Bab 39

4.1K 142 0
                                    

'Kongsi?' Rina masih lagi bertanya di dalam hatinya.

"Kenapa awak terkejut? Tak boleh ke kita kongsi?"

"Haa? Hmm.. bb..boleh."

"Ok sayang, jomm!" Syafiq terus memaut tangan Rina. Reaksi spontan itu telah mengejutkan Rina. 'Dupp dapp..!' Hatinya berdebar. 'Sweetnya dia.. hmm..'

"Jomm duduk." Syafiq menarik kerusi untuk Rina. Namun, Rina hanya mampu tergamam. Baru dia teringat, Mir pernah bercakap kepadanya..

----------------------------------------------------------

"Ishh.. Mir ni tak sweet lah!" Rina membentak kerana Mir tidak terlalu memanjakannya, tidak terlalu sweet serta tidak pandai beromantik.

"Kalau semuanya Mir bagi sebelum kahwin nanti tak rasalah nikmat sweet extra luar biasa masa dah kahwin nanti. Kan? Sebab apa, sebab Mir dah buat semuanya sebelum kahwin. See?" Tenang sahaja bunyinya.

"Hmmm.. ok." Itu sahaja Ariana Shahira mampu membalasnya.

-----------------------------------------------------------

"Awak nak makan apa?" Syafiq melihat Rina terdiam dan termenung seketika. Dia cuba melambai-lambaikan tangannya ke arah muka Rina. "Hello.. Hello sayang??"

"Ahh.. ye, kenapa?" Rina kembali sedar. 'Ishh.. aku ni sempat lagi termenung!' Marah hatinya.

"Awak nak makan apa?"

"Saya tak nak makanlah, kalau awak nak makan, makan jelah. Saya teman ni."

"Saya ambil kuih eh? Tak elok jugak kita biarkan perut kosong kan? Nanti nak bersanding pulak. Kena tenaga banyak kan, nak senyum dan layan tetamu lagii?"

'Eh, senyum pun kena guna banyak tenaga ke?' soalnya. "Hah, hmm.. ok."

Syafiq terus berlalu pergi untuk mengambil kuih-muih. Rina pula tanpa di pinta mengambil secawan air kosong untuk suaminya. Lalu, mereka duduk di tempat yang sama.

"Jom, makan. Ambillah, jamah." Syafiq mengambil kuih karipap. Dia makan dengan tertibnya. Dia pandang ke sisi melihat isterinya. 'Dia ni memang taknak makan ke? hmmm.. aku suaplah!'

"Sayang, aaaa..." Syafiq menyuakan karipap yang telah digigitnya ke mulut Rina. Namun, terhenti apabila melihat reaksi blur-blur dari isterinya itu. "Bukak mulut pliss... vromm.. vromm.." kali ini Syafiq membuat versi kereta lumba pula untuk menarik perhatian Rina. Rina tersengih melihat gelagat suami yang baru menikahinya itu. 'Comel jugak dia ni. Hmm..'

"Awak okay tak ni?" Tanya Rina pelik sambil tergelak kecil.

'Wahh.. firstime tengok dia gelak. Comelnya isteri aku ni.' bisik hati Syafiq. "Saya okay la, nah makan ni sayang."

Rina membuka mulutnya lambat-lambat. Lalu, dia tersenyum. 'Betul kata Mir, lagi manis rasanya hubungan dan kemesraan selepas nikah, hubungan yang halal.'

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now