Tiga hari berlalu begitu sahaja, tiga hari juga Rina bermimpi perkara yang sama iaitu mimpi dia melihat Syafiq!
'Hmmm.. kenapa dia?' Soalnya sendiri. Dia masih diam tidak memberikan jawapan kepada kedua orang tuanya. Ibu dan ayahnya juga tidak pernah bertanya, mungkin memberikan dia masa untuk berfikir baik-baik. 'Syafiq ke yang harus aku pilih sekarang? Tapi, bagaimana pula orang yang masuk merisik aku haritu? Tapi, aku dengan Syafiq tak da apa-apa pun. Contact pun tak, jumpa apatah lagi. Setakat kebetulan ja. Perlu ke aku tanya ibu siapa yang merisik aku? Hmmm..' berkerut-kerut dahinya bermonolog di dalam hati.
"Rina fikir apa tu ha? Ayah tengok macam serius je." Tegur Dato' Ridhwan.
"Eh, ayah. Takda apalah. Saja. Hee.." Rina tersengih pendek. "Ayah, Rina nak tanya.."
"Tanya apa? Tanyalahh.."
"Siapa yang datang haritu?"
"Macam nilah Rina, ayah dan ibu tak nak paksa Rina. Terserah pada Rina nak terima atau tak. Ayah tak halang, ni semua untuk kebahagiaan Rina. Tapi, Rina fikir baik-baik ye sebelum nak buat keputusan."
"In Shaa Allah ayah.. Rina cuma nak tahu siapa yang datang haritu. In Shaa Allah, Rina akan pertimbangkan balik keputusan Rina."
"Haritu, Tan Sri Abdul Kadir dan Puan Sri Khatijah yang datang. Dia nak merisik Rina untuk anak lelaki tunggal mereka." Terang ayahnya serius.
"Siapa?" Tanya Rina cemas. 'Siapa yang merisik aku sebenarnya ni? Hmm.. anak orang kenamaan jugak. Payahlah kalau aku nak tolak.'
"Syafiq Khair bin Abdul Kadir."
'Zappppppp!'
Hati Rina terus berdebar. 'Syaa..fiqq?'
-----------------------------------------------------------
"Maa.. Paa, takda keputusan lagi ke dari dorang?" Syafiq resah menunggu keputusan dari keluarga Rina.
"Kita kena faham Fiq. Mama pun dah cerita kan pada Fiq apa yg dah jadi pada Rina 2 tahun lepas? Mestilah ambil masa untuk terima Fiq atau tak."
"Tapi, sampai bila maa? Paa?" Gesanya lagi.
"Sabarlah Fiq, kalau dah jodoh tak ke mana." Tenang sahaja Tan Sri Abdul Kadir membalas.
"Hmmm.." dia kehilangan kata-kata. Tiba-tiba, handphonenya berbunyi menandakan ada mesej masuk.
Dari: Tidak dikenali.
Assalamualaikum,
Saya nak jumpa awak. Pukul 3, di Taman Botanical Jaya.'Eh, siapa pulak ni?' Syafiq tidak membalas namun, perasaan ingin tahunya membuak, membuatkannya tidak sabar untuk berjumpa dengan orang misteri yang memesejnya itu.
-------------------—----------------------—---------
Syafiq sengaja datang lewat 5 minit kerana ingin melihat siapakah gerangan yang mahu berjumpanya itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Rina yang sedang menunggu keseorangan di situ. Syafiq datang menghampiri dengan perlahan dan...
"Assalamualaikum?" Tegur Syafiq.
"Waalaikumusalam." balas Rina bersahaja. Namun, seperti ada renjatan elektrik apabila mata mereka bertaut. Adegan itu telah membuatkan mereka awkward.
"Erkkk.. awak ke yang nak jumpa saya?" Tanya Syafiq cuba membuang perasaan berdebar itu walaupun, pada saat itu jantungnya bagai nak pecah.
"Ya, maaf mengganggu masa awak."
"Eh, takpa." Mereka diam lagi.
"So, saya nak tanya awak. Awak serius kee.." belum sahaja Rina menghabiskan ayatnya sudah dipotong oleh Syafiq.
"Ya, saya serius! Saya yakin dengan pilihan saya. Saya nak jadikan awak makmum saya, In Shaa Allah.." tenang sahaja suara Syafiq mencelah. 'Ya, aku yakin kau untukku wahai Arina Shahira.' Bisik Syafiq.
"Kenapa saya?"
"Kenapa awak? Sebab saya nak jaga hati awak."
"Hati saya? Bukan senang tahu nak jaga hati saya?" Rina inginkan kepastian. 'Ya, hati-hati dengan hati Arina Shahira!'
"In Shaa Allah.. akan saya usahakan." Ucap Syafiq sambil tersenyum semangat. (Eh, ada ke senyum semangat?)
"Then, teruskan niat awak tu." Bersahaja namun, penuh bermakna bagi Syafiq.
"Seriously??" Syafiq terkejut dan segera mencubit pipinya. 'Ni mimpi ke realiti?'
YOU ARE READING
Hati-hati Dengan Hati
RomantikKisah silam membuatkan Arina Shahira sentiasa hidup dalam dilema dan trauma. Dua tahun dia jauh dari dunia luar. Hatinya kosong. Kehadiran Syafiq Khair merubah segalanya. Apakah yang berlaku kepada Arina Shahira? Dapatkah Arina Shahira melupakan...