Hari yang dinantikan oleh Faizul Ariff..
"Rina, abang 'nebess' lah!"
"Alaa.. rilex, rilex sudah ye abangkuu.." Rina mengekori kedua ibu apanya beserta saudara-mara yang lain yg bersama-sama menghantar rombongan.
"Hmmm.. okay, nanti papehal Rina bagitahu abang ye. Abang tunggu kat luar ni." kata Ariff. Dia duduk menunggu di luar rumah bakal tunangnya iaitu Athirah.
-------------------------------------------------------
"Alhamdulillah. Selesai sudah semuanya Ariff. Sabar ye lagi 3 bulan majlisnya." Terang papanya.
"Alhamdulillah.. hehe.." balas Ariff sambil tersipu-sipu malu. Rina menyinggul bahu Ariff. 'Suka lettuw..'
"Tapi, ingat. Tanda ni bukan 'lesen' untuk Ariff bawak Tirah ke hulu ke hilir berdating. Ingat sikit, ye?" Pesan mamanya pula.
"Haa.. dengar tu Riff, jangan nak over. Belum halal lagi tahu?" usik kakaknya, Arini Syafika.
"Baik, ibu, ayah, kak Rin.. Ariff ingat. Ibu, yg Rina ni bila pulak??" Seloroh Ariff membuatkan Rina terkesima. Sungguh dia tidak pernah terfikir untuk kahwin setelah apa tragedi yang ditimpanya dahulu.
"Ehh, dah kenapa pulak?!" Marah Rina spontan. Sejujurnya, dia tidak mahu memikirkannya lagi. Cukup satu, Zamir Affandi. Namun, dia sedikit mengakui bahawa kehadiran Syafiq sedikit sebanyak mencuit hatinya. 'Kening dia.. hmm..' Rina terbayang kening Syafiq yang sangat indah baginya itu.
"Alaa.. abang saja je. Kot kot Rina ada..aa.."
"Ada apa?" Rina membuat muka tanda tidak suka. Ahli keluarganya yang lain pun diam seribu bahasa. Mungkin mengerti dan takut melukakan perasaan Rina lagi.
YOU ARE READING
Hati-hati Dengan Hati
RomanceKisah silam membuatkan Arina Shahira sentiasa hidup dalam dilema dan trauma. Dua tahun dia jauh dari dunia luar. Hatinya kosong. Kehadiran Syafiq Khair merubah segalanya. Apakah yang berlaku kepada Arina Shahira? Dapatkah Arina Shahira melupakan...