buat kat I. U tak ingat malam tu, malam tu U tidur dengan I! Kita dah terlanjur tahu? Bukan sekali tapi, dah banyak kali. I hanya tidur dengan U ja, Zarul. I love U, tak ada orang lain.." Syafiqah merayu. Dia cuba meraih tangan Zarul lagi tapi, Zarul menepis kasar.
"No! I tak percaya!" Zarul menengking kasar.
"Kalau U tak percaya, kita buat ujian DNA."
"Whatever.." Zarul terus meninggalkan Syafiqah yang terkapai-kapai keseorangan. 'Aku terpaksa Syaf, maafkan aku. Aku tak boleh. Aku tak mahu kecewakan bonda dan ayah aku. Aku kena jalankan amanah arwah abang aku. Aku harap kau jaga anak tu, walaupun aku takda kat sisi kau. Maafkan aku, Syaf.' Bisik hati Zarul. Dia terpaksa meninggalkan Syafiqah. Walaupun di tahu juga, dia lah bapa kepada anak yang dikandung Syafiqah itu. Dia yakin sekali kerana dialah yang meragut dara Syafiqah dahulu.
---
"Kenapa kau datang?!" Marah Syafiqah. Matanya merah mencerlung ke arah Zarul. Aizat cuba menahan tubuh isterinya itu.
"Aa-ku, datang nak cari Syafiq." Zarul terketar-ketar. Dia malu untuk bertentang mata dengan Syafiqah. Gadis yang telah dia nodai dahulu semasa dia tidak matang dan hanya memikirkan keseronokkan semata-mata. 'Maafkan aku, Syaf.' bisik Zarul di dalam hatinya.
"Kenapa cari abang aku?"
"Aa-pa? Abang kau?" Zarul terkejut lagi sekali. 'Syafiq abang Syafiqah?'
"Ya, Syafiq tu abang aku."
"Err.. encik Arffan ni nak buat apa cari Syafiq?" Celah Aizat.
"Saya nak tahu apa hubungan korang dengan Syafiq." Zarul membalas lemah. Dia tidak berani menatap wajah suami Syafiqah. 'Mesti kau orang baik, Aizat. Aku harap kau dapat membahagiakan Syaf dan terima dia seadanya. Maafkan aku..'
"Ya, Syafiq tu kawan aku merangkap abang ipar aku." Terang Aizat tenang.
"Tu anak siapa?" Soal Zarul kepada Aizat. Dia masih tidak berani memandang ke arah Syafiqah dan Aizat.
"Tak payahlah kau bertanya, Zarul. Tak penting pun." Balas Syafiqah sambil tersenyum sinis.
"Sarah tu anak kami." Aizat pula bersuara.
"Anak korang?" soal Zarul sambil menatap mata Syafiqah sayu. Dia inginkan kepastian. Adakah itu anak mereka berdua? Anak yang dikandung oleh Syafiqah 3 tahun lepas?
"Ya, anak kami." Balas Aizat lagi.
"Dia sakit apa?" tanya Zarul penuh minat. Dia tahu sepatutnya tujuan asal adalah untuk menyiasat hal berkaitan Syafiq tetapi, sekarang sudah bertukar niatnya. Dia ingin tahu adakah benar Sarah itu adalah anaknya atau pun bukan.
"Kau tak payahlah sibuk, Zarul. Tak penting untuk kau tahu pun." Syafiqah berpaling dan menuju ke arah anaknya yang sedang terlantar sakit. Wajah sedihnya cuba disembunyikan dari pengetahuan suami dan Zarul yang sedari tadi menunjukkan riak bersalahnya. "Aku rasa kau patut balik dulu. Kau pun dah tahu kan siapa Syafiq tu dengan aku. U can go home right now!'
Zarul melihat Aizat, dia tersenyum dan berpamitan. Dia sempat mendekat dengan Sarah. Dia mengusap lembut rambut Sarah. 'Comel sangat Sarah, iras mamanya. Andai benar dia anakku, aku harap dia tak akan bencikan aku bila dia tahu siapa ayah kandung dia ini yang sebenarnya, wahai anak kecil.' Zarul terus berlalu pergi. Dia ada satu azam yang ingin membuatkan Syafiqah mengaku siapa Sarah sebenarnya.
Sekarang, dia ada dua perkara yang perlu diselesaikannya. Pertama, siapa Sarah. Kedua, sebelum dia memberitahu Arina mengenai Syafiq, dia perlu berjumpa dengan Syafiq dahulu untuk memastikan banyak perkara. 'Ya, aku harus selesaikan segera!'
YOU ARE READING
Hati-hati Dengan Hati
RomanceKisah silam membuatkan Arina Shahira sentiasa hidup dalam dilema dan trauma. Dua tahun dia jauh dari dunia luar. Hatinya kosong. Kehadiran Syafiq Khair merubah segalanya. Apakah yang berlaku kepada Arina Shahira? Dapatkah Arina Shahira melupakan...