"Ayah, ibu. Rina terima." Rina memulakan bicara.
"Alhamdulillah. Kena bagitahu Tan Sri dan Puan Sri ni." ucap kedua ibu dan ayah Rina. Ariff pun menyaksikan adegan itu. Dia juga gembira untuk adik perempuannya itu. Rina hanya tersenyum. Baginya, cukup keputusan ini membuatkan keluarganya bahagia.
"Tapi, Rina ada syarat. Syaratnya, Rina nak rasa jugak alam pertunangan macam abang untuk kenal hati budi Syafiq dan Rina jugak nak langsungkan persandingan waktu yang sama dengan abang." Serius Rina menyatakan syaratnya. Semua ni adalah untuk mempermudahkan segala urusan keluarganya.
"Kiranya, lagi tiga bulan lah majlisnya? Macam abang?!" Tanya Ariff inginkan kepastian. "Wahhh, cepatnya. Abang suka! Abang suka!" Gembira sekali abangnya. Rina hanya membalas dengan anggukan kecil.
"Syafiq cakap lusa majlis tunangnya."
"Masya Allah, cepatnya.. Mana sempat nak buat persiapan." Ibunya menjadi kalut serta merta apabila mendengarkan ayat pernyataan anaknya itu.
"Sempat bu, takpayah kalut. Bebiasa ja sudah. Sarung cincin then, kita buat makan-makan dan doa selamat."
"Hah, baiklah."
Sungguh perkhabaran dari Rina itu mengejutkan mereka semua. Datin Saleha menghubungi Puan Sri Zaleha untuk mengkhabarkan berita gembira ini. Manakala, yang lain sudah bersorak kegembiraan dan bersyukur kerana Rina telah 'kembali'.
-------------------------------------------------------------
Alhamdulillah..
Selesai sudah semuanya. Kini, status Rina bertukar menjadi tunang kepada Syafiq. Sungguh tidak disangka, pertemuan singkat telah membibitkan rasa cinta di hati Syafiq untuk memiliki Rina secara sah. Tinggal akad sahaja yang perlu di lafazkannya.
Rina memandang jarinya. Dulu, di jarinya itu tersarung cincin pertunangannya dengan Mir namun, sekarang sudah bertukar. "Mir akan selalu ada dalam hati Rina." bisik Rina sambil mengusap perlahan cincin pertunangannya bersama arwah Mir.
"Rinaa.. okay?" Tanya bonda Mir yang pulang ke Malaysia semata-mata untuk memberikan semangat kepadanya. Katanya juga dia pulang bersama seorang lagi anaknya kerana yang kebetulan ada urusan kerja juga di Malaysia. Bonda pula akan terus menetap di Malaysia.
"Rina okay ja bonda. Jangan risau." Rina tersenyum manis kerana tidak mahu bonda merisaukannya.
"Alhamdulillah. Nampak dah tu seri pengantinnya. Cantik anak bonda ni."
"Bonda ni, haha.. malu la!" Kali ini, dia tergelak manja pula.
"Haii.. borak apa tu? Gembiranya ibu tengok." Celah ibu Rina secara tiba-tiba.
"Hahaha.. tengok anak perempuan awak ni la Leha oii.. cantik sangat, bertuah Syafiq dapat miliki dia."
"Bondaa, semua ni pinjaman je lah daripada Allah SWT.. hehe.." Dia sudah malu dengan pujian dari bonda Mir.
"Hahaha.. sudah-sudahlah tu kak. Jom kita pergi minum teh. Sejuk-sejukkan badan dan kita borak pepanjang. Saya rindu dengan akak ni. Hehe.."
"Lahh.. jom Rina join kami?"
"Baik, ibu, bonda. Jom!" Rina berlari-lari anak, hilang sopannya apabila di hadapan bekas bakal mak mentuanya. Mereka faham dan kenal benar perangai sebenar Rina pada suatu ketika dahulu. Seorang yang manja, keanak-anakkan, jenis bebas dan selamba badak namun, ada sopannya.
"Aippp, jaga sikit tingkah laku tu. Kan nanti nak jadi isteri orang dah." Tegur bonda Mir baik.
"Hehe, baik bonda." Dia malu sendiri apabila ditegur namun, dia tidak pernah mengambil hati kerana dia tahu itu adalah untuk kebaikannya juga.
"Akak, terima kasih akak datang. Semenjak akak datang ni Rina makin baik. Dia makin manja, macam dulu-dulu tu." bisik ibu Rina kepada bonda Mir perlahan. 'Ya, ketara benar perangai Rina semenjak kak Zal pulang.'
"Yeke? Alhamdulillah." balas bonda Mir perlahan juga tidak didengari oleh Rina.
"Haa.. kutuk Rinalah tuuu.." sergah Rina.
"Ehh.. mana ada. Memandai ja Rina ni." Bidas ibunya.
"Yalah tu.." Rina sangat bahagia kerana memiliki keluarga yang amat menyayanginya. 'Terima kasih Allah.'
YOU ARE READING
Hati-hati Dengan Hati
RomanceKisah silam membuatkan Arina Shahira sentiasa hidup dalam dilema dan trauma. Dua tahun dia jauh dari dunia luar. Hatinya kosong. Kehadiran Syafiq Khair merubah segalanya. Apakah yang berlaku kepada Arina Shahira? Dapatkah Arina Shahira melupakan...