Bab 48

4K 110 2
                                    

Semenjak dua menjak ni, Syafiq suka outstation. Katanya, ke Singapura lah, ke Penang lah. Arina tidak mengambil kisah. Tetapi, dia masih melakukan semua tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Hubungan mereka masih lagi dingin. Arina dengan keras hatinya manakala, Syafiq pula busy dengan pekerjaannya yang menyebabkan Arina merasa terabai.

"Kali ni, saya nak kena pergi ke Singapura lagi. Projek kat sana ada masalah." Memang benar Syafiq ada memberitahu tentang projeknya itu. Namun, Arina lebih curiga apabila Syafiq lebih kerap ke Singapura berbanding ke Penang. Namun, ego Arina yang tinggi dia tidak mahu bertanya dan hanya membiarkan suaminya melakukan apa-apa sahaja tanpa pengetahuannya.

"Kali ni, lama sikit. Dalam seminggu. Nak saya hantar awak ke rumah mama atau ibu?" Syafiq menambah lagi. Arina terdiam, dia makin terasa hati dengan sikap Syafiq.

"Ibu." Jawab Arina mendatar.

"Hmm.. baiklah. Nanti kita pergi honyemoon kay, lepas projek saya siap." Lagi sekali suara Syafiq membisikkan janji kepada Arina. Arina hanya mendiamkan diri.

"Apa-apa jelah." Balasan Arina itu membuatkan Syafiq terpana. Arina ingin berlalu pergi tetapi, Syafiq pula cuba meraih tangan Arina. Dia memandang Arina dengan penuh kasih, mengharapkan Arina kembali mesra dengannya seperti dahulu. "Awak, kenapa ni? Apa yang tak kena?" Syafiq tidak mengerti dengan perubahan sikap Arina sekarang yang extra sensitif. Janji dia untuk menjaga hati Arina masih tidak kesampaian. Ada sahaja yang merenggangkan hubungan mereka.

Arina masih lagi terdiam. Syafiq mendekatkan Arina dengan dirinya, dia memeluk erat. Sungguh Arina merindukan belaian kasih daripada suaminya. Tetapi, Syafiq tak pernah cuba untuk memahami. Malah, makin menjauhkan diri serta menyibukkan diri dengan kerja-kerjanya.

Syafiq mengusap perlahan belakang kepala Arina dengan penuh rasa kasih. "Awak, nanti packing barang. Okay?" Tiba-tiba sahaja Syafiq bersuara. Arina mendongakkan mukanya untuk melihat Syafiq.

"Packing? Nak kemana?" Tanya Arina pelik.

"Honeymoon." Syafiq tersenyum manis ke arah Arina. Arina membalas dan memeluk erat tubuh Syafiq.

"Terima kasih awak!" Ucapnya terharu. "Eh, tapi.. awak kan ada kerja kat Singapura? Kita honeymoon kat sana ke?" Sejujurnya, Arina tidak mahu ke Singapura. Dia ada pilihan destinasi cintanya untuk berbulan madu. 'Syafiq kan dah janji nak bagi aku pilih tempat honeymoon tapi, kenapa dia nak ajak ke Singapura pulak? Alaa.. taknak!' Namun, dia hanya mampu membantah di dalam hati.

"Kan saya dah cakap, saya akan biarkan awak yang pilih. Sekarang, terserah lah pada awak nak pilih kat mana." Ucap Syafiq sambil tersenyum manis.

"Uwaa.. terima kasih awak!" Bertambah erat pelukan di pinggang Syafiq. Arina terharu lagi.

---

"Abang tak dapat datang. Jaga diri k, kat sana." Ucap Syafiq dan terus mematikan panggilan. Syafiq terus membantu Arina mengemas pakaian serta keperluan-keperluan mereka untuk berbulan madu.

"Awak cakap dengan siapa tadi?" Tanya Arina sambil melipatkan tuala mandian.

"Dengan pengurus projek kat sana."

"Ada apa dia call?" Tanya Arina. "Ohh.. sorry, saya terlupa. Takpa ke kita pergi honeymoon ni? Saya taknak nanti awak susah hati pulak."

"Takpa, saya dah minta pengurus projek selesaikan masalah di sana. Awak jangan risau k?"

"Okay, awak. Terima kasih." Lalu, Arina terus mencium pipi Syafiq spontan.

"Eh, awak jangan macam-macam, kang kita honeymoon kat rumah je kang. Hahaha.." ujar Syafiq sambil cuba membuat aksi ingin menerkam Arina. Arina pula mengambil botol losyen tangannya cuba mengacah-acah Syafiq.

"Welkkk!!" Ejek Arina. Lantas dia membalingkan lipatan seluar kecik Syafiq ke arah suaminya itu.

"How dare you mempermainkan kesayangan saya?!" Syafiq terus memeluk Arina dan menggeleteknya.

"Awak, janganlah! Haishh.. geli tahu.. hahaha.." Arina cuba menepis setiap usikan Syafiq ke tempat-tempat sensitifnya sambil di selangi tawanya.

"Hahaha.. rasakan!" Mereka sama-sama bergelak tawa, mencari kebahagiaan yang hampir sahaja hilang.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now