"Kenapa Rina cakap macam tu tadi?" Soal abangnya pelik kerana tiba-tiba sahaja Rina membohongi lelaki yg dikenali sebagai Syafiq tadi.
"Cakap apa?" Dia buat-buat tidam mengerti dengan apa yg Ariff perkatakan tadi.
"Cakap abang ni abang sayang la apa la."
"Ehh.. betullah! Abangkan, abang sayang Rina!" Jawabnya selamba.
"Elehh.. macamlah abang tak tahu. Ni mesti ada sesuatu ni."
"Merepeklah abang ni."
"Kononn.."
"Patutnya abang berterima kasihlah kat Rina ni tahu?" Rina cuba mengalihkan topik perbualan tanpa disedari Ariff.
"Sebab apa?"
"Yelah, sebab dah tolong belikan macam-macam untuk abang. Pilihkan ini, pilihkan itu. Tahu?"
"Bukannya Rina yang keluarkan duit pun. Semuanya abang, tahu?"
"Hek eleh, Faizul Ariff ni. Kalau tak Rina yang korek memacam apa yang si Tirah tu suka, takdanya kat sini sekarang."
"Yelah, yelah Rina oii.. terima kasih banyak-banyak." Hilang topik asal mereka tadi. Rina pula hanya mendiamkan diri. Kereta abangnya meluncur laju menuju ke rumah mereka.
"Haa sama-sama abang sayang. Tahu pun."
"Haa..! Berbalik dengan cite tadi. Siapa mamat yang tegur kita tadi tu?" Tiba-tiba pula Ariff teringat kembali cerita tadi. 'Aduyaiii...'
"Syafiq kot namanya, entah. Kenapa?"
"Abang tengok dia macam suka Rina. Sedih gila kot muka dia masa Rina cakap, abang ni abang sayang Rina. Hahaha.."
"Entah. Rina kenal dia masa kat program tu. Kenal-kenal gitu jelah."
"Ohh.. habistu, kenapa muka macam sedih ja."
"Sedih? Siapa?"
"Si Syafiq tulah."
"Manalah Rina tahu." Jawab Rina selamba lagi. Dia malas untuk ambil tahu semua tu.
"Kalau suka, cakap jelah. Ngaku je, dengan abang je kott.." usik abangnya lagi.
"Abang ni merepek! Dahla, Rina tak suka la cakap pasal ni." Rina bersuara tegas. Sungguh dia tidak suka membicarakan hal ini.
"Hmmm.. okay." Ariff terus terdiam. Takut menyakiti hati adiknya itu jika dia terus memaksa.
YOU ARE READING
Hati-hati Dengan Hati
RomanceKisah silam membuatkan Arina Shahira sentiasa hidup dalam dilema dan trauma. Dua tahun dia jauh dari dunia luar. Hatinya kosong. Kehadiran Syafiq Khair merubah segalanya. Apakah yang berlaku kepada Arina Shahira? Dapatkah Arina Shahira melupakan...