Bab 5

6.7K 200 0
                                    

Rina memakai dress labuh bewarna merah bercorakkan polka dot hitam serta memakai shawl simple bewarna hitam blink-blink. Corak polkadot adalah corak kesukaannya kerana nampak seperti baby doll.

Semuanya telah tersedia di atas katilnya tadi. Dia mendapat pesanan Whatsapp dari abangnya yg menyuruh dia memakai dress itu.

'Ada-ada sahajalah abang ni.' Rina sekali lagi menggelengkan kepalanya. Dia terus melekapkan dress itu ke tubuhnya. 'Cantik!' Puji dirinya sendiri. Lalu, Arina Shahira terus bersiap-siap seusai solat Isyak. Dia sempat mendoakan dirinya yang sudah bertambah umur itu. Berdoa agar dipermudahkan segala urusannya.

Dia keluar dari biliknya dan turun ke ruang tamu tempat abangnya menunggu. Kelihatan segak sekali abangnya mengenakan kemeja jeans. Rambutnya disisir rapi sperti selalu. Ya, dia mengaku abangnya itu ada iras-iras seperti Nazim Othman. 'Bolehlah tahan.. huhuhu..' puji Rinadi dalam hati.

"Ok, jom!" Ariff lekas bangun dan menuju ke tempat letak kereta Audinya.

'Dah, kenapa abang ni semangat semacam?' Soal hati Rina. Mereka pun menuju ke destinasi mereka.

Setelah sampai, Ariff menarik kerusi untuk Rina duduk. Gaya persis seperti seorang putera ingin ber'dating' dengan puteri kayangan, ala-ala kisah dongeng gituu..

Pelayan cafe itupun menyediakan sesuatu untuk mereka. Semuanya kelihatan istimewa. 'Ohh.. ni specialnya. Sweet jugak abang aku ni!'

Rina mengangkat kening tanda pelik ke arah abangnya. Pelik lah, gaya macam nak makan ramai-ramai sedangkan mereka hanya berdua sahaja di situ. Suasana pula, sepi sekali kerana tiada pelanggan yang lain di situ namun, suasana menjadi soft apabila kedengaran musik bermain piano bermain. Ariff hanya buat-buat tak tahu sahaja. 'Untunglah kau dik oii, istimewa benar ni.' Tiba-tiba, Ariff berpamitan, ingin ke toilet katanya.

Arina Shahira menunggu abangnya. Semua hidangan sudah terhidang.

'Omakkau! Banyak gilo ni ha. Takkan nak makan berdua banyak cenggini.' Desis hati Arina Shahira.

Tapi, yang lebih memelikkannya tiada satu orang lain pun di cafe itu kecuali dirinya dan Ariff beserta pekerja-pekerja cafe tersebut. Puas Rina menunggu, hampir 10 minit. Namun, kelibat Ariff tidak kelihatan. Dia mengambil telefon bimbitnya, cuba mendail nombor telefon Ariff.

"Ishhh.. mana abang ni? Takkan pergi toilet lama benar?" Bebelnya sambil menjengah ke arah toilet yang sedikit terlindung dari pandangan matanya itu. Berkali-kali dia mendail nombor telefon abangnya itu namun, tidak berangkat. Dia menjadi sungguh risau. Dia membuat keputusan untuk pergi ke toilet menjejaki abangnya itu dan pabila dia ingin bangun sahajaa..

"Surpriseeee!" kejutan dari keluarganya. Ibu dan ayahnya sedang memegang kek beserta lilin yang sudah tersedia menyala. Padahal khabarnya, ibu dan ayahnya pergi dinner penting la konon, lepastu abangnya yg tadi kata nak pergi toilet berejam-jam kerana sakit perut, dia pandang pula ke arah kanan, ada kakak sulungnya, Arini Syafika beserta suami dan anak lelaki mereka yang berusia 2 tahun. Semua ini adalah hadiah berharga buat dirinya. Tidak lengkap rasanya jika mereka tiada. Cukup mereka sahaja termasuk Zamir Affandi. 'Hmmm..'

"Ehh, ada Erul? Bila balik?" tanya Rina kaget apabila ternampak adik bongsunya yang sedang tersengih seperti kerang busuk itu. Fakhrul Adam belajar jauh di utara nun ada sekali. 'Pelik?' Rina lupa sebentar tentang Zamir Affandi.

"Erul dah balik semalam lagi la kak, tu lah sapa suruh balik kija ja duk teperap dalam bilik tu? Hehe.." balas Erul sambil menghulurkan tangan ingin bersalam dengannya. "Mana boleh terlepas saat macam ni" ucapnya lagi sambil mengangkat keningnya berulang-ulang kali. Rina masih tidak faham dengan hint 'angkat kening' adiknya itu.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now