Selesai solat Maghrib, Rina membaca ayat suci al-Quran. Di alunkan bacaan sambil meratapi betapa kerdilnya dia di hadapan Allah S.W.T. Sungguh dia hamba yang tidak mensyukuri nikmat yang di anugerahkan kepadanya. Selesai membaca al-Quran, dia berdoa lagi, meminta keampunan dari Tuhan yang Maha Pengampun. Selepas itu, dia membuat solat Istikharah pula sebelum azan Isya' berkumandang.
Selepas habis membaca doa, Rina menyambung menanda buku latihan anak-anak muridnya. Namun, dia sedikit hilang fokus apabila teringatkan peristiwa siang tadi.
"Hmmm.. apa yang haru ku buat?" Rina memikirkannya sehingga terlelap di meja kerjanya.
-------------------------------------------------------
"Aku kat mana ni? Wahh.. banyaknya rose putih." Lalu, ada satu bunyi yang aneh datang dari suatu arah. Rina cuba mendekati arah tersebut dengan perasaan ingin tahu. Kelihatan sesusuk tubuh lelaki yang kelihatan seperti Zamir Affandi.
"Mir??" Soal Rina inginkan kepastian.
Lambat-lambat lelaki yang dipanggil 'Mir' tadi berpusing. Apabila habis kelibat 'Mir' itu memusingkan badannya...
"Ssyaa..fiqq?" Rina terkejut lalu, dia terjaga daripada mimpinya.
"Astaghafirullah.. aku mimpi! Hmmm.. pukul berapa dah ni?" Rina pun mencapai jam tangan Guccinyabitu. 'Hmm.. dah pukul 2.30 pagi rupanya. Baik aku Tahajud dan Istikharah.' bisik hatinya lalu dia mengambil wudhu'.
Selesai dia menunaikan solat Tahajud, dia menunaikan solat Istikharah pula meminta petunjuk dari Allah S.W.T.
'Allahu..'
----------------------------------------------------------
Habis waktu sekolah, Rina pulang dan dijemput oleh Ariff. Sampai sahaja dirumah mereka makan tengahari seisi keluarga. Harini sedikit meriah kerana Fakhrul Adam pulang bercuti.
"Bila Erul balik ni? Cuti sampai bila?" Tanya Ariff sambil menepuk-nepuk belakang adik bongsunya itu.
"Erul cuti seminggu ja. Lagi dua bulan cuti semester so, saja balik. Nak tengok kakak kesayangan Erul ni. Rinduu!" Erul memeluk lengan Rina Shahira manja. 'Erul rindu akak yang dulu' bisik hatinya.
Sungguh dia sangat teruja untuk balik apabila ibunya memberitahu bahawa kakaknya itu sudah pulih. Cuma dia sangat sibuk dan baru sekarang dia ada masa untuk pulang bercuti.
"Elehhh kau ni. Poyoo je lebih! Dahlah jom tolong akak basuh semua pinggan ni." Rina membuat muka geli tanda tidak mahu melayan kerenah adik bongsu kesayangannya itu.
"Baik boss!" memang Erul sangat ringan tulang untuk membantunya serta mereka sekeluarga. Betul kata orang, anak bongsu ni sangat manja dan dalam masa yang sama sangat sayangkan familynya.
"Akak, Erul dengar semalam ada orang meminang akak. Akak terima tak?" soal adiknya tiba-tiba. 'Hmmm.. cepat sungguh sampai pada dia! Haishh..'
"Aah.. akak tak tahu pun siapa yang meminang tu. Entahlah.." Rina masih tidak tahu siapa yang telah datang untuk meminangnya itu. Jawapan solat Istikharahnya masih samar-samar.
"Akak tanyalah ibu tu."
"Hmm.. nantilah. Akak busylah."
"Okayy.."
"Dah siap tu, jomlah ke depan." Ajak Rina selepas mereka selesai membasuh pinggan. Namun, Rina hanya mengajak adiknya ke depan tapi, dia pula menuju ke biliknya untuk berehat. 'Haishh.. penatnyaa..' keluh hatinya.
Sesampainya dia di bilik, dia merebahkan badannya dia atas katil. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi. 'Aikk.. siapa pulak yang call ni?' Rina mengangkat lambat panggilan tersebut.
"Hello..?" Sapa Rina dahulu.
"Hello.. Assalamualaikum.. ni Rina ke?" sapa si pemanggil. Rina cuba mencerna suara itu. 'Kak Long Zaharah ke?' Soal hatinya.
"Waalaikumusalam. Ya, saya. Ni Kak Long Zaharah ke?" Tanya Rina inginkan kepastian. Dia bangun dan duduk di balkoni biliknya.
"Ya Allah, Rina. Ya, ni kak long ni. Rindunya kat Rina. Rina sihat tak?"
"Alhamdulillah.. Rina sihat je kak long. Kak long dan bonda sihat?"
"Alhamdulillah, kak long dan bonda pun sihat kat sini. Rina, bonda nak cakap dengan Rina."
"Okay kak long." Kedengaran kak long Zaharah memberikan telefon kepada bonda Mir.
"Hello, Assalamualaikum anak menantu bonda." Suara tua milik Puan Sri Zaleha di hujung talian meruntun hati Rina.
"Waalaikumusalam bonda.. bonda sihat?" Rina tidak dapat menahan rasa, dia menangis namun, dia masih cuba menyembunyikan suaranya yang semakin serak akibat daripada menahan tangis.
"Bonda sihat je. Rina sihat tak? Jangan sedih-sedih ye sayang. Bonda sentiasa mendoakan kebahagiaan Rina." Puan Sri Zaleha dapat mengagak dari suara Rina itu, dia sedang menangis.
"Rina sihat bonda." balas Rina lemah.
"Tadi, ibu Rina bagitahu bonda, ada orang merisik Rina. Rina terima?"
Rina mendiamkan diri.
"Bonda sentiasa mendoakan Rina sihat walafiat dan bahagia selalu. Bonda harap Rina sentiasa kuat ye sayang. Teruskan hidup Rina, jangan pernah berpatah balik. Simpan semua kenangan, jadikan sebagai memori masa silam kita. Simpan Mir jauh di lubuk hati Rina ye sayang. Terimalah pinangan tu andai itu yang terbaik untuk Rina. In Shaa Allah, bonda izinkan, semua ni untuk Rina, untuk kebahagian Rina."
"Bondaa.." Rina kehilangan kata-kata.
YOU ARE READING
Hati-hati Dengan Hati
Lãng mạnKisah silam membuatkan Arina Shahira sentiasa hidup dalam dilema dan trauma. Dua tahun dia jauh dari dunia luar. Hatinya kosong. Kehadiran Syafiq Khair merubah segalanya. Apakah yang berlaku kepada Arina Shahira? Dapatkah Arina Shahira melupakan...