Bab 31

4.3K 121 0
                                    

'Nak merisik aku? Kenapa aku? Hmm..' Soal hati Rina. Dia duduk di atas katilnya. Lalu, dia cuba menggapai handphonenya di meja kecil namun, apa yang dicapainya ialah gambar kecil Mir.

"Mir, Rina takkan pernah lupakan Mir. Mir sentiasa ada dalam hati Rina. Dalam, dalam hati Rina ni tahu, sayang?" Air mata jernih Rina jatuh dan menitis di bingkai gambar Mir.

"Maafkan Rina Mir, maafkan Rina.." Rintih Rina.

"Rina.." sapa lembut ibunya.

"Ya, bu." Rina menyeka air mata laju-laju, cuba menyembunyikannya dari pengetahuan Datin Saleha. Namun, ibunya dapat membaca dari riak wajahnya itu.

"Ibu dan ayah tak bagi keputusan lagi pada Tan Sri dan Puan Sri tadi. Keputusannya ada pada Rina."

"Ibuu.." Rina menangis semahu-mahunya di dalam pelukan ibunya itu. Dia mahukan kekuatan di saat ini.

"Semua keputusan ada pada Rina. Kalau Rina tak pasti, mintalah pertolongan dari Allah. Buat istikharah okay sayang?" Ucap ibunya tenang.

Rina semakin tenang apabila dipeluk oleh ibunya itu. Seakan semua rasa sedihnya semakin reda.

"Ibu, mana bonda Mir pergi? Kenapa mereka tak datang jenguk Rina? Rina teringin nak jumpa bonda.. " Ya, selama ini hatinya tertanya-tanya, ke manakah bekas bakal ibu mertuanya yang sudah dianggap seperti ibu kandungnya sendiri itu pergi menghilang.

"Bonda Mir ikut Kak Long Zaharah kamu di US. Masa Rina sakit selama 2 tahun tu, bonda tak sanggup nak jumpa Rina. Dia cakap tengok Rina je teringat kat arwah Mir. Sebab tu bonda Mir pergi ikut Kak Long Zaharah. Sebelum dia pergi US dulu, dia ada datang sini tengok Rina. Tapi, masa tu Rina tengah tidur." Cerita ibunya sambil mengusap lembut bahu anak perempuannya itu.

"Jadi, bonda takda kat Malaysia? Patutlah kadang-kadang Rina cuba lalu kat kawasan rumah dia tapi, macam tak ada penghuni." Rina mengesali silapnya kerana tidak pernah menghubungi bekas bakal ibu mertuanya itu. Bukan dia lupa cuma dia sengaja menyibukkan diri supaya tidak terus-menerus mengingati kisah lama. "Allah.. Rina rindu bonda. Ibu, berdosanya Rina. Tak tanya khabar bonda." Air matanya mengalir lagi. Lalu, diseka lembut oleh ibunya.

"Rina janganlah sedih sangat. Bonda pun tak lupa Rina, dia selalu call ibu tanya khabar Rina. Dia sihat sahaja. Jangan risau k, sayang. Nanti dia call lagi, ibu bagi Rina cakap dengan dia."

"Terima kasih bu, sebab faham Rina, jaga Rina dari dulu sampai sekarang. Maafkan Rina banyak susahkan ibu, ayah dan semua." Ucapnya lagi sayu.

"Aipp.. ibu tak suka la Rina cakap macam tu. Rina kan anak ibu, mestilah ibu akan jaga Rina, jaga semua anak-anak ibu."

"Rina sayang ibuu!"

"Ibu pun sayang semua anak-anak ibu." Mereka berdua berpelukan. Adegan itu dipandang lemah oleh Dato' Ridhwan. Sayu hatinya melihat anak perempuannya itu.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now