"Mirr, sinilah. Kenapa jauh sangat?" Rina cuba meraih tangan Mir. Namun, tidak kesampaian. Mir hanya tersenyum di kejauhan. Rina melihat ke dalam mata Mir yang seperti ada sesuatu mesej. 'Apa maksud Mir??'
"Mirrrr!" Arina Shahira menjerit memanggil nama tunangnya itu. Tapi, Mir semakin menjauh dan hilang.
"Rinaa.." Rina terjaga apabila namanya di panggil. Rupanya dia hanya bermimpi dan dia telah tertidur setelah bertahajud tadi. 'Astaghafirullah.' Dia beristighfar di dalam hati.
"Awak okay tak?" Tanya Athirah lembut. Dia memegang bahu Rina seperti memberikan kekuatan.
"Hmm.. okay.. Dah pukul berapa ni?"
"Dah Subuh dah ni, jom solat?" Ajak Anis pula.
"Haa okay, jap." Rina terus ke bilik air mencuci muka serta mengambil wudhu'. 'Ya Allah, kuatkan aku." Doa Rina di dalam hati.
------------------------------------------------------
Selepas memberi salam, imam itu pula membacakan doa selepas solat. Suara yang mengimamkan solat Subuh mereka itu, amat merdu sekali sehingga menyentuh lubuk hati Rina. Namun, dia hanya menyimpannya di dalam hati.
Teringat kisah lama, waktu Mir mengimamkan Rina sekeluarga semasa dia datang untuk makan malam di rumah Rina. Waktu tu, mereka bahagia sekali dan Rina yakin bahawa Mir lah jodohnya. Dia kembali berdiam diri, muhasabah.
"Eh, suara siapa tu? Merdunyaa.." bisik Athirah kepada Anis. Namun, didengari oleh Rina disebelahnya.
"Hmm.. Syafiq!"
"Ohh.. patutlah. Bagusnya dia tu." Puji Athirah lagi.
"Awak ni Tirah, ingatlah kat FA awak tu. Jangan usha abang Syafiq saya tu."
"Hehe.. saya bergurau ja."
"Jomlah, kita balik bilik. Bersiap untuk senamrobik pula." Ajak Anis.
"Awak berdua pergilah dulu, saya nak stay sekejap. Lagipun, saya dah siap sekali tadi." Ujar Arina Shahira. Niat di hatinya ingin membaca Al-Quran sebentar.
"Hmm.. okay, Rina. Kami pergi dulu." Mereka terus berlalu pergi.
Tinggallah Rina di masjid itu. Dia pun mengambil al-Quran lalu, di alunkan bacaannya setelah pasti tiada orang di situ lagi. Dia merintih mengingati Allah SWT. Betapa dia banyak berdosa meratapi pemergian seorang manusia yang amat di cintainya.
"Berbaliklah cinta kepada Penciptamu iaitu Allah SWT. Nescaya, kamu juga akan dapat cinta sejatimu. In Shaa Allah." Tiba-tiba, satu suara menjengah hawa telinganya. 'Siapa?' Rina terus mencari arah suara itu. Namun, dia tidak nampak kelibat sesiapapun. Rina tidak ambil peduli lalu, dia bangun untuk mencabut telekung dan berlalu pergi. Sesekali suara itu mengetuk pintu hatinya.
YOU ARE READING
Hati-hati Dengan Hati
RomanceKisah silam membuatkan Arina Shahira sentiasa hidup dalam dilema dan trauma. Dua tahun dia jauh dari dunia luar. Hatinya kosong. Kehadiran Syafiq Khair merubah segalanya. Apakah yang berlaku kepada Arina Shahira? Dapatkah Arina Shahira melupakan...