Kejadian beberapa minggu lalu, sentiasa mengusik fikiran Syafiq. 'Shahira nak kahwin dah.. hmm..' bisik hatinya. "Heyyy! Chilllah Fiq!" Dia cuba memberikan kata-kata semangat untuk dirinya.Tiba-tiba..
Telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Syafiq tergesa-gesa keluar sehingga dia tidak perasan, ada sesuatu telah tercicir."Lama dah kau tunggu?" tanya Syafiq setelah sampai. Dia menghulurkan tangan tanda ingin bersalam. Huluran tangan di sambut dan mereka berbalas pelukan. "Ya Allah, lamanya tak jumpa kau, Izwan! Kau sihat?"
"Alhamdulillah, sihat. Kau, Fiq?" Balas Izwan, sahabat baiknya semasa di Jordan dahulu.
"Alhamdulillah, sihat jugak." mereka pun berbalas-balas cerita mengenai pelbagai kisah suka duka sepanjang perpisahan mereka ini. Sehinggalah mereka bercakap mengenai jodoh...
"Fiq, dah ada yang berkenan? Ke kau dengan sepupu kau, Anis?" tanya Izwan tiba-tiba. 'Hmmm.. Anis Nabilah..'
"Eh, taklah. Mana ada. Kau ni bila dengan aku je, mesti cakap pasal Anis kan? Kau suka dia eh?" Saja Syafiq mendera perasaan sahabatnya itu. Padahal dia dah tahu jawapannya.
"Hahaha. Mengadalah kau, Fiq! Ada-ada saja. Btw, Anis dah kahwin ke dengan tunang dia tu?" Izwan sudah lama tahu bahawa Anis adalah tunang orang. Namun, hatinya sungguh tertarik dan kuat menyatakan bahawa Anis adalah jodohnya. Jadi, dia hanya simpan dan berserah kepada Allah andai benar jodohnya dengan Anis maka, akhirnya mereka akan bersama. In Shaa Allah.
"Hah! Tengok, bebalik tanya pasal Anis jugak! Sebenarnyaa.. hmmm"
"Anis kenapa Fiq? Kau jangan buat aku berdebarr.. " di dalam hati Izwan hanya Allah yang tahu. 'Kenapa? Anis kenapa?'
"Hahaha.. boleh tahan muka kau risaukan Anis tu ye? Tak ada apalah, Anis okay je. Dia jadi cikgu sekarang, cikgu Bahasa Inggeris. " cerita Syafiq panjang. "Dahlah, asyik cakap pasal kau je, kau taknak tahu ke pasal aku?"
"Hehe.. baiklah Fiq oii.. Kau apa cerita?" Izwan dan Syafiq pun berbuallah pelbagai jenis cerita termasuklah mengenai Arina Shahira.
-------------------------------------------------
"Kau taknak pergi ke majlis dia? Dia tak cakap pape pun kan? Entah-entah, tu bukan majlis dia. Ye dak? Cuba kau fikir bebetul. Dari segi kau cakap ni, apa yang aku nampaklah, majlis yang dia cakap tu macam bukan majlis dia. Macam kawan dia tu kan??" kata-kata Izwan bermain di mindanya. Dalam tak semena-mena otaknya ligat memikirkan kata-kata terakhir yang mereka bualkan.
'Hmmm.. kebanyakkannya, Athirah yang respon. Mana pulak kad jemputan tu ye aku letak? Aduyaii..' Syafiq langsung tidak fokus dia dalam pemanduannya. Apa yang dia rasa adalah ingin segera sampai rumah.
---------------------------------------------------
Syafiq mundar-mandir di dalam rumahnya. Hatinya resah apabila apa yang dicari tidak dijumpainya lagi. Dia teringat beberapa minggu yang lepas semasa dia 'dating' dengan Shahira. 'Ehh.. bukan dating lah, kalau berdating tu berdua ja, ni bertiga!' Getus hatinya. Kata-kata Athirah sedikit menimbulkan persoalan di dalam hatinya. Tetapi, beberapa hari yang lepas dia mendapat satu mimpi yang aneh iaitu mimpi bertemu seorang bidadari.
Wajah bidadari tersebut saling tak tumpah seperti Arina Shahira! Bidadari tersebut tersenyum manis melihat ke arahnya dan tiba-tiba sahaja ada seorang jejaka cuba menggapai tangan Arina Shahira tetapi, Syafiq sempat melarikan Arina Shahira. 'Ahhh.. fantasi semata-mata. Tapi, ni semua mesti ada makna kan?' Fikir hatinya.
"Ishhh.. mana aku letak ni?" bebelnya setelah sampai di rumah.
"Apa yg Fiq cari ni?" Tanya ibunya yang telah pening melihat Syafiq bermundar-mandir di dalam rumah mereka.
"Kad!" Jawabnya pantas.
"Kad apa?"
"Kad jemputan, maa.."
"Laa.. kenapa tak cakap awal-awal? Tadi, mama nampak kad jemputan terjatuh dari dompet Fiq, mama pun kutiplah letak dekat dalam bekas surat tu."
"Ya Allah. Mama kenapa tak bagitahu awal-awal?"
"Dah, kamu tu yang tak tanya, asyik mundar-mandir je dalam rumah ni dah macam orang apa entah!" Perli mamanya balik.
"Hehe.. maaf, maa.. btw, terima kasih!" Syafiq berjalan perlahan-lahan sambil meneliti satu persatu nama di kad tersebut. 'Majlis pertunangan Ariff & Athirah?' Soal hatinya yang sedikit terkejut. "Whattt? Bukan majlis Shahira?! Yeahhhhhhh!" Jerit Syafiq kegembiraan.
"Ehhh.. kamu ni dah kenapa Syafiq?" Tanya papanya yg sedikit terkejut dengan perlakuan anak tunggalnya itu. 'Kena sampuk ke?'
"Papa! Mama! Fiq nak sokongan dari mama dan papa, pinangkan Shahira untuk Syafiq! Boleh? Love both of u so much!" Ucap Fiq kegembiraan, dia mencium kedua belah tangan papa dan mamanya dan berlalu pergi meninggalkan tanda tanya di dalam kotak fikiran kedua orang tuanya.
'Siapa Shahira?' Soal hati kedua orang tuanya itu.
YOU ARE READING
Hati-hati Dengan Hati
RomanceKisah silam membuatkan Arina Shahira sentiasa hidup dalam dilema dan trauma. Dua tahun dia jauh dari dunia luar. Hatinya kosong. Kehadiran Syafiq Khair merubah segalanya. Apakah yang berlaku kepada Arina Shahira? Dapatkah Arina Shahira melupakan...