Bab 27

4.7K 134 0
                                    

Rina mundar-mandir di dalam shopping mall itu. Sebenarnya dia menunggu seseorang untuk bertemu janji. 'Ishh.. mana dia ni? Janji pukul 3, ni dah pukul 3.30' bebelnya. Dia ternampak bangku berkembar yang kosong di suatu sudut. 'Haa.. baik duduk sekejap!' Rina terus mendapatkan bangku tersebut.

"Ahh.. lega. Naik lenguh kaki ni berjalan padahal baru setengah jam. Huhuu.." dia mengambil telefon bimbitnya dan cuba mendail nombor Athirah. Namun, tidak dapat. 'Aishhh.. boleh tahan minah ni.' Semakin kuat bebelan hatinya.

Tiba-tiba, seorang lelaki duduk di sebelahnya. Rina tidak mempedulikannya dan meneruskan niat di hati untuk menghantar pesanan kepada Athirah.

Dari : Arina Shahira
Athirah, awak kat mana? Cepatlah! Saya dah lama tunggu ni.

Lima minit kemudian..

Dari: Athirah
Awak, sekejap lagi saya sampai. Maaf wakkk. 😭

Rina mendengus geram apabila selesai membaca mesej dari rakannya itu.

"Aishh.. nasiblahh." Keluhnya.

'Eh, Arina Shahira..' bisik Syafiq. Tiba-tiba sahaja hatinya berdebar-debar. 'Apakah yang aku rasa ni?' Belum sempat Syafiq ingin menegur, Rina terus berangkat bangun setelah mendapat pesanan kedua dari Athirah iaitu 'saya dah sampai, di cafe tempat biasa.'

'Aishh.. baru nak tegur. Hmmm.. ehh, aku ikutlah.' Syafiq mendapat satu idea utk mengekori kemana sahaja Rina ingin pergi pada hari itu memandangkan dia tengah cuti.

'Ohh.. nak pergi cafe ni rupanya. Dia jumpa siapa?' Syafiq terjengah-jengah mencari kelibat si penemu janji dgn Arina Shahira itu. Dia sudah seperti 'spy'. 'Hmm.. jumpa Athirah rupanya. Baik aku serbuuu!' wuuu..

Syafiq menuju ke arah Rina dan Athirah yg baru sahaja ingin memulakan perbualan.

"Assalamualaikum?" Tegur Syafiq.

"Waalaikumusalam." Jawab mereka berdua serentak.

'Selamat kau datang, kalau tak aku dah kena 'ceramah free' kat sini. Huhuhu..' bisik hati Athirah. Huhuhuu..

--------------------------------------------------------

'Aku kenal ke mamat ni?' Rina sudah menyoal di dalam hati. Dahinya sudah berkerut. Terbantut bebelannya pada Athirah tadi. 'Eh, tapi macam kenal. Ya Allah, kening dia.. hmm..'

"Siapa ni, Rina?" Tanya Athirah sambil tersengih. Athirah pun sudah terlupa siapakah gerangan yang telah menegur mereka itu. 'Suka la tu dapat lari dari dengar bebelan bakal adik ipar dia ni!' Dengus Rina.

"Maaf ganggu, hehehe.. saya Syafiq."

"Ohh..Syafiq ya.. Eh, chop! Chop! Syafiq yang kat program tu ehh? Come! Jom la join kami sekali?" Ajak Athirah pula dengan selamba. Rina sudah membesarkan matanya, hint utk Athirah supaya menarik balik ajakannya tadi. Athirah bangun untuk ke toilet tanpa pamitan kepada Rina. Lagi sekali, Rina membuntangkan matanya.

"Boleh jugak!" dengan pantas Syafiq mengambil tempat di hadapan Rina. "Tak sangka jumpa kat sini kan?"

"Haa? Maaf.." Rina blur.

"Sokay, awak apa khabar?"

"Alhamdulillah, sihat."

"Bila majlisnya?"

"Majlis apa?"

'Aikk.. dah lepas ke majlis dia? Mmm...' bisik hati Syafiq.

"Majlis apa ni Syafiq?" Athirah tiba-tiba menyampuk setelah duduk di sebelah sahabatnya itu.

"Shahira bukan kee..? erkk! Mmm.." tersekat-sekat Syafiq menuturkan kata.

"Ohh.. tu bulan depan. Jemputlah datang." Athirah pula yg beria. 'Baguslah, Rina dah 'ada'. Moga kau terus kuat Rina!'

"Ohh.. baiklah, in Shaa Allah. Mana tunang awak Shahira?"

"Erkk.. dia busy. Kami pun jarang jumpa dah sekarang." Ucap Rina selamba. Athirah pula yang bingung disitu.

"Masa bila Rina daaaaa.. tunn" Athirah tidak menghabiskan ayatnya apabila di jeling oleh Rina.

"Ouh.. boleh kan sy join awak berdua ni?"

"In shaa Allah, boleh." Mereka pun dengan perasaan awkward duduk satu meja menikmati Gerabak Coffee. Kadang-kadang Athirah bersuara memecahkan sunyi. Berbual kosong.

Setelah lebih kurang setengah jam di situ, Syafiq pun bangun dan menuju ke kaunter pembayaran untuk membayar semuanya. Lalu, dia datang semula ke meja yang mereka duduk tadi.

"Okaylah, sy kena pergi. Terima kasih untuk harini." katanya sambil tersenyum manis memandang Rina. Athirah perasan, Rina membuat muka takda perasaan. 'Aishh.. Rina-Rina..'

"Haa okay, ni kad jemputannya. Jemputlah datang ye, Syafiq." Athirah menghulurkan kad jemputan pertunangannya, Syafiq mengambilnya tanpa melihat dengan minat. "Kami buat biasa-biasa je. Datanglah, okay?"

"In Shaa Allah.. okaylah, terima kasih sebab sudi terima saya yang penyibuk ni. Hee.." dia cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan wajah sedih.

"Ehh.. takda yang sibuklah. Awakkan kawan Rina. Bererti kita kawan jugakk! Btw, thanks belanja kami" Beria benar Athirah jumpa 'kawan baru' Rina. Syafiq pula hanya mengangguk.

"Shahira, tahniah.." ucap Syafiq lemah. Namun, di dengari oleh Rina. Syafiq terus berlalu pergi.

"Ehh.. handsome jugak ek Syafiq tu bila dekat-dekat ni, awak ada apa-apa ke dengan dia? Bukan main lagi saya tengok dia curi-curi pandang awak tadi. Huhuhuu.."

"Dahlah wak. Jom, kita balik!" Rina tidak melayan apa yang diperkatakan Athirah itu. Dia mahu segera pulang ke rumah.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now