Semenjak dari berjumpa Zarul, Arina menjadi pasif. Sesekali sahaja dia bergurau senda lepastu kembali diam. Syafiq cemburu dan geram kerana kehadiran Zarul telah mengganggu hubungan mereka.
Arina masih terkesan dengan kehadiran Zarul berwajah Zamir itu. Hatinya berbolak-balik. Dia keliru tentang perasaannya di saat ini. Dia sentiasa mengingatkan diri bahawa dia ada Syafiq tapi, hatinya tetap berbelah bahagi. Kini, dia ambil keputusan untuk berhenti menjadi guru dan menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan suri rumah sepenuh masa di rumah. Syafiq pula tidak membantah malah, dia lagi suka isterinya duduk di rumah menjaga makan dan pakainya.
Zarul pula semakin kerap berhubungan dengan Syafiq katanya ingin menjalinkan kerja usaha sama syarikat. Hal ini makin menambahkan rasa 'insecure'nya pada Zarul.
----
Setelah sebulan menjalinkan kerja usaha sama dengan Zarul. Zarul semakin berani datang ke rumah Syafiq dan Arina. Hal ini menambahkan lagi rasa 'terancam'nya Syafiq dengan kehadiran Zarul.
"Lepas ni, kau tak payah la datang kerap sangat kat rumah aku, tak sesuai. Kita kan boleh bincang kat luar." Sopan Syafiq menjaga tutur katanya agar tidak menyinggung perasaan Zarul. Sejujurnya memang dia rasa nak halau ja, Zarul. Tapi, pabila terkenangkan isterinya ada. Dia tak jadi berbuat demikian.
"Maaf, kalau aku mengganggu masa korang bersama kat rumah ni." Zarul bercakap perlahan. Dia tahu dia sudah mengganggu hak privasi suami isteri itu. Tapi, hatinya pula kuat mengatakan mahu melihat adakah Arina bahagia hidup bersama Syafiq. Matanya juga selalu dikerlingkan ke arah Arina, membuatkan Arina tidak selesa di pandang begitu. Zarul mengakui yang Arina sangat cantik, persis Ayda Jebat. Bertubuh kecil molek dan berbibir seksi serta merah bak delima walaupun tidak memakai gincu merah.
"Sokay, lepasni kita buat perbincangan kat luar pulak." dalam lembut ada penegasan di dalam intonasi suara Syafiq itu.
"Okay." balas Zarul pendek sambil tersenyum ke arah Syafiq. Syafiq perasaan sebenarnya Zarul tidak senyum ke arahnya tapi, ke arah Arina. Semakin geram hatinya melihat perbuatan Zarul itu. Kalau diikutkan hati, ingin sahaja dia membatalkan kontrak kerja usaha sama mereka itu.
---
"Hello.. assalamualaikum?" sapa si pemanggil.
"Hello.. waalaikumusalam." Jawab Arina.
"Ni Rina kan?"
"Ya, saya yang bercakap. Ni siapa?"
"Saya Zarul."
"Zz..zarul?" Arina menjadi gugup.
"Ya, Zarul."
Arina terus meletakkan panggilan telefon. Dia pelik di mana Zarul mendapat nombor telefonnya.
"Ishh! Tak mungkin Syafiq yang bagi. Bonda? Hmm.. mungkin." tebaknya. "Ahhh.. apa tujuan dia sebenarnya call aku?" Arina sudah tidak keruan. Dia takut dia mengkhianati Syafiq. Takut perasaan yang semakin bercambah itu berpaling arah ke orang lain. Dan orang lain itu adalah Zarul!
Satu mesej masuk. Arina membuka perlahan mesej tersebut.
Dari: Unknown
Rina, dengar dulu apa saya nak cakap. Saya hanya nak sampaikan amanat abang saya. Mir, Mir tunang awak.Arina masih terfikir-fikir apa yang perlu di jawabnya. "Amanat apa lagi yang Mir tinggalkan? Ahhhh! Aku tak nak tahu!" Arina membiarkan sahaja mesej tersebut. Namun, masuk pula mesej kedua membuatkan hatinya berbelah bahagi.
Dari : Unknown
Benda ni penting sangat untuk awak tahu. Rina, please...Dari : Unknown
Kalau awak masih sayangkan Mir lagi, please kita jumpa..
YOU ARE READING
Hati-hati Dengan Hati
RomanceKisah silam membuatkan Arina Shahira sentiasa hidup dalam dilema dan trauma. Dua tahun dia jauh dari dunia luar. Hatinya kosong. Kehadiran Syafiq Khair merubah segalanya. Apakah yang berlaku kepada Arina Shahira? Dapatkah Arina Shahira melupakan...