Bab 50

4.1K 116 3
                                    

Selesai Syafiq dan Arina solat subuh bersama, Arina meminta izin untuk tidur sebentar. Mujurlah Syafiq memahami. Ya, perbuatan Arina ini memang tidak baik tetapi, Arina terlampau letih. Jadi, dia mahu sambung berehat sebentar.

Selepas 1 jam tertidur, Arina terbangun apabila merasakan ada bahang mentari yang memancar tepat ke mukanya. Dia bangun terpisat-pisat dan mencari kelibat suaminya tetapi, tidak ketemu. Dia masuk ke bilik air untuk membasuh muka. Lalu, dia mencapai telefon di atas meja bersebelahan katil tidurnya. Ada satu mesej membuatkan Arina tersenyum.

Dari : My Lovely Hubby
Sayang, terkejut tak baca nama saya kat dalam handphone awak ni? Hehe.. saya tukar tadi, masa awak tengah tidur. Maaf sayang, saya keluar beli sarapan sekejap. Tunggu saya balik tau. Sekejap je. 😘

Namun, mesej tu dari 1/2 jam yang lepas, semasa Arina sedang tidur nyenyak.

"Hahaa.. sweet jugak suami aku ni. Ni makin sayang ni.. huhu.." Bisik Arina sendirian. Dia tersenyum bahagia. Lalu, dia menekan punat balas pula.

Dari : Arina Shahira
Okay, awak. Saya baru bangun ni. Saya tunggu awak balik. 😉

Sementara menunggu Syafiq pulang, Arina membersihkan dirinya. "Lama jugak dia keluar. Ni mesti dia beli sarapan kat tempat lain. Apa-apa jelah, asalkan perut ni kenyangg..."

Kemudian, Arina membelek-belek handphonenya. Status rakan-rakannya di wall Facebook, moment di Wechat, gambar di Instagram dan twit-twit rakan-rakannya di Twitter di periksanya..

"Bosan!" Satu keluhan berat di lepaskan oleh Arina. "Lambat juga dia keluar beli sarapan." bebel Arina apabila dia merasakan perutnya sudah berkeroncong.

Serentak dengan itu, Syafiq pulang membawa sarapan. "Maaf, sayang. Saya lambat. Saya cari kedai makan sedap tadi. Hehe.." Syafiq tersenyum lalu, mendekati Arina.

"Hmm.. okay, takpe. Dahla, jom makan! Saya lapar.. hehehe.." Arina terus mengambil sudu dan pinggan untuk mereka menikmati sarapan mee goreng yang di beli oleh Syafiq. Terdapat jugak air teh tarik dua bungkus ikat tepi.

Tanpa rasa curiga, Arina terus menikmati sarapan itu dan Syafiq pula tersenyum cuba menyembunyikan sesuatu.

Syafiq hanya makan sedikit mee gorengnya. Arina pula memandang dengan pandangan yang pelik. 'Aikk, cepatnya kenyang? Ke dia da makan dulu?'

"Eh, awalnya awak kenyang. Awak dah makan ke tadi?" Tanya Arina.

"Tadi, saya minum milo panas sambil tunggu makanan kita siap. Sebab tu cepat kenyang ni. So, harini awak nak pergi mana?" Syafiq cuba untuk menukar topik perbualan mereka.

"Ohh.. yeke? Saya nak jalan-jalan kat tepi pantai boleh? Nak main-main air."

"Boleh jer. Apa kata kita picnic sekali nak?"

"Haa.. good idea jugak tu. Saya suka! Saya suka!" Arina sudah menjerit keriangan apabila di manjakan begitu oleh suaminya yang tersayang itu.

"Anything for you, my cuttey wifey paupau.."

"Apa? Awak panggil saya cuttey wifey paupau?" Arina pantas mencubit lengan suaminya. "Eii.. jahat tahu?" Arina sudah pura-pura merajuk.

"Haa.. buatlah muka macam tu lagi, saya gigit kang pipi pau tu baru tauu.."

"Haha.. awak nak ke? Amiklahh.." Arina sudah mengacah-acah pipi gebunya itu ke arah Syafiq. "Siaplah pipi tu malam karang!" Syafiq terus bangun dan bersiap-siap untuk berpicnic. Arina pula termanggu malu apabila Syafiq mengusiknya begitu. Huhuhu.. malunya..

---

"Awak, saya nak pergi toilet sekejap." Arina meminta izin setelah dia mempersiapkan tempat berkelah mereka. Syafiq hanya mengangguk tanpa mengizinkan.

Selepas 10 minit Arina ke toilet dia balik semula ke tempat mereka berkelah itu. Dari jauh, Arina ternampak Syafiq sedang berbual-bual dengan seseorang. Kelihatan situasi tegang sekali. Arina menghampiri mereka tetapi, mereka lambat menyedari kehadiran Arina di situ.

"Kenapa ni?" Tanya Arina pelik apabila melihat wanita itu seperti sedang bersedih.

"Erkk.. sayang, bila awak sampai?" Namun, Arina tidak menjawab dia memerhati tajam ke arah wanita di hadapan Syafiq itu. Wanita itu terus berlalu pergi.

"Kenapa dengan dia tu?"

"Dia cakap anak dia hilang tadi. Dia tengah mencari." selamba Syafiq berbicara sambil menyembunyikan riak wajahnya kelihatan gusar itu.

"Eh, kenapa awak ni? Kesian kakak tu, mesti dia sedih anak dia hilang. Jomlah kita bantu." Arina seperti tidak faham kenapa Syafiq begitu. Tidak kasihan kah pada wanita itu?

"Dahlah, tak payah pikir pasal orang lain." Syafiq seperti mahu menghindari dari bercakap pasal wanita itu tadi. Riak takut dan cemas bercampur baur di wajahnya.

'Dah kenapa Syafiq ni? Macam ada sesuatu je? Hmmm..' Arina berteka-teki di dalam hatinya dan dia mulai curiga.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now