Bab 64

4.4K 115 6
                                    

(Arina Shahira POV)

Tiga malam berturut-turut aku buat solat istikharah. Hatiku semakin tenang dan serba sedikit ingatan lamaku datang kembali. Alhamdulillah..

Walaupun satu masa dahulu aku pernah bahagia bila bersama Mir, kini aku sedar yang cintaku berubah arah. Ada cinta lain yang perlu aku kejar.

Cinta kepada Allah.

Ya, tiada cinta selainNya, melainkan cinta kepadaNya. Allahu..

Aku mengharapkan keredhaanMu, ya Allah. Kau berikanlah petunjuk agar hatiku tetap kepadaMu. Sungguh aku perlukan petunjukMu agar aku dapat membuat pilihan yang terbaik.

Jika benar dia jodohku, kau dekatkanlah kami, jika bukan, kau jauhkanlah kami. Malah, kau dekatkan kami lebih kepadaMu, ya Allah. Amin..

---

"Assalamualaikum, Mir." Sapa aku setelah panggilanku di jawab oleh Mir.

"Waalaikumusalam. Ya, Rina."

"Boleh tak lepas Isyak ni Mir datang rumah Rina? Sebab ada hal penting Rina nak cakap."

"In Shaa Allah, boleh."

---

Aku melihat semua ahli keluargaku ada kecuali Erul dan Kak Rin. Mir duduk di sebelah abang Ariff. Manakala, ibu dan ayah duduk di couple seat.

Jelas tergambar di wajah mereka sedang menantikan apa yang ingin diperkatakan oleh ku. Aku menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya secara tenang sebelum memulakan bicara.

"Assalamualaikum semua.."

"Waalaikumusalam." Hampir serentak mereka menjawab salamku.

"Pertama sekali, Rina nak ucapkan ribuan terima kasih pada ibu, ayah, semua adik beradik Rina dan termasuk juga Mir dan yang lain-lain. Terima kasih sebab jaga Rina, ambil berat pasal Rina sepanjang Rina terlantar koma. Maaf dah susahkan semua, maaf sesangat." Aku pandang semua wajah-wajah dihadapanku satu persatu. Mereka seperti tidak senang pabila isu itu yang aku timbulkan.

"Kan ibu dah cakap, tak susah pun nak jaga Rina. Tolong sayang jangan cakap macam ni lagi."

"Kami semua sayang Rina, tak mungkin Rina akan susahkan kami." Celah abangku pula.

"Maafkan Rina.." ucapku lirih. Mata sudah bergenang air mata tetapi, ku tetap juga menahannya. Aku harus selesaikan segera. Takut makin ramai yang terluka.

"Rina nak cakap apa sebenarnya ni sayang?" Tanya ibu sambil tersenyum manis. Ayah disebelah ibu juga memberikan sepenuh perhatian kepadaku, yang lain pun begitu.

"Ibu, ayah.. ampunkan Rina untuk apa yang akan Rina cakap sebentar lagi. Harap ibu dan ayah dapat memahami Rina." Aku melihat mereka mengangguk lemah.

"Mirr.. maafkan saya. Maaf sesangat, saya tak boleh." Aku memandang tepat ke dalam mata Mir.

"Mm-maksud awak, Rina? Awak buat saya takutlah! Please, terus terang dengan saya." Kelihatan Mir terketar-ketar berbicara namun riak wajahnya cuba dimaniskan.

"Rina nak putus tunang dengan Mir. Rina minta maaf!" Aku terus menunduk. Takut untuk berhadapan dengan mereka semua.

"Apa Rina cakap ni? Putus tunang?!" Ayah bersuara terkejut. Ibu pula sudah melopong disebelahnya. Mir terdiam.

"Ibu, ayah, Mir.. Rina dah buat solat Istikharah semua, Rina dah muhasabah diri Rina betul-betul. Rina nak putus tunang dengan Mir. Maafkan Rina, Rina harap semua faham keputusan Rina." Aku mengangkat semula wajahku cuba menatap mata redup milik kedua-dua orang tuaku. Ibu dan ayah hanya terdiam. Mir mengeluh.

"Rina tahu, mungkin keputusan Rina ni mengecewakan ramai pihak. Rina minta ampun dan minta maaf. Rina tak boleh, maafkan Rina. Mir, mungkin Mir berhak dapat yang lebih baik dari Rina. Rina harap Mir dapat terima keputusan Rina ni."

Allah, kau ampunilah dosaku kerana telah mempermainkan perasaan insan yang benar-benar tulus menyayangiku.

Aku nampak air mata lelaki Mir jatuh di hadapanku. Allahu.. beratnya rasa hati. Namun, apakan dayaku. Aku sudah tiada rasa kasih dan cinta kepadanya lagi selain kasih sebagai seorang sahabat.

"Semuanya sekarang terletak pada Mir dan Rina untuk buat keputusan. Kami tidak membantah ataupun menyokong penuh keputusan Rina untuk putus tunang ni. Ayah harap fikirlah baik-baik sebelum buat keputusan ni. Ayah taknak kamu berdua menyesal di kemudian hari."

"Ibu nak kamu berdua tahu dan nak ingatkan, kamu berdua dah kenal lama tau? Dah bercinta pun lama, dah kenal malah dah ikat tali pertunangan ni pun lama dah. Ibu sayang kamu berdua sangat-sangat sebab Mir pun ibu dah sayang macam anak sendiri. Ikutlah, buat keputusan baik-baik ya. Ibu sentiasa menyokong kamu berdua."

Adat untuk orang bercinta.
Cinta tak semestinya harus bersatu dan mesti memiliki cinta itu.

Aku mengangguk mendengar nasihat ibu dan ayah. Mir juga sama. Kali ini aku lihat wajahnya lebih tenang dari tadi. Dia tersenyum ke arahku.

"Mir nak cakap berdua dengan Rina boleh tak ibu, ayah?" Mir meminta izin. Salah satu sikap Mir yang aku sangat suka, dia sangat patuh serta mementingkan ibu bapa juga adalah salah satu daya tarikan Mir bagiku pada suatu ketika dahulu. Tapi, kini aku harus mencari cinta yang hakiki. 'Maafkan Rina, Mir.'

---

"Rina dah fikir baik-baik untuk putuskan pertunangan kita ni?" Lembut sahaja suara Mir.

"In Shaa Allah.. Mir, Rina harap kita tak bermusuh. Rina sayangkan Mir tapi, mungkin rasa sayang tu dah tak sama macam dulu. Maafkan Rina."

"Mir faham. Mir dah dapat agak dah benda macam ni akan jadi. Mir pun sayangkan Rina, sayang sangat. Tapi, Mir hormat keputusan Rina. Kalau itu yang terbaik, Mir redha."

"Mir, Rina minta sokongan Mir dan semua untuk Rina terus kuat. Rina masih nak mencari diri Rina yang sebenar, nak mencari erti hidup ini. Rina tak nak sia-siakan peluang kedua yang Allah bagi ni. Mungkin ni juga salah satu petunjuk Allah pada Rina untuk Rina berubah jadi lebih baik."

"In shaa Allah, Rina. Mir sentiasa mendoakan Rina kekal kuat, tabah, bersemangat dalam hidup ni. Andd... semoga juga Rina kekal comel dan clumsy selalu.. hahaha.."

"Hahaha.. Mir, kita akan tetap bersahabat kan?"

"Mestilah.." lirih suaranya tapi, dia tersenyum manis ke arahku. Aku tahu dia cuba menyembunyikan perasaannya. "Mir nak tanya boleh?"

"Tanyalah."

"Rina suka Syafiq?"

Aku diam sejenak. Aku harus memberitahunya juga tentang perasaanku yang sebenar. Harus!

"Mir, sejujurnya Rina masih confuse dengan hati Rina, dengan mimpi Rina. Mungkin dia jodoh dalam mimpi Rina sahaja tapi, bukan pada alam realiti ni."

"Syafiq tu sangat baik orangnya, mungkin 'menyedihkan' bila Mir cakap macam ni tapi, ikhlas dari hati Mir. Syafiq memang baik. In Shaa Allah, dia boleh bimbing Rina. Mir tak tahu macam mana Syafiq dalam mimpi Rina tu tapi, Mir yakin, Syafiq sesuai dengan Rina."

"Mir, jangan cakap macam tu. Rina tahu Mir terluka. Rina tak nak gantungkan hubungan kita, sebab tu Rina pilih untuk putuskan pertunangan kita. Rina tak tahu Mir. Rina takut ni semua makin mengecewakan Mir. Rina tak nak! Rina tak nak bagi harapan pada siapa-siapa. Sesiapa pun jodoh Rina nanti, Rina terima sahaja."

"Terima kasih Rina, terima kasih untuk selama ni, terima kasih sebab benarkan Mir menumpang kasih pada Rina." Mir tersenyum lagi. Sungguh mulia hatimu wahai, Zamir Affandi. Maafkan aku.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now