"Rina.." panggil satu suara.
Aku buka mata, melihat siapa yang memanggil. Aku nampak dia tersenyum. Matanya ku renung dalam-dalam.
Sepasang mata redup yang aku rindu. Dia luar biasa. Keningnya special, buatkan ku selalu rindu, malah terpesona setiap masa. Kenapa aku rasa cintaku kepadanya berbeza? Lain dari rasa cintaku pada Mir. Dia istimewa.
"Syafiq?" Aku tersenyum pendek. Syafiq mengusap penuh kasih di kepalaku yang dilitupi tudung. Entah kenapa aku rasa tenang pabila dia berbuat demikian.
"Ya, saya." Dia membalas senyumanku lama kami begitu seperti mencurahkan kasih, memadu asmara dan menyulamkan rindu yang lama terpendam.
5 minit kami begitu..
Aku memang terlalu inginkan kepastian. Aku lihat keadaan sekelilingku, kosong. Mana semua orang pergi?
"Saya dah minta keizinan daripada ibu, ayah dan tunang awak. Jangan risau, mereka ada di luar."
Syafiq seperti faham riak wajahku yang tertanya-tanya. Mungkinkah kami ada telepati yang membuatka hati kami bersambung? (Cewahh!)
"Hmm.. okay." Aku cuba bangun dalam sakit, Syafiq pula membantu aku. "Terima kasih, awak." Aku semakin pelik. Syafiq tidak mencuba untuk menyentuh pada permukaan kulit ku. Dia hanya menyentuh di bahagian yang beralas dengan baju. Aku hanya membiarkan sahaja.
"Awak rasa semakin baik?"
"Alhamdulillah.. berapa lama dah saya tertidur?"
"Satu hari. Takpelah, kami faham. Awak rehat je. Ada rasa lapar? Nak makan?"
"Takpe, saya tak lapar. Saya cuma dahaga." Syafiq mencapai gelas dan menuangkan air masak untukku. Entah kenapa lagi, aku rasa aku sayang kepadanya serta merasa selamat sahaja pabila bersamanya di saat ini.
"Dah?" Aku mengangguk dan menghulurkan gelas itu semula.
Aku sedikit terkesan pabila mengingati apa yang di ceritakan oleh ibu kepadaku. Aku termenung jauh sambil berfikir. Aku tiada suami? Tiada anak? Mir pula masih hidup?
"Awak okay?"
"Boleh tak awak pula yang bagitahu saya, apa terjadi pada saya? Macam mana saya boleh kenal awak sedangkan saya koma?"
"Saya takda jawapan untuk itu. Saya tak tahu macam mana awak boleh kenal saya, Rina. Mungkin awak tidak berapa ingat. Saya tak pernah kenal awak sebelum ini sampailah, saya yang selamatkan awak dan Zamir. Saya sahabat Zamir dan kami sama-sama cover kes "Abun" tu. Abun jadikan awak tebusan, masa awak nak kena tembak tu, Zamir cuba selamatkan awak tapi, tak sempat. Tembakan tu terkena pada awak dan masa tu la jugak saya dan pasukan saya datang selamatkan awak berdua. Mujurlah, Zamir sempat inform saya, sebelum dia pergi selamatkan awak. Dan tak sangka jugak, Zamir kena belasah teruk. Yelah, silap saya jugak yang lambat bertindak. Ni semua atas kehendak Zamir, dia bagitahu saya dia nak cuba selamatkan awak dulu. Lepastu, dia baru nak minta saya selamatkan awak berdua. Saya minta maaf, Rina."
"Jadi, awak kenal saya melalui Zamir lah? Betul ke Zamir masih hidup?"
"Ya, Zamir selamat. Awak yang kena tembak, Rina. Bukan Zamir. Saya pun tak tahu macam mana awak boleh koma lama sangat. Dr.Fiza cakap cedera tembak awak tu memang serius jugak, sebab nyaris nak kena jantung awak. Mujurlah tak kena tapi, tulah awak mungkin trauma atau apa-apalah sebab tu awak koma lama, hampir 3 tahun ni."
"Jadi, betullah kita tak pernah berkahwin?" Lambat-lambat Syafiq mengangguk.
Aku merasa perutku memang tiada tanda-tanda baru lepas bersalin ataupun mengandung. Aku tersenyum pendek. Entah tiba-tiba, hatiku merasa sedih. Sedih bahagia yang ku kecapi selama ini hanyalah mimpi semata-mata.
"Terima kasih, sebab bagitahu saya." Aku cuba menyembunyikan perasaan sedihku.
"Sama-sama. Saya cuma nak membantu." Syafiq tersenyum lagi. "Awak ada apa-apa nak tanya lagi? Kalau takda, saya nak keluar panggil family awak."
Suasana janggal suka menyelebungi aku dan Syafiq. Tapi, aku suka. Aku rasa selamat dan nyaman sahaja pabila dekat dengan dia. Mungkin, mimpi aku yang memadu kasih bersamanya memberi kesan yang dalam membuatkan aku tetap sayang kepadanya.
Semuanya kerana, aku sudah menganggap dia yang terakhir di dalam hidupku.
Terakhir.(Kat background tetiba ada lagu Terakhir-Sufian Suhaimi)
Aku hanya menggeleng. Selepas itu, masuk semua wajah kesayanganku. Wajah dia tetap di ingatanku.
Wajah yang ku kasih, Syafiq Khair.
YOU ARE READING
Hati-hati Dengan Hati
RomanceKisah silam membuatkan Arina Shahira sentiasa hidup dalam dilema dan trauma. Dua tahun dia jauh dari dunia luar. Hatinya kosong. Kehadiran Syafiq Khair merubah segalanya. Apakah yang berlaku kepada Arina Shahira? Dapatkah Arina Shahira melupakan...