Bab 37

4.4K 126 0
                                    

Kini, persiapan majlis mereka sudah 90% siap. Tinggal hari yang dinanti sahaja serta fitting baju buat kali yang terakhir sebelum majlis.

"Bila Rina nak pergi fitting baju ni dengan Fiq?" Tanya ibunya.

"Petang karang kot bu. Tapi, Rina ingat nak pergi dengan abang dan Tirah je."

"Aikk.. ada pulak macam tu. Pergilah sekali dengan Fiq. Tadi, mama Fiq ada jugak tanya ibu."

"Kenapa ni Leha?" Celah bonda Mir.

Sejak dari majlis pertunangannya itu sehinggalah kini, bonda Mir menetap dengan mereka. Hal ini adalah permintaan daripada Rina. Manakala, anak bonda Mir itu pula menetap di tempat lain dan dia pun tidak pernah datang ke rumah Rina kerana sibuk dengan urusan kerja.

"Nilah, anak kita ni. Ada ke patut dia taknak pergi fitting baju dengan Fiq. Takkanlah nak biarkan Fiq fitting sensorang."

"Mana adalah ibu, bonda. Aishhh.."

"Hahaha.. sudahlah, macam budak-budak perangai. Nanti petang minta Fiq jemput, korang pergi fitting baju sesama. Okay?" Tegas bonda Mir menuturkan kata.

"Baik bonda, ibu." Dia sudah membuat muka monyok saja untuk memanjakan diri.

"Mengadalah Rina ni. Manja sangat!" Perli kak Rinnya iaitu kakak sulungnya, Arini Shafika.

"Wekkk! Jelosss la tuuu.." usiknya balik. Saja, nak memeriahkan suasana. Kini, rumahnya bising dengan ahli keluarganya yang terdekat datang berhimpun.

"Tak kuaso den ni haa!" Kak Rin sudah menarik manja telinga Rina.

"Ishh.. sakitlah. Ibu, bonda! Tengok kak Rin ni!"

"Sudah, sudahlah tu. Rin, Rina. Haishh bebudak ni. Dah besar-besar pun masih nak bergurau."

"Heheheh.. kenalah ada gurauan bu, barulah happy hidup! Kan Kak Rin?"

"Yeayhhh!" Kak Rin menyokong Rina. Memang hubungan mereka adik beradik sangat akrab semenjak dari kecil lagi.

-----------------------------------------------------------

Syafiq datang seperti yang dikehendaki ibu dan bonda Rina. Rina hanya diam seribu bahasa apabila memasuki kereta Syafiq itu. Suasana awkward mengiringi perjalanan mereka.

10 minit mereka begitu namun, akhirnya si teruna mengalah.

"Sihat?"

"Alhamdulillah, sihat."

"Alhamdulillah, patutlah.."

"Apa yang patutlah?"

"Patutlah makin tembam, makin sihat rupanya."

Arina Shahira terus spontan memegang kedua belah pipinya.

"Memang perempuan sensitif eh bila orang cakap pasal pipi dorang?"

"Takdalah."

"Habistu tindakan refleks awak tadi tu. Hahaha.."

"Kenapa?"

"Takda apalah. Hishh awak ni susah la. Saya ajak bergurau pun susah."

"Tak kena masa, saya penat."

"Hmmm.. ok." Balas Syafiq hampa.

5 minit mereka begitu. Akhirnyaa, mereka sampai ke destinasi mereka iaitu Butik Aisya' untuk fitting baju.

"Haiii.. Assalamualaikum, Aisya' macam mana baju kami? Da siap?" Rina menegur Aisya' si pemilik Butik Aisya' yang juga merupakan kawan baiknya semasa di sekolah dahulu.

"Wahh.. Waalaikumusalam, ingatkan taknak datang nak tunggu majlis ja baru amik baju ni. Hahaha.. ofkos la da siap! Lama dahkan da siap. Mehh fitting, encik Syafiq pun boleh ikot kami." Ajak Aisya'.

"Hah, baik." Mereka menuruti Aisya' untuk melihat baju-bajunya itu.

"Semua sekali ada 5 pasang baju seperti yang awak berdua minta. Ikut tema, warna dan konsep yang korang nak pakai. Hah ni, mari try baju yang first ni untuk majlis nikah. And then, ni 4 lagi set-set baju korang. Bawak je kat dalam, nanti bila saya cakap tukar, baru tukar okay??"

Aisya' mengeluarkan kesemua set-set baju untuk kedua pasangan itu cuba. Baju pertama mereka ialah untuk majlis nikah iaitu sepasang baju kurung moden simple bertakhtakan labuci yang tidak berapa sarat bewarna silver. Nampak soft sahaja.

Manakala, untuk yang lelaki pula hanya set baju Melayu bewarna putih bercekak Raihan serta samping songket bewarna silver. Rina menghulurkan baju-baju itu kepada Syafiq untuk dia mencubanya. Mereka sama-sama masuk untuk mencuba baju bagi majlis mereka itu.

Dan apabila mereka keluar..
Kesemua mata terpaku melihat mereka. Sungguh pasangan yang amat sepadan bagai pinang di belah dua.

"Woww, cantiknya uolss.. i like! Mehh amik gambar nanti korang boleh la tengok macam mana." Lalu, beberapa keping gambar di ambil oleh Aisya'.

Syafiq dan Rina tersenyum pelik dan nampak kekok di dalam gambar-gambar tersebut. Ya, itulah kali pertama mereka berfoto berdua.

"Next, saya nak uolls try baju sanding yang warna merah dan gold tu pulak."

"Okayyy!" Makin bersemangat Syafiq. Sungguh dia bahagia sekarang. Namun, tidak pula bagi Rina. Dia sedih apabila terkenangkan jodohnya dan Mir yang tidak kesampaian. Semua pilihan warna, tema dan konsep majlisnya bersama Syafiq sedikit sebanyak adalah idea lamanya bersama Mir namun, diubah sedikit mengikut perbincangan antara dia dan Syafiq. Mujurlah Syafiq adalah seorang yang sangat baik serta berfikiran terbuka dalam membuat keputusan. Dia tidak kisah dan menyerahkan segalanya kepada Rina untuk memilih tema, konsep dan sebagainya.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now