Bunyi loceng dari luar rumah Rina berkali-kali kedengaran. 'Ada tetamu ke? Hmm.. biarlah ibu dan ayah yang layan.' Rina duduk di dapur untuk minum air membasahkan tekak setelah penat menanda buku latihan anak-anak muridnya.
"Eh, siapa yang datang hujung-hujung minggu ni bang?" tanya Datin Saleha kepada suaminya.
"Manalah abang tahu. Setahu abang, abang takda janji dengan sesiapa."
"Hmm.. baik abang pergi tengok sana. Saya ke dalam sekejap."
"Baiklah." Ayah Rina terus menuju ke pintu rumah dan menekan punat pada remote kawalan jauh untuk membuka pagar rumahnya itu. Kelihatan ada dua orang tetamu yang datang. 'Eh, siapa pulak ni?' soal hati Dato' Ridhwan apabila dia masih tidak pasti siapakah tetamu yang hadir itu.
-------------------------------------------------------
"Assalamualaikum?.." sapa seseorang.
"Waalaikumusalam. Eh, Tan Sri Abdul Kadir rupanya. Ada apa hajat ni datang rumah saya?"
"Hajat besar ni saya bawak." Mereka pun bersalaman dan berpelukan. Rupa-rupanya ayah Rina iaitu Dato' Ridhwan dan Tan Sri Abdul Kadir adalah kawan rapat.
"Masya Allah. Kenapa tak bagitahu awal-awal? Mari masuk." Dato' Ridhwan menjemput tetamunya masuk ke dalam rumahnya.
"Eh, Puan Sri Khatijah. Maii masuk!" Ajak Datin Saleha pula. Walaupun sedikit terkejut apabila melihat tetamunya yang tidak terlalu ramai itu namun, cukup menimbulkan tanda tanya di dalam diri mereka pasangan suami isteri. 'Ada apa ni?'
-----------------------------------------------------
"Kami datang ni ada maksudnya.. maksud besarlah kata orang tu." seloroh Tan Sri Abdul Kadir ingin memulakan mukadimahnya.
"Ok, saya tak faham lagi ni. Hahaha..." balas Dato' Ridhwan.
"Silakan minum semuanya.." celah Datin Saleha sambil membawa minuman. Lalu, dia duduk di sebelah suaminya.
"Kami datang nak merisik Arina Shahira!" terang Tan Sri Abdul Kadir lagi kali ini lebih tegas, straight to the point la katakan.
"Merisik Arina Shahira?" Soal Datin Saleha.
Namun, mereka tidak menyedari ada seseorang sedang memerhati dan memasang telinga di satu sudut. Arina Shahira terkesima saat mendengar itu. Dia berlalu menaiki tangga menuju ke biliknya tanpa mendengar siapa yang ingin merisiknya itu.
"Ya, nak merisik Arina Shahira untuk anak tunggal kami, Syafiq Khair." Balas Puan Sri Khatijah bersemangat.
YOU ARE READING
Hati-hati Dengan Hati
عاطفيةKisah silam membuatkan Arina Shahira sentiasa hidup dalam dilema dan trauma. Dua tahun dia jauh dari dunia luar. Hatinya kosong. Kehadiran Syafiq Khair merubah segalanya. Apakah yang berlaku kepada Arina Shahira? Dapatkah Arina Shahira melupakan...