Bab 4

6.8K 194 1
                                    

Gambar itu adalah gambar Rina bersama Mir semasa menyambut hari lahirnya yang ke-22 tahun. Rina teringat kisah tiga tahun lalu itu.

Tiga tahun dahulu..

"Rina, malam ni Mir tak dapat sambut birthday Rina tahu? Mir sekarang busy sikit, ada kes besar yg Mir tengah cover." Ucap Mir di dalam telefon semasa menelefon Rina.

"Hmmm.."

"Okay la sayang, Mir got-to-go. Bye, sayang! Once again, happy birthday my precious one, Arina Shahira binti Ridhwan!" Lalu, Mir memutuskan talian.

"Sampai hati, Mir. Mir dah janji nak sambut birthday Rina. Tapi, Mir mungkir!" Rina bersedih keseorangan di dalam biliknya. Seharian dia bersedih keseorangan.

'Knock! Knock!'(bunyi ketukkan pintu)
'Siapa yg kacau ni? Aduyyy!' Rina bangun lambat-lambat. Lagi sekali, bunyi ketukan pintu lebih lama bunyinya.

"Sekejap!" Tangan Rina kemas memulas tombol pintu biliknya. "Hah, abang nak apa?" tanyanya lemah. Malas mahu melayan abangnya itu.

"Jom, keluar malam ni nak? Kita sambut birthday Rina!" Ucapnya dengan penuh ghairah. Muka Ariff tu tak payah cakaplah, eksited habis!

"Berdua ja dengan abang? Tak best la. Ajak ibu dan ayahlah." Lemah sahaja bunyinya. Sebenarnya, dia lebih lebih kepada malas mahu ke mana-mana. Dia mahu bersendirian.

"Ibu dan ayah ada dinner penting malam ni, dia tak dapat ikot kita. Takpelah, abang kan ada!"

"Tengoklah, Rina takda mood la bang."

"Alaa.. Rina, abang dah tempah khas sesuatu buat Rina tahu? Jadi, tak kira! Rina kena ikot jugak!" beria benar bunyinya. Ariff terus berlalu pergi. Rina tidak sempat berkata apa-apa.

"Abang! Ishh dia ni.. mengada betullah!" bebel Rina. Dia menutup pintu biliknya.

Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada Whatsapp masuk. 'Hmm.. abang ni.' Dia merenung lama skrin telefon bimbitnya itu.

Malam ni pukul 9 di YI Cuisine. Dressup cantik-cantik kay! 😘 -Abangku mereng

"Entah apa-apa lah abang ni." Rina  menggeleng-gelengkan kepalanya. Tanpa curiga, dia mula bersiap-siap.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now