Terbuai perasaan Rina mengenang kisah lama. Hanya Al-Fatihah dan doa yang dapat dikirimkan. 'Moga kau tenang di sana, Zamir Affandi.'
Bunyi loceng sekolah kedengaran menandakan habis waktu sekolah tepat jam 2 petang. Rina terlelap sebentar. Mimpi yang singkat namun, dapat jua melepaskan rasa rindu yang terbuku di hati.
"Jom balik, Rina. Saya hantarkan." Kata Athirah.
"Tapi, tadi abang saya cakap dia mahu menjemput saya pulang." Tolak Rina lembut.
"Ohh, takpelah esok awak tumpang saya okay? Mari, saya temankan awak sampai abang awak datang." Offer Athirah.
"Hmmm.. baiklah." Mereka berborak kosong sambil menunggu Ariff sampai. Sebenarnya pagi tadi, ibu Rina sudah menelefon Athirah supaya memerhati dan sentiasa menemani Rina. Risau katanya.
Kereta Audi milik Ariff berhenti dihadapan pondok tempat mereka berdua menunggu. Ariff menge'hon' keretanya lalu, dia turun dari kereta.
'Handsome gila abang Rina ni, aku tak tahu pulak dia ada abang sehandsome Nazim Othman tu! Fuyoo!' Bisik Athirah di dalam hatinya. Dia sudah tersimpul malu apabila Ariff tersenyum kepadanya. Sebelum ini, mereka tidak pernah berjumpa. 'Wahh, cinta pandang pertama ni! Huhuhu..'
"Jom, Rina." Ajak Ariff. Lalu, membuka pintu buat Rina. Rina bersalaman dengan Athirah tanda pamitan. "Terima kasih sebab teman Rina." Ucap Ariff sambil tersenyum manis. 'Perghh.. hati ni lain macam ja. Dah jatuh cinta ke?'
"Byebye, Tirah!" Ucap Rina pula sambil melambai-lambaikan tangannya.
"Byebye, Rina!" kuat dilaungkan oleh Athirah supaya Rina mendengarnya. "Byebye jugak, my firstlove. Huhuhuu.." Namun, kali ini suaranya di perlahankan sedikit. Malu la tuuu.. Huhuhuu..
YOU ARE READING
Hati-hati Dengan Hati
RomantizmKisah silam membuatkan Arina Shahira sentiasa hidup dalam dilema dan trauma. Dua tahun dia jauh dari dunia luar. Hatinya kosong. Kehadiran Syafiq Khair merubah segalanya. Apakah yang berlaku kepada Arina Shahira? Dapatkah Arina Shahira melupakan...