Bab 10

5.9K 176 0
                                    

Sebulan berlalu..

"Ibu, harini Rina nak memasak pulak." Pinta Rina selepas mereka bersarapan pagi itu.

"Nak masak apa?" Tanya ibunya sambil tersenyum.

"Adalah, special ni. Hehehee.. boleh yaa, bu?" Sambil membuat muka comel.

"Boleh tapi, barang kat dapur ni kebanyakkannya dah nak habis."

"Jadi bu, apa lagi. Jomlah kita keluar pergi beli!" sungguh bersemangat sekali Rina. Ya, Rina sudah kembali!

Mereka pun bersiap-siap dan keluar ke pasaraya berdekatan. Rina hanya memakai sluar track, t-shirt lengan panjang beserta tudung sarung sahaja. Sekali pandang macam makcik-makcik sahaja. Dia malas mahu bersiap cantik, cukup ala kadar sahaja. 'Alaa.. lagipun nak pergi pasar je punn..' fikirnya.

Sampai sahaja di pasar, sedang dia membelek-belek sayur tiba-tiba sahaja dia ditegur.

"Assalamualaikum cikgu Arina!" Tegur seseorang. Rina berpaling ke arah suara yang memanggilnya itu.

"Eh, cikgu Adham. Waalaikumusalam.." balas Rina lambat-lambat setelah mengetahui siapa yg menegurnya itu. Dia menjadi tidak selesa apabila Cikgu Adham itu duk tersenyum-senyum melihatnya.

Siapa tak kenal Cikgu Adham duda anak dua yang gatal tuh. 'Nih tak lain tak bukan nak menggatal dengan akulah nih.' Rina sudah berfikiran negatif. Bukan dahulu dia tidak pernah dikacau. Selalu sahaja cuma bila berita bahawa dirinya telah bertunang maka, Cikgu Adham pun beransur-ansur mencari 'mangsa' yg lain pula.

"Awak sorang je ke?"

"Taklah, berdua." Balas Rina selamba. Malas nak dilayannya. Dia terus memilih sayur.

"Dengan siapa?"

"Bakal suami saya."

"Ehh, bukan ke dia dah me..." ayat Cikgu Adham terhenti apabila melihat renungan tajam dari Rina. Tahu takut. "Oklah, saya pergi dulu.. Selamat tinggal!" Terkocoh-kocoh Cikgu Adham berlalu pergi.

"Menyibuk betul, dahla gatal!" Omel Rina sambil memilih sayur. Hatinya tidak berhenti-henti membebel memarahi Cikgu Adham tadi. Tanpa disedarinya dia telah melalui jalan yang baru di mop dan masih licin. Dia hampir-hampir terjatuh tetapi, ada seseorang telah menyelamatkannya.

"Terima kasih encik." ucap Rina sambil menahan malu. Dia terus berlalu pergi tanpa melihat siapa yg telah menyelamatkannya itu. Dia terus mendapatkan ibunya di bahagian rempah ratus dan segera ke kaunter pembayaran. 'Ni semua sebab cikgu gatal tuh! Erghh..' Marahnya lagi.

"Ehh.. kenapa ni Rina? Ibu tak habis pilih bahan lagi ni." Tanya Puan Saleha pelik dengan kelakuan anaknya itu.

"Takda apalah bu, bahan kat sini tak banyak sangatlah. Kita pergi pasaraya BS okay bu? Kat sana macam-macam ada." Dia tersengih pula. Puan Saleha hanya menggelengkan kepalanya, tidak mengerti apa yang cuba Rina lakukan itu.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now