Bab 54

4.1K 117 5
                                    

"Syafiq, kau ada adik?" Tanya Zarul. Dia perlu memastikannya. Dia nekad untuk berterus-terang dengan Syafiq.

"Ada, adik perempuan. Macam mana kau tahu?"

"Jadi, betullah adik kau Syafiqah?"

"Ya." Satu keluhan berat dilepaskan oleh Syafiq. "Macam mana kau kenal dia?" Tanyanya pula terkejut.

"Erkk.. aku kenal dia masa di US dulu."

"Ohh, korang coursemate?" Syafiq tersenyum.

"Tt-tak." Dia menarik nafas dalam, cuba menatap wajah Syafiq yang seakan sedang tersenyum kepadanya itu. 'Mungkin nih masanya untuk aku berterus-terang dengan Syafiq. Aku redha..'

"Ohh.. just kenal satu kampus jelah?"

"Tak, lebih dari itu." Kali ini, Zarul jawab lebih tenang.

"Maksud kau? Aku tak faham?" Syafiq terkesima mendengar jawapan Zarul. 'Apa yang Zarul cuba sampaikan ni?'

"Aku pernah terlanjur dengan Syaf, banyak kali." Terketar-ketar suara Zarul.

"What?!!" Satu tumbukan tepat dan padu hinggap di pipi Zarul. "Kau?!" Syafiq terus  mencengkam kuat baju kemeja yang di pakai Zarul itu. Mukanya memerah jelas menunjukkan yang Syafiq sedang marah.

"Aku minta maaf. Aa-aku.. tinggalkan dia. Aku biarkan dia, masa dia mengandungkan anak aku. Maafkan aku, Syafiq. Maafkan aku.." Zarul mengelap bibirnya yang pecah itu. Air mata jantannya jatuh mengalir dipipi. "Kau boleh pukul aku, sebanyak mana yang kau nak. Aku terima, aku redha. Kalau itu boleh puaskan hati kau." Zarul menadah muka dan tubuhnya untuk di henyak oleh Syafiq.

Syafiq mengangkat tangannya cuba untuk menumbuk Zarul lagi sekali. Tetapi, akal warasnya menghentikan segala gerak-gerinya itu. Dia mengucap Istighfar banyak kali. Cuba menyedarkan dirinya yang seperti di rasuk amarah nafsu syaitan itu.

"Kenapa? Kenapa kau tinggalkan Syaf?" Syafiq juga turut menangis. Dia melepaskan cengkaman tangannya dia baju Zarul. Dia duduk berteleku di sofa rehatnya.

"Mm-maafkan aku, Fiq. Aku tak fikir matang. Aa-aku.. dah buat silap besar."

"Syaf mengandungkan anak kau tapi, kau buang dia gitu ja. Macam anak kucing, Zarul. Aku tak boleh terima!"

"Maafkan aku, Fiq. Maafkan aku." Zarul menangis juga mengesali perbuatannya dahulu.

"Maaf? Senangnya kau cakap.." Syafiq tersenyum sinis. "Setelah apa kau buat kat dia? Sampai dia kena buang keluarga?!"

Zarul terkejut dan spontan dia membesarkan matanya. "Kena bb-buang keluarga?"

"Ya, tiga tahun lepas.. dia pulang ke Malaysia. Dia bagitahu kami sekeluarga yang dia dah terlanjur dan sedang mengandung. Bila aku dan parents aku tanya siapa yang buat, dia rahsiakan segalanya walaupun kami dah paksa. Mama dan papa tak boleh terima tu jadi, mereka terus buang Syaf." Cerita Syafiq. Dia seakan sedih mengenang kisah lama itu. Sedih pabila mengenangkan adik kandungnya sendiri sanggup menconteng arang ke muka parentsnya. Dia juga sedih adiknya itu dibuang keluarga. Tetapi, baginya Syafiqah tetap adik kandung dan dia tak pernah membuangnya.

"Aa-aku.." ayat Zarul terputus, dia tidak tahu apa yang perlu dibalasnya.

"Sudahlah, Zarul. Nak dikesal pun nasi dah jadi bubur. Aku tengah usahakan untuk pujuk Syaf balik ke pangkuan family kami. Rina tak tahu apa-apa pun sebab aku tak pernah cerita kat dia pasal ni. Dia tak pernah tahu yang aku ada adik kandung."

"Kau akan bagitahu dia?"

"Soon."

"Kau marahkan aku?" Tanya Zarul lagi. Kali ini, dia terima jika Syafiq sudah tidak mahu berkawan dengannya lagi.

"Marah tu ada. Tapi, nak buat macam mana kan. Bagi aku masa dan ruang untuk redakan perasaan aku ni dulu." Tenang sahaja Syafiq berbicara.

Zarul kesal dengan perbuatannya dahulu, andai dapat di putarkan balik waktu dia pasti memperbaiki kesilapannya dahulu. Dia teringat pula mengenai Sarah.

"Sarah tu anak aku ke?" Zarul bertanya sambil memandang tepat ke mata Syafiq.

"Tu kau kena tanya Syaf sendiri. Aku takda jawapan untuk soalan kau tu." Syafiq menepuk-nepuk bahu Zarul. Dia meninggalkan Zarul yang terkulat-kulat sendiri.

---

"Awak tak payah risau, Syafiq tu baik orangnya."

"Terima kasih, Zarul. Terima kasih banyak-banyak sebab tolong saya." Arina bersyukur dan amat senang hati dengan apa yang dikhabarkan oleh Zarul itu. Dia sudah salah sangka dengan suaminya sendiri. 'Maafkan saya, Syafiq. Saya meragui awak.'

Zarul tidak memberitahu apa-apa sebab yang disorokkan oleh Syafiq yang membuatkan dia lebih berpuas hati dengan makluman Zarul itu. "Tapi, Zarul.. kenapa dia selalu pergi ke Singapura? Memang betul ke dia ada urusan kerja di sana?" Arina masih ingin menyelidik.

"Nanti dia sendiri akan beritahu awak. Awak jangan risau k? Saya harap awak lebih bersedia untuk terima apa-apa kemungkinan nanti." Zarul tersenyum pendek lalu, dia menunduk.

"Kenapa ni Zarul? Awak buat saya takut." Arina merenung Zarul dalam. "Ada apa-apa yang saya tak tahu lagi ke?"

"Nanti Syafiq sendiri akan cerita kat awak. Jangan risau. Takda apa-apa pun." Zarul menyedut pula minuman di hadapannya. Lalu, dia tersenyum pendek seperti menyembunyikan sesuatu.

*****
Atas permintaan daripada pengomen setia HHdH nih, saya update lagii.. yeayy! huhu

Terima kasih banyak-banyak!
Please vote and comment, hehe..
Sbb sy nak tambah baik penulisan saya dan terus bersemangat untuk menulis cerita ni sampai habis. Kikikiki.. hehe

Sabar k, dah nak habis dah ni. Sikit je lagi, sabar k 😉😉😉
Mmuahhh.. 😘

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now