Bab 47

4.1K 114 0
                                    

Sepanjang hari, Arina hanya berdiam diri. Tetapi, dia tetap tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dia mengemas rumah, memasak, membasuh baju dan melakukan apa sahaja. Tanpa bersuara.

Syafiq cuba mencari akal untuk mengusik Arina yang sibuk melakukan kerja-kerja rumah. Namun, sedikit pun Arina tidak melayan. 'Biar dia tahu betapa sakitnya hati ni bila takda sapa yang kisah pasal dia.' Marah Arina di dalam hati.

Sesi memujuk Syafiq, di sambung dengan membantu Arina mencuci pinggan selesai mereka makan bersama pada tengah hari itu.

"Meyh sini saya tolong." Pinta Syafiq sambil cuba meraih tangan Arina yang memegang cawan itu. Namun, entah macam mana, tangan Arina licin dan sikap terburu-buru Syafiq menyebabkan cawan tersebut jatuh tepat mengenai kaki Arina. Cawan tidak pecah tapi, kaki Arina melebam.

"Aduhhh!" Arina mengaduh kesakitan. Dia pantas membuat tindakan refleks dengan memegang kakinya itu. Mujurlah tidak berdarah, cuma lebam sikit.

"Awak okay tak, nak g klinik? Jom, saya bawak!" Syafiq cuba memapah Arina tetapi, di tolak kasar oleh Arina. Dia berjalan terhincut-hincut untuk duduk di kerusi meja makan mereka tadi. Syafiq membantu dengan hanya menahan andai Arina ingin terjatuh dari belakang. Syafiq duduk berlutut di hadapan Arina untuk memeriksa lebam tersebut.

Arina mengubah posisi kedudukannya untuk melarikan kakinya dari di periksa oleh Syafiq. Syafiq terdiam melihat reaksi Arina itu. 'Hmm.. merajuk betul ni. Apa yang aku kena buat ek? Untuk pujuk Rina nih.. hmm..'

Tiba-tiba..
'Ninno! Ninno!' (Bunyi loceng rumahnya.)

"Saya pergi tengok jap siapa yg datang tu. Tunggu sini tau, jangan kemana-mana." Sempat lagi Syafiq berpesan. Arina tidak menjawab. Dia terus bangun, untuk mengambil minuman. Tekaknya tiba-tiba sahaja terasa dahaga.

"Assalamualaikum! Rina!" Nyaring suara ibu memberi salam.

"Haishh.. kus semangat ibu ni, terkejut Rina!" Arina berjalan terhincut-hincut untuk mendapatkan ibunya. "Waalaikumusalam. Kenapa tak bagitahu nk datang? Ibu ni suka buat kejutan lah."

"Saja, nak jenguk anak ibu ni. Bukan reti nak balik jenguk ibu ayah semua. Yelah, orang dah ada suami kan. Lupa kat ibu, lupa kat ayah." Nada suara ibunya seperti merajuk.

"Eh, mana adalah bu ni, ada pulak ke situ. Ibu dan ayah tetap kesayangan Rina tahu?"

"Yelah tu. Ha, ni ibu datang ni dengan abang kamu dan kakak ipar kamu tu. Katanya, nak jumpa kamu, rindu sangatt.. Ha, kenapa kaki ni?" Ibu melihat-lihat kakinya itu, cuba memeriksa. "Lahh.. sikit jer. Dah! Jom, ibu bantu ke depan." Ujar Datin Saleha selesai memeriksa kaki Arina.

"Eh, jap. Rina nak buatkan air dulu. Sekejap." Arina membuat minuman sejuk iaitu air sarsi ice. Arina cuba mengangkat dulang yg sudah siap di hidang tetapi, Syafiq yang entah dari mana merampas untuk membawa dulang tersebut.

"Biar saya bawak." Katanya tegas.

"Tak payah, saya boleh bawak." Balas Arina pula. Dia cuba menggapai kembali dulang tersebut tetapi, pantas di alihkan oleh Syafiq. Datin Saleha merasa pelik dengan tingkah laku anak dan anak menantunya yang seperti berperang dingin itu.

"Dah, dah. Tak payah. Syafiq tolong papah Arina ke depan biar ibu ja yang bawakkan dulang ni." Celah ibunya pula dan mengambil dulang air tadi daripada Syafiq. Arina mendengus geram apabila ibunya terus sahaja berlalu pergi.

Syafiq mengangkat keningnya sambil tersenyum nakal. Pantas dia mencepung tubuh Arina dan dibawanya ke depan. Arina tidak menolak malah, sedikit merasa terharu. Arina juga sudah menahan malu apabila dia menjadi tumpuan  dan usikan daripada abang serta kakak iparnya itu.

---

"Bila awak nak ada isi pulak ni Rina?" Tanya Athirah semasa mereka sama-sama menyiapkan makan malam. "Saya tengok korang macam honeymoon sentiasa ja. Sweet!" Ujarnya lagi sambil tergelak kecil.

"Entah. Belum ada rezeki lagi kot." Jawab Arina perlahan dan tersenyum pendek. 'Berlakon je tu Tirah oii, hakikatnya aku masih berjauh hati dengan Syafiq yang seperti sudah tidak mengambil berat dengan aku ni. Hmm..'

"Hmm.. cecepatlah ikat suami Rina oi. Ibu cakap anak ni penguat hubungan suami dengan isteri tauu.. Huhuhu.."

"Kalau ada rezeki nanti, In Shaa Allah saya terima je. Tapi, tulah belum sampai masanya lagi kot."

"Takpelah, doa lah bebanyak. Yang penting usaha. Huhuhu.."

"Hahaha.. in Shaa Allah." Arina kembali terdiam. Mati akal.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now