Bab 63

4.5K 123 14
                                    

Sebulan berlalu...

Aku menghabiskan masa-masa berhargaku hanya di rumah. Berehat serta cuba membaikpulih segala sendiku seperti biasa. Aku teramat menikmati masaku di rumah. Ibu sentiasa ada menjaga makan dan minumku. Ayah pula sudah dikurangkan waktu di pejabat, dia sekarang rajin duduk di rumah untuk menemani ibuku. Perniagaan ayah sudah di ambil alih oleh abang Ariff.

Kak Rin pula akan pulang di setiap hujung minggu untuk melawatku. Aku sangat terharu dengan usahanya itu. Walaupun dia sibuk menguruskan anak-anaknya, dia tetap akan mencuri masa untuk melawatku di rumah keluargaku di setiap hujung minggu.

Abang Ariff pula dalam sibuk menguruskan perniagaan ayah dia juga sibuk meng'usha' sahabat baikku, Athirah seperti di dalam mimpiku. Aku hanya mampu doakan yang terbaik untuk mereka berdua. Moga kekal sampai lahirnya, Alisya(macam dalam mimpi Rina). Huhu..

Aku juga sudah berpesan kepada adik bongsuku, Erul supaya fokuskan dengan pelajarannya dan jangan risaukan keadaanku. Harap dia dapat berjaya mengikut jejak aku serta abang dan kakak kami. Amin..

Seminggu aku dirumah, aku sudah boleh berjalan. Tapi, tidak selaju mana. Cukup untuk aku turun naik tangga tanpa bantuan ibu mahupun ahli keluargaku yang lain. Cukuplah, aku tidak mahu menyusahkan mereka lagi.

Sesekali, Zamir dan Syafiq ada juga datang melawatku. Aku rasa janggal dengan Zamir disebabkan di dalam pengamatanku dia telah aku anggap tiada(mati). Manakala, Syafiq pula..
Dia.. dia sahabat kepada cinta pertamaku. Dan juga, suami di dalam koma panjangku.

Apa yang patu aku rasakan ketika ini?
Bahagia? Sebab apa? Sebab Mir hidup? Tapi, kenapa aku rasa biasa? Dia ada tapi, takda pun takpa? Masya Allah, kenapa aku rasa macam ni? Bukankah dia cinta pertamaku? Bukanlah dia ku tangisi separuh mati? Bukankah kali terakhir dia yang bersamaku dan aku hampir sahaja terkorban disebabkan mahu selamatkan dia? Tapi, kenapa sekarang rasa tu dah hilang?

Rasa cinta dan sayang dari sseorang kekasih kepada kekasih dah hilang.
Hilang untuk Mir.
Zamir Affandi.

---

"Rina sayang, kenapa saya rasa awak lain ek dengan saya?"

"Lain? Lain macam mana,Mir?"

"Awak tak mesra dan tak manja macam dulu. Entahla, atau itu cuma perasaan saya?"

"Saya rasa biasa ja."

"Maafkan saya, awak baru pulih dari koma tapi, saya nak awak macam dulu. Maafkan saya, Rina. Saya tak sepatutnya macam tu."

"Okay." Aku membalas pendek. Kenapa rasaku sepenuhnya berubah terhadapnya? Kenapa macam takda cinta?

"Okaylah, lupakan. Awak nak keluar ambil angin?"

"Apa tak cukup 'luar' ke kita sekarang ni?" Aku bangun dari kerusi di gazebo rumahku. Aku melihat pula ke kolam ikan di situ. Tenang. Moga hatiku juga setenang kolam itu.

"Tak, maksud saya. Keluar jalan-jalan kat mall ke atau pantai? Atau tempat favourite kita dulu-dulu? Awak ingat?"

Tempat favourite mereka? Tentulah di 'masjid tinggi' yang boleh mereka lihat satu bandar Mersing ini. Kat situ cantik sekali pemandannya. Dari tempat tinggi itu, mereka boleh melihat laut, pantai, sekolah lamanya dan banyak lagi tempat di dalam bandar tersebut.

"Tak, saya tak bersedia lagi nak keluar dari rumah. Maaf."

"Hmm.. kalau awak nak keluar ke awak bagitahu saya, okay?"

"Okay, terima kasih."

Ibu berjalan masuk dan ditangannya ada sepiring kek batik. Air teh 'o' di pandang sayu oleh aku. Memang aku langsung tidak menyentuhnya. Sesekali sahaja, aku lihat Zamir menghirupnya. Mungkin kehausan berborak kosong denganku.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now