Bab 35

4.5K 146 0
                                    

"Aikk, pelik mama tengok kamu ni Fiq. Tak keluar dating ke?" Perli mama Syafiq  kerana pelik melihat keadaan anaknya itu.

"Kenapa maa?" Lagi pelik buat Syafiq kerana ibunya tiba-tiba sahaja menanyakan hal tersebut.

"Mama tahu anak mama yang sorang ni memang lain sikit. Tapi, ni takda pun keluar jumpa orang. Balik kerja je terus balik rumah. Tak jumpa client ke? Tak jumpa Shahira?" Banyak soal ibunya.

"Takda benda penting pun nak jumpa client. Time kerja, kerja. Time rehat, kat rumah la Fiq ni. Pasal Shahira tu, Fiq ada satu ja masa yang di istilahkan 'dating' tu untuk jumpa Shahira. Shahira kata kalau nak jumpa dia boleh tapi, dalam masa 30 minit sahaja maa.. ni Fiq duk terfikir apa yang penting dan ada manfaat untuk Fiq jumpa dia. Dia pun pesan kalau perkara tu sia-sia baik tak payah."

"Pelik, pelik. Tapi, ikutlah yang mana baik ya untuk korang berdua. Mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk korang berdua. Dua-dua mama dah sayang."

"Baik maa.. Huhuhuu"

----------------------------------------------------------

"Alhamdulillah.. Terima kasih. Saya dah lama tunggu awak, Shahira."

"Maksud awak?"

"In Shaa Allah, nanti lepas awak dah sah jadi isteri saya, saya akan ceritakan pada awak."

"Hmmm.. ok." Balas Rina pendek. "Btw, saya ada syarat."

"Syarat apa?"

"Syarat pertama, kita akan bertunang lusa. Buat bebiasa ja, sarung cincin then, kita buat kenduri doa selamat. Syarat kedua, kita akan kahwin dalam masa 3 bulan lagi. Then, kita akan sama-sama sanding dengan abang saya, Ariff dan Athirah. Syarat ketiga, sepanjang kita ikat tali pertunangan ni awak dan saya takkan berhubung kecuali benda penting sahaja. Kalau k kalau, awak nak jumpa saya, awak hanya ada masa 30 minit untuk jumpa saya dalam satu perjumpaan SAHAJA. Syarat keempat, awak boleh jumpa family saya tanpa pengetahuan saya, saya tak kisah. Dan saya pun macam tu, kalau saya nak jumpa mama dan papa awak, saya takkan bagitahu awak. Syarat kelima, awak kena hati-hati dengan hati saya. Ok, itu sahaja. Syaratnya akan bertambah lepas kita nikah nanti. In Shaa Allah. Ada faham??" Panjang lebar Rina menerangkan syarat-syaratnya.

"Woww.. ok, In Shaa Allah. Saya faham."

"Ni lagi satu pesan saya, kalau ada hal nak jumpa tu please perkara yang bermanfaat ja jangan sia-sia." Nampak lembut namun, tegas bunyinya.

"In shaa Allah. Saya akan jaga." Syafiq berjanji di dalam dirinya untuk membahagiakan Rina sehingga hujung nyawanya.

----------------------------------------------------------

"Bila masa abang tunang????" Soal Anis terkejut semasa datang melawat sepupunya itu.

"Minggu lepas."

"Haa?? Minggu lepas? Kenapa tak bagitahu Anis?"

"Maaf, abang dan family lupa sebab busy uruskan persiapan semua. Lagipun, Anis kan busy dengan program sekolah. Abang tak nak lah kacau." Syafiq cuba memujuk. Namun, wajah yang Anis pamerkan sungguh muram dan sedih sekali. 'Dia sedih ke aku bertunang?'

"Ishh.. abang ni. Sampai hati. Anis tumpang gembira untuk abang tahu? Habistu, siapa tunang abang? Anis kenal ke?"

"In Shaa Allah, Anis kenal."

"Siapa??" Laju saja dia menyoal.

"Arina Shahira."

"Ohh.. what??! Rina? Macam mana abang boleh dengan dia?"

"In shaa Allah, dah jodoh."

"Hmm.. okay, tahniah abang. Kisah abang hampir selesai. Tapii.. Anis.. Hmm.." lama dia berdiam diri. "Abang, Anis nak cerita ni."

"Terima kasih. Kenapa muka Anis nampak sedih ja dari tadi? Ada masalah ke?"

"Abang.. Anis tak sangka. Tak sangka selama ni Farhan menduakan Anis. Dia ada orang lain! Kami dah putus tunang!"

"Masya Allah, kenapa boleh jadi sampai macam ni?"

"Masa Anis busy dengan program sekolah, Anis ingat dia faham. Tapi, dia selalu cakap Anis abaikan dia. Anis tak tahan. Anis stress bila dia keep saying that he's not loving me anymore. Sampai hati dia.." Anis sudah menangis.

"Sabar Anis. Benda macam ni boleh bawak bincang lagi. Jangan tergesa-gesa buat keputusan."

"Sudah abang, puas Anis pertimbangkan balik, Anis fikir dan cari jalan penyelesaiannya. Anis buat solat Istikharah semua. The answer is NO, all about him!"

"Kalau itu jawapannya, pilihlah yang terbaik buat Anis, dan jangan pernah sesalinya. Ok? Papa dan mama Anis dah tahu belum?"

"Dah, Anis dah minta pendapat mereka. Mereka pun sentiasa menyokong apa pun keputusan Anis."

"Anis, jadikan ni semua sebagai pengalaman hidup. Jangan pernah meragui takdir Allah. Bersyukurlah, mungkin nanti ada yang lebih baik untuk Anis nanti ya.."

"Hmm.. baik abang. Abang, doakan Anis tahu?"

"In Shaa Allah, doakan abang jugak ya." Perbualan mereka menyepi. "Izwan kirim salam pada Anis." Tiba-tiba, Syafiq teringatkan pesan Izwan beberapa minggu yang lepas.

"Waalaikumusalam.. Izwan?" Anis tersenyum. Teringat kenangannya dahulu saat berjumpa pertama kali dengan Izwan. Izwan istimewa dan hatinya telah dicuri tanpa disedarinya.

"Aah, sahabat abang kat Jordan dulu."

"Ya, yaa.. Anis ingat. Ingat sangat!" Dia tersenyum bahagia. Mungkin sudah jumpa peganti. Huhuhu..

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now