Bab 49

4K 114 0
                                    

"Awak happy?" senyuman bahagia tidak lekang dari bibir manis isterinya itu di sepanjang perjalanan mereka tadi. Syafiq memeluk Arina dari arah belakang.

"Happy!" Jawab Arina teruja. Mereka sama-sama menikmati pemandangan indah di hadapan mereka itu. Pantai dan laut terbentang luas. Pulau-pulau pula kelihatan kecil sahaja dari penglihatan mereka. Indah sekali ciptaan Allah.

"Kenapa awak pilih tempat ni?" tanya Syafiq lagi.

"Kenapa? Tak cantik ke?" Tanya Arina pula pelik.

"Taklah. Tempat ni cantik sangat. Saya tak pernah lagi datang sini."

"Pulau Rawa ni memang cantik sangat. Kat Johor ni banyak lagi tempat dan pulau-pulau yang cantik. Next trip, kita pergi pulak Pulau Sibu, Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Besar.. dan pulau apa ek lagi namanya.." lama Arina berfikir. "Haa..! Dekat Endau tu boleh pergi Pulau Tioman. Dekat jerr.. jomlah nanti kita pergi sana pulak.. Hehe.." panjang cerita Arina dengan penuh terujanya.

"Okay, okay. Next trip honeymoon kita pergi pulak Pulau Tioman. Maybe next, hmmm.. kita pergi bertiga pulak ye?"

"Hah, kenapa bertiga pulak?" Arina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

"Next, bawak baby kita lah pulak. Amacam?" Syafiq sudah tersengih-sengih.

"Eiii.. awak ni!" Arina sudah tertunduk malu. Pipinya membahang.

"Nah!" Syafiq terus menghadiahkan kucupan di pipi gebu Arina.

"Huhuhu.. awak ni.."

"Awak bahagia kan dengan saya?"

"Kenapa tanya macam tu? Mestilah saya bahagia dengan awak. Awakk.." Arina kehilangan kata-kata.

"Sokay, jangan paksa kalau awak tak boleh." Syafiq tersenyum. 'Cukuplah saya tahu saya dah bahagiakan awak. Semoga nanti akan ada rasa cinta dan sayang awak untuk saya..'

Arina hanya tertunduk sahaja. Dia takut mengecewakan suaminya, suami yang telah dia sayang separuh jiwanya itu.

"Sebab ni antara impian saya, nak datang kat sini dengan suami saya." Arina mendongakkan pandangannya untuk melihat reaksi suaminya itu. Syafiq tersenyum bahagia namun, hanya seketika.

"So, ni antara impian awak dengan arwah Zamir ke?" Untuk pertama kali Syafiq menyebut nama arwah Mir setelah 5 bulan mereka berkahwin. Syafiq tahu Arina sukar melupakan Mir kerana Mir adalah cinta pertamanya dan dia pasti semua impian yang dicipta Arina adalah ingin melakukannya bersama-sama dengan Mir. Sebabnya hanya satu iaitu Mir adalah cinta pertama bagi Arina.

"Nope!" Balas Arina pantas. Syafiq terkejut mendengar jawapan dari Arina. Kening Syafiq terangkat sedikit cuba meraih jawapan dari perkataan 'nope' Arina tadi.

Arina menghadiahkan senyuman manis lagi buat suaminya itu. Dia tahu, Syafiq sedang berteka-teki di dalam fikirannya.

"Aikk.. kenapa pula?" Syafiq mengangkat keningnya lagi.

"Takda kena mengena dengan arwah Mir pun.. Impian ni saya dah create masa sekolah rendah lagi. Tapi, masa tu saya tak fikir akan pergi dengan suami saya la sebab awak pun tahu, masa tu kecik, bebudak je pun lagi. Saya tak terfikir akan kahwin semua ni. Cuma saya terfikir saya akan pergi dengan orang yang paling saya sayangg.. jerr.." cerita Arina sambil berpusing dan menghadap Syafiq. Dia menghadiahkan senyuman yang paling manis kepada suaminya itu.

"Orang yang paling awak sayang? Hmm.. siapa ya agak-agaknya sekarang?" Syafiq membuat reaksi seperti berfikir-fikir. Arina sudah mencubit manja lengan Syafiq. "Auchh! Saya ke sayang? Uhuhu.." sambungnya lagi sambil mengusap lembut lengannya yang di cubit Arina tadi.

"Yelah! Siapa lagi. Eiii.. sengaja awak ye." Arina cuba mencubit lagi. Tapi, pipinya telah diserang dahulu oleh Syafiq. Walaupun Arina tidak mengucapkan 'saya sayang awak' tapi, cukuplah kiasan-kiasan ini yang mampu membuatkannya bahagia juga.

"Awak! Malulah! Suka sangat awak cium pipi saya ni. Eiii..." Arina tertunduk malu. Syafiq telah mencium pipinya yang gebu itu lama. Walaupun dia rasa bahagia dibuat begitu namun, dia juga merasa malu untuk berhadapan dengan Syafiq.

"Nak malu apanya.. pipi pau awak halal bagi saya tauu.. Hahaha.." Syafiq mengusiknya lagi.

"Eiii.. awak ni. Ngada tauu?!" Arina juga turut sama tergelak menikmati saat bahagia mereka itu. Arina juga membayangkan, andai ini semua mimpi mainan tidurnya. Adakah semua kebahagiaan yang dia rasa ini akan menjadi realiti? Bukan hanya mimpi semata-mata.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now