Bab 45

4.2K 127 0
                                    

Arina bangun setelah tidur diulit mimpi yang indah. Dia bermimpi melihat sekelilingnya penuh dengan bunga-bunga pelbagai jenis. Hal ini menambahkan lagi keceriaan dan kebahagiaan mereka pagi itu. Dia melihat di sebelahnya, Syafiq tiada di situ.

'Mana Syafiq pergi?' Desis hatinya. Arina bangun dan mengemas katilnya. Dia berjalan ke balkoni biliknya dan ternampak Syafiq sedang berbual-bual di telefonnya tetapi, kelihatan sungguh serius sekali. Arina cuba mengamati apa yang Syafiq sedang bualkan tetapi, dia hanya sempat menangkap butir bicara Syafiq iaitu "bersabar dan tenang dulu, nanti kita fikir jalan penyelasaiannya".

'Apa maksud dia?' Arina sedikit curiga. Tetapi, dia tidak cepat terpengaruh dengan perasaannya itu.

Syafiq kelihatan kusut sekali dan apabila dia berpaling, dia terlihat Arina yang sedang termenung itu.

"Awak?! Lama dah ke awak kat situ?!" terkejut Syafiq apabila ternampak Arina yang sedang berselindung di sebalik langsir.

"Tak lama sangat pun. Awak ni kenapa? Okay tak?" tanya Arina pelik melihat reaksi suaminya yang extra terkejut itu. 'Apa dia ingat aku ni beruk ka apa, dia punya reaksi tu. Haishh.. harap suami ja, kalau tak dah lama kena kiss. Huhuhu..'

"Eh, takda apalah. Awak tu lah duk tercegat kat situ. Berderau darah saya."

'Dah kenapa suami aku ni, macam buat salah besar ja gaya dia.' bisik Arina lagi sambil membuat muka pelik. "Hmm.. awak ni okay tak?" Tanyanya lagi pelik.

"Okay, dah jomlah mandi. Bersiap-siap kita sarapan sesama." Syafiq terus menuju ke bilik air untuk mandi.

"Hmm.. baiklah." Arina hanya menurut. Dia terlupa seketika mengenai tadi.

---

Semasa bersarapan, Syafiq memberitahu bahawa dia mahu ke Singapura 3 hari kerana ada urusan kerja di sana.

"Saya akan ke Singapura 3 hari, ada kerja sikit di sana." Setelah menyuakan nasi goreng special Arina ke mulutnya, Syafiq memulakan ceritanya. Dia langsung tidak mempelawa Arina untuk mengikutinya menyebabkan Arina terasa hati.

"Okay." balas Arina pendek. Dia menjauh hati. Mati terus selera makannya. Dia meletakkan sudu dan meminum air milo panas.

"Dah sudah ke sayang?" Syafiq tahu, isterinya menjauh hati tetapi, dia terpaksa. Hal ini kerana ada hal yang perlu di rahsiakan daripada pengetahuan Arina.

"Dah." Arina bangun dan membasuh pinggannya.

"Maaf, saya tak dapat bawak awak sekali." Syafiq cuba memujuk. Dia menghampiri isterinya yang membasuh pinggan itu. Arina masih berdiam diri. "Saya janji, nanti kita pergi honeymoon sama-sama kay? Lagipun, kita tak pernah lagi pergi honeymoon kan?" Pujuknya lagi. Kali ini dia memeluk dari belakang isterinya. Arina terpaku, dia terbuai dengan perasaannya sekarang. Dia bahagia, bahagia sekali.

"Awak.. dengar tak ni?" Bisik Syafiq di telinga Arina, membuatkannya tersedar.

"Haa? Okay." Balas Arina, pipinya terasa membahang menahan malu. Jantungnya juga berdegup laju pabila Syafiq memeluknya dari arah belakang seperti itu.

"Nanti, awak pilih ja awak nak p mana. Saya bawakan, okay sayang?" Ucap Syafiq sambil mencium pipi gebu Arina pantas. Tindakannya itu mengundang seribu satu rasa bahagia di dalam hati Arina. Hatinya berbunga-bunga. Pipinya pula semakin memerah menahan malu. "Awak ni kan, boleh tak simpan pipi tu? Saya gigit kang?!"

"Eh, awak ni sesuka hati je nak gigit 'pau' saya. Jangan memacam eh. 'Pau' saya ni aset saya tahu?" Arina tersengih sambil menekup mulutnya.

"'PAU' awak 'PAU' saya jugaa.." sengaja dia menekankan perkataan 'pau' itu kerana mahu mengusik isterinya.

"Yelah, sayang oii.. welkkkk!" Arina cuba melepaskan pelukan tadi namun, semakin erat Syafiq memeluknya. 'Maafkan saya, sayang. Hmm..' bisik Syafiq.

*****
ALHAMDULILLAH..
Hectic gila beberapa hari ni. Fuhhh! Dapat jugak update sesikit, walaupun risau berjuta kali ganda dalam diri ni.

Moga terus membaca dan, vote/comment pelishhh.. 😘

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now