Bab 41

4.4K 141 0
                                    

Sudah seminggu semenjak Hari Perkahwinan mereka berlangsung. Syafiq membawa Arina pulang ke rumahnya. Actually, bukan rumahnya, rumah mereka berdua. Hal ini kerana Syafiq membeli rumah tersebut sempena hadiah perkahwinan mereka untuk kejutan kepada isterinya yang tercinta.

"Awak suka?"

"Suka! Cantiknyaa awak.." puji Arina sambil buat muka kagum dan terharu dengan kejutan dari suaminya itu.

"Erkk.. bukan cantiknya saya, cantiknya awakkk.. hee.." Kata Syafiq lalu, datang memeluk Arina dari belakang.

"Ishh.. awak ni! Ngada! Hehe.. terima kasih awak." Arina berpaling menghadiahkan senyuman kepada suaminya itu. Bahagia.

"Sama-sama sayang. Ni semua untuk awak, untuk kita and untuk bakal anak-anak kita. Auchh! Sweet tak? Huhu.."

Kedua belah pipi Arina sudah merona merah. Malu! "Malulah awak cakap cam ni! Hiks!" Arina yang dipeluk membelakangkan Syafiq takut suaminya sedar yang pipi gebunya itu makin pekat merahnya.

"Ala.. sayang, takkan tak sweet kot." Syafiq menarik lembut bahu isterinya untuk cuba memalingkan tubuh itu supaya menghadapnya. "Saya sayang awak tahu?"

"Terima kasih, Syafiq. Sebab sudi terima saya." Arina masih teragak-agak ingin menuturkan kata-kata sayang apatah lagi cinta.

"Sama-sama sayang. In Shaa Allah, saya terima awak seadanya. In Shaa Allah jugak, saya akan jaga hati awak." Syafiq tersenyum kerana tidak ingin memaksa isterinya itu. Dia tahu ambil masa untuk Arina menuturkan kata-kata sayang dan cinta buatnya. Dia akan buat Arina jatuh cinta dengannya! Syafiq juga berjanji akan menjaga hati Arina. Dia akan tetap menunggu tiba saatnya itu. Tiba waktu untuk Arina melafazkan cinta.

"Awak nak air? Saya buatkan." Walaupun Arina mengenakan pelbagai syarat yang akan mengatur hidup mereka tapi, dia tak pernah lupa tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

"Hmm.. boleh jugak."

"Awak nak air sejuk ke air panas?"

"Awak buatkan sirap ais boleh? Saya terasa nak minum air sirap la. Hehe.. ais tu ada dalam freezer tahu?" sempat Syafiq memesan sebelum Arina berlalu hilang ke dapur.

"Nah, minumlah." Arina mengangkat secawan sirap ais dan kek batik yang baru dia buat semalam di rumah ibu dan ayahnya.

"Awak suka buat kek batik eh?" Tanya Syafiq.

"Suka! Sedap tak?" Tanya Arina pula teruja ingin tahu pandangan Syafiq kerana sebelum ni orang yang merasa kek batiknya pasti akan memuji-muji. Sedap lah katakan!

"Opkos lah sedap sayang. Air tangan isteri saya."

"Oohh.. kalau bukan air tangan isteri awak tak sedap lah eh?" Duga Aripna. Saja ingin mengusik.

"Eh, tapi tetap sedap. Nyummmy! Manis macam pembuatnya. Huhu.."

"Eleh.. kononlah tu nak memujuk. Maaf, tak dilayan!" Rina memalingkan muka tanda merajuk.

"Alololo.. sayang, awak memang tetap manis sebab tu hari makin hari makin bertambah sayang saya ni pada awak. Tahu?" Pujuk Syafiq sambil mencium pipi Arina. Makin merona merah pipi Arina.

"Haha.. okay, sayang." balas Arina perlahan. Namun, didengari Syafiq.

"Apa? Tak dengar? Awak cakap apa tadi?" Syafiq meletakkan tangan di telinganya seperti speaker. Dia mengacu-acukan gaya tersebut disebelah Arina.

"Okay." Balas Arina pendek.

"Okay apa?" lagi sekali dia membuat gaya tersebut. Arina tersengih melihat gaya suaminya itu.

"Okay, sayang. Welkkk!" Arina terus bingkas bangun berlari-lari anak. Lalu, dikejar oleh Syafiq di belakangnya. Dengan sekelip mata sahaja, Arina telah berada di dalam dakapan Syafiq.

Mereka terbuai dengan perasaan mereka. Lalu, Syafiq mencium lembut pipi Arina. Seluruh tubuh Arina terpaku.

"Terima kasih, sayang. I love you!" ucap Syafiq manja.

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now