Bab 40

4.4K 133 0
                                    

Syafiq terbatuk-batuk kerana tersedak.

"Awak okay tak ni? Nah.. minum air." Rina menghulur secawan air kosong yang diambilnya tadi. Saat dia mahu menghulur cawan itu, tangan mereka bertaut dan seperti ada satu renjatan elektrik yang menyerang mereka. Mereka terpaku serta saling berpandangan dalam.

"Akaqq! Abang Fiq!!!" Panggil seseorang dan seseorang itu adalah adik Rina iaitu Erul.

Rina dan Syafiq kembali ke dunia yang nyata. "Haa.. ye, kenapa Erul?" Rina bertanya setelah mereka tersedar.

"Ibu suruh akaq dan abang siap-siap untuk bersanding sat lagi. Nak dekat pukuii 1 dah ni. Akaq nak makeup lagi. Letak bedak banyak-banyak nuhh kat pipi pau akaq tu! Ahaha.." sempat Erul mengenakan kakaknya itu.

"Choiii.. kau dik! Akaq cepuk kangg!" Rina cuba mengejar Erul namun, terhenti apabila dia terdengar ada satu suara yang menggelakkannya. Dia dan Erul memandang ke arah suara itu.

"Hahahaaahahaha.. comel la awak ni.. hahaha.." Syafiq sedang menggelakkannya. Galak sekali!

"Ishh.. awak ni jahat tahu?" Dengan spontan Rina mencubit lengan Syafiq. Semua terdiam termasuk suaminya! "Apa?!" Marah Rina pula kerana cuba menutupi malunya.

"Auchh!" Sungguh lambat reaksi sakit Syafiq kerana terkejut dengan tindakan isterinya tadi. 'Permulaan yang baik mungkin?'

*psss: ada pesanan dari penulis.. 😂

Maaf gaiss.. saya edit semula dari awal cerita ni. Harap sudi-sudi lah baca balik dari awal ya. Hmm.. patutnya dah Bab ke 51 sekarang tapi, jadi makin pendek. Maaf lagi sekali ya.. harap korang terus suka dan enjoy baca cerita ni. Jangan lupa vote and comment okay? 😉😉😉😘

 Jangan lupa vote and comment okay? 😉😉😉😘

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now