Bab 52

3.8K 104 4
                                    

Pada pagi itu, Zarul bangun awal kerana ingin memulakan kerja-kerja pengintipannya. Dia menunggu di luar Hotel Suria. Kelihatan Syafiq menaiki teksi menuju ke satu tempat.

"Hmm.. dia nak pergi mana pulak ni? Baik aku ikot!" Zarul terus memulakan kerjanya. Dia tiba di satu destinasi perumahan. Zarul nampak Syafiq keluar dari teksi tersebut. Kelihatan seorang perempuan menyambut kedatangan Syafiq dengan mesra sekali.

"Whatt?!" Zarul terkejut apabila melihat perempuan itu memeluk manja Syafiq. "Masya Allah, aku tak sangka Syafiq. Kau sanggup menduakan Rina." Zarul kesal melihat adegan tadi. Tapi, akal positifnya pula cuba memujuk. 'No, Zarul. Kau kena selidik bebetul dulu baru kau buat kesimpulannya nanti. Fikir dulu sebelum bertindak!'

"Ya! Aku kena selidik bebetul dulu, tak boleh main tuduh ja." Zarul terus menunggu di satu kawasan.

Selepas 2 jam menunggu, Zarul melihat Syafiq keluar dari rumah tersebut. Lagi sekali, perempuan itu menyalami tangan Syafiq. Kelihatan mesra sekali persis seperti suami isteri. Zarul mengambil beberapa keping gambar bagi menjadikan bukti jika benar Syafiq curang.

"Nak inform Rina or tak? Aduhh! Aku belum confirm lagi so, baik simpan ja dulu."  Dia meneruskan perjalanan. Kali ini, Syafiq tidak pergi ke mana-mana. Dia terus kembali ke hotel tempat dia menginap.

'Tapi, Rina cakap Syafiq pergi Singapura ni atas urusan kerja. Tak nampak macam pergi uruskan kerja pun." dia mengumam sendirian.

---

Keesokkan harinya..

Zarul mengikuti Syafiq pergi ke hospital pula. "Apa yang Syafiq buat pulak kali ni?"

Syafiq memasuki satu bilik khas. Kelihatan seperti wad VIP. "Siapa yang sakit?" Zarul terus-terusan menyoal dirinya. Tapi, dia masih tidak mendapat jawapan.

Kali ini, 4 jam Syafiq menghabiskan masa di dalam wad khas tersebut. Zarul menunggu tidak jauh dari wad tersebut. Dia memegang surat khabar agar mengelakkan Syafiq dari menyedari kehadirannya di situ.

Syafiq keluar dengan seorang lelaki. Mereka saling berpelukan. Adegan itu dicuri-curi pandang oleh Zarul. Zarul mencuri dengar apa yang diperkatakan oleh lelaki tersebut terhadap Syafiq.

"Terima kasih Fiq, sebab tolong aku. Kalau takda kau taktaulah aku nak buat apa."

"Apa kau cakap ni? Dahla.. tu kan anakk.." ada seorang nurse sedang menolak troller  ubat. Jadi, Zarul tidak dapat mendengar apa yang diucapkan oleh Syafiq sehingga habis.

"Anak dia ke? Ahh! Tak mungkin! Aku kena sabar. Tunggu sampai dia balik dulu." Bisik Zarul perlahan.

Tiba-tiba, telefonnya berbunyi. Namun, mujurlah Syafiq tidak menghiraukannya. Zarul mencari satu sudut yang dia boleh menyorok sambil memerhatikan Syafiq. Dia terus menjawab panggilan tersebut.

"Hello.. Assalamualaikum? Zarul, macam mana? Any good or bad news?" Soal Arina di hujung talian.

"Waalaikumusalam. Jangan risau, semuanya okay." Zarul masih ingin memastikan segalanya baru dia memberitahu Arina.

"Awak, jangan sorok apa-apa tahu? Nanti dah bebetul pasti, bagitahu saya segera."

"Okay, Rina. Awak sabar k?"

"Hmm.. okay." Arina meletakkan panggilan selesai memberi salam.

Mata Zarul masih tidak terlepas memerhatikan Syafiq. Kelihatan Syafiq mahu meninggalkan hospital tersebut, Zarul pula terus memulakan aktiviti penyiasatannya.

Zarul pergi ke wad khas yang menempatkan 'anak'  yang diperkatakan oleh Syafiq tadi. Ada seorang anak kecil perempuan terlantar sakit, di tepi katil ada seorang perempuan sedang duduk dan menangis. Ya, dialah perempuan yang memeluk Syafiq semalam. Di sisinya ada lelaki yang bercakap dengan Syafiq tadi sedang berdiri. 'Siapa mereka ni semua dengan Syafiq? Mereka ada hubungan ke?' Fikir Zarul. Dia mengambil keputusan untuk menegur.

"Assalamualaikum?" Zarul menyapa lembut.

"Waalaikumusalam.." jawab mereka serentak. Mata mereka bertembung dengan sepasang mata redup milik Zarul.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now