3 bulan kemudian..
Syafiq melayan kerenah anak saudaranya, Sarah di halaman rumah mereka. Arina pula datang membawa air dan kuih batik untuk minum petang.
Bunyi hon kereta kedengaran lalu, sebuah kereta memasuki halaman.
"Eh, ayang. Siapa yang datang tu?"
"Sekejap saya tengok." Syafiq pergi melihat siapa tetamu yang datang ke rumahnya itu.
"Eh, ibu? Ayah?" Syafiq terkejut namun, dia menghulurkan tangan juga untuk pbersalaman dengan kedua-dua mertuanya itu. "Mari masuk, kami tengah minum petang sambil melayan Sarah kat halaman tu."
"Adik kamu dah bersalin ke Fiq?" Tanya ibu mertuanya.
"Dah, bu. Dua bulan dah. Saja bawak Sarah tinggal dengan kami, nak belajar jaga dan layan kerenah anak ni. Hehe.."
"Eloklah tu, Fiq." Balas ayah mertuanya pula. "Assalamualaikum anak ayah, sihat?"
Arina pun memberi reaksi terkejut. Lama juga dia tidak bertemu dengan kedua orang tuanya itu kerana menunaikan umrah.
"Alhamdulillah, sihat yah. Ibu dan ayah sihat tak?" Tanya Arina sambil bersalaman, Syafiq pula sudah hilang ke dapur untuk mengambil cawan tambahan.
"Alhamdulillah.. kami macam ini la, Rina oii.. ni bila due date nya?" Tanya ibunya sambil mengusap perut Arina yang sudah memboyot.
"Kalau ikutkan, seminggu lagi ibu." Balas Syafiq yang datang dari dapur.
"Kamu kena bersedia selalu Fiq, bila-bila masa je ni. Sebab Rina pun dah sarat sangat ibu tengok."
"A'ah bu, Fiq dengan Rina pun dah beli awal-awal keperluan baby kami ni. Sediakan payung sebelum hujan lah katakan huhuhu.." sempat lagi Syafiq berjenaka.
"Baguslah. Ni, mama dengan papa kamu ada ke di Malaysia?" Celah Dato' Ridhwan.
"Mereka pergi ke Indonesia minggu ni, sebab ada saudara mama kahwin di sana. Baliklah kot hari ni, katanya."
"Ohh.. Rina berpantang rumah ibu atau mama?" Tanya Datin Saleha prihatin. Dia tidak akan memaksa anaknya.
"Ibu, Fiq rasa Fiq nak belajar sendiri macam mana nak jaga Rina masa berpantang boleh?"
"Maksudnya?"
"Maksudnya, Fiq nak jaga Rina sendiri di rumah kami, ibu dan mama bila-bila masa je boleh datang tolong Fiq kat sini, Fiq izinkan. Huhu.. boleh kan ibu?"
"Mestilah boleh, Fiq. Ibu akan selalu datang tengok Rina nanti. Tapi, mama kamu dah tahu ke?"
"Dah, bu. Mama pun okay je." Balas Arina sambil tersenyum. Mujurlah dia memiliki ibu dan ibu mertua yang memahami.
"Malam ni ibu dan ayah tidur di rumah Rina ya?"
"A'ah, dah lama ibu dan ayah tak datang tidur rumah kami." Syafiq menambah.
"Tiga minggu lepas ibu dan ayah stay rumah Kak Rin, dua minggu lepas melawat Erul kat Penang, minggu lepas jenguk Alisya.."
"Takpalah kan, minggu ni kat rumah Rina pulak! Hahaha.." celah Arina disambut gelak tawa mereka.
---
"Ibu, tak payahlah susah-susah. Rina boleh masak lagi lah." Cegahnya apabila melihat ibunya bertungkus lumus menyiapkan makan malam mereka.
"Haipp, kan saya dah cakap. Awak duduk ja, boleh tengok tapi, tak payah tolong." Tegur Syafiq yang membantu ibu mertuanya itu memasak.
"Haa, Rina yang masak atau Fiq masa Rina sarat-sarat ni?" Tanya Datin Saleha prihatin. Faham benar dengan sikap keras kepala anaknya itu yang tidak suka menyusahkan orang.
"Kalau siang ni Fiq kerja, kekadang mama ada datang jenguk dia, kekadang tu Fiq upah, makcik sebelah rumah ni tolong jaga Rina. Waktu malam, Fiq la masak. Huhu.. dah tegah dah bu kekadang ada jugak tu dia sibuk-sibuk nak tolong." Cerita Syafiq di selangi dengan ketawa kecil, lucu melihat reaksi isterinya yang memuncungkan bibir.
"Rina ni degil tahu, kan ibu dah pesan." Leter ibunya.
"Yelah bu, Rina dengar. Eh bu, Alisya sihat? Mesti dia makin montel kan?" Dia cuba menukar topik. Dia makin tersenyum lebar apabila idea nakalnya mengena.
"Alisya makin bambam tahu? Geram ibu tengok cucu ketiga ibu tu." Alisya adalah anak abangnya dan Athirah. Sudah berusia setahun. "Tak sabar nak tunggu cucu keempat ni pulak. Bila lah nak keluarnya.."
"Ibu, jangan panggil-panggil nanti dia keluar kang. Aduh! Kan dia dah datang. Ayang! Sakitt.." jerit Arina sambil berpura-pura menunduk menahan sakit. Hajatnya mahu bergurau sahaja.
"Eh, Rina. Ya Allah, cepat Fiq bawak Rina ke hospital." Ibu cemas teruk. Arina pula menyimpan senyumnya melihat kedua wajah yang kesayangnya itu cemas.
Terkocoh-kocoh Syafiq menutup api dapur lalu, dia mengangkat tubuh Arina ke depan, diikuti oleh Datin Saleha juga dibelakangnya. Dato' Ridhwan juga terkejut, dia terus mengikuti di belakang mereka.
Sampai sahaja di depan pintu rumahnya, Arina tergelak besar. "Hahahahaha.. kelakar!" Gelaknya galak sekali. Syafiq dan kedua ibu-bapanya menunjukkan rasa tidak puas hati.
"Haishh, jangan buat macam tu lagi tahu? Orang risau!" Marah Syafiq perlahan.
"Maaf, ayang. Nak bergurau je. Hehe.."
"Benda macam tadi tak boleh bawak bergurau Rina, kesian kat suami kamu ni, kena angkat tong gas 80 kilo." Marah ayahnya pula sambil memerli Arina.
"Yelah, yelah. Rina salah. Maafkan saya ye, ayang. Huhuhu.. ampunkan Rina ye, ayah, ibu? Huhuhu.. please jangan marah Rina. Huhuhu.." dia memeluk ibunya.
"Jangan buat lagi, kalau buat lagi, tahulah ibu nak buat apa." Ibunya sudah memuncung, merajuk la tu.
"Okay, bu. Maaf, ampunkan Rina ya?"
"Hmm."
"Dah, jom masuk semula." Balas Dato' Ridhwan dan terus memulakan sesi menonton televisyen bersama Sarah yang terganggu tadi.
Arina berjalan beriringan dengan Syafiq yang diam itu ke dapur. "Ayang, marah lagi ke?" Kali ini, Arina memeluk pinggang suaminya pula, cuba memujuk.
"Tak dah, sayang. Please jangan nakal-nakal macam tadi lagi tahu?"
"Okay, ayang. Huhuhu.. sayang ayang!"
"Yelah, sayang sayang jugak!" Syafiq membalas pelukan Arina.
Tiba-tiba..
Arina terasa sakit yang amat sangat di bahagian perutnya. Dia cuba menahan sakit yang mencucuk-cucuk di perutnya itu. "Auchh! Ayang, sakitt" rintihnya lagi apabila merasa ada air yang bercampur darah mengalir keluar dari celah kelengkangnya."Eh, ibu tengok air ketuban Rina dah pecah!" Kali ni, Arina tidak menipu.
"Dah sampai masa ni, jom kita siap pergi hospital!"
*****
Maaf, late published. Last chapter saya tak habis karang lagi, i'm so sorry. Sriously, sorry guyss..
Sebenarnya saya tak suka pengakhiran.
So, lambat2 saya karang yang last chapter tu. Memang malas plus tak sanggup nak akhirkan kisah Rina dengan Syafiq ni.Maaf kalau ada terkurang, jangan lupa voted and comment kay?
Lagii..
Kalau sudi bacalah cite terbaru saya, "Putus Terpaksa"...Harini(semalam actually) saya habiskan masa seharian karang 4 bab cite tu. So, korang sudi2 lah baca ye. Huhuhu..
PUTUS TERPAKSA.
BY helianthus.Again, tenkiyu guyss *love,love,love*
Please vote and comment, tenkiyuuu..
YOU ARE READING
Hati-hati Dengan Hati
RomanceKisah silam membuatkan Arina Shahira sentiasa hidup dalam dilema dan trauma. Dua tahun dia jauh dari dunia luar. Hatinya kosong. Kehadiran Syafiq Khair merubah segalanya. Apakah yang berlaku kepada Arina Shahira? Dapatkah Arina Shahira melupakan...