"Last day, haishh.. sedihnya." Kata Athirah lemah. Pagi-pagi lagi dia dah timbulkan mood sedih.
"Aah lah, sekejap je rasa." Tambah Anis pula. "Diam tak diam, sedar tak sedar, dah empat hari kita bersama kan?"
"Sudahlah, baik kemas cepat. Sat lagi nak majlis penutup dah. Ishhh.. tak sabar nak balik! Ehee.." Athirah bersuara ceria pula. Dia yang ajet-ajet sedih tadi, dia jugak yang spoil marker.
"Elehhh, nak jumpa FA lah tu.." perli Anis. Rina hanya menggelengkan kepalanya. Walaupun perkenalan mereka bersama Anis singkat namun, mereka sudah menjadi semakin rapat.
"Biasalah tu Anis oii.." celah Rina.
"Ehh.. btw, FA tu siapa? Apa nama betulnya?" Tanya Anis ingin tahu.
"Adalah! Rahsia! Hikhikhik.." Athirah sudah tersenyum bahagia. Rina mengambil kesempatan itu untuk membaling bantal ke arah Athirah. 'Hahh, kan dah kena! Ahaha..'
"Poyolah awak ni , Tirah." Anis pun malas mahu melayan Athirah. "Nah ni kad saya, apa-apa awak berdua boleh call saya. Hangout sesama pulak ke?" Ucap Anis lagi sambil menyerahkan kadnya.
"Awak pun jangan malu-malulah nak call saya atau Tirah tauu..? Tauu..?"
"Hahaha.. baiklah."
"Okaylah, jom kita letak barang kat depan lepastu kita pergi dewan untuk majlis penutup." Mereka pun menuju ke dewan untuk majlis penutup.
Suasana dewan sungguh berlainan. Di hiasi dengan belon dan renda. Majlis dimulakan dengan Umul kitab iaitu Al-Fatihah dan seterusnya di bacakan doa. Di penghujung majlis, semua fasilitator di berikan cenderahati tanda penghargaan. Selepas itu, pengacara mahu mengumumkan juara keseluruhan acara.
"Juara keseluruhan acara adalahh... jeng jeng jeng.." pengacara majlis membuat gimik. Kesemua peserta menunggu dengan penuh teruja serta berdebar. "Adalah.. The Brave Red! Tahniah! Di jemput semua ahli kumpulan naik ke pentas bersama dua orang fasilitator mereka iaitu Encik Syafiq Khair dan Cikgu Arina Shahira."
Semua orang terkejut malah ada yang sedih kerana kumpulan mereka tidak memenangi hadiah tersebut. Namun, mereka gembira kerana dapat belajar sesuatu di dalam program tersebut. Sesi bergambar di adakan bagi merakamkan kenangan.
YOU ARE READING
Hati-hati Dengan Hati
RomanceKisah silam membuatkan Arina Shahira sentiasa hidup dalam dilema dan trauma. Dua tahun dia jauh dari dunia luar. Hatinya kosong. Kehadiran Syafiq Khair merubah segalanya. Apakah yang berlaku kepada Arina Shahira? Dapatkah Arina Shahira melupakan...