Bab 9

6K 165 0
                                    

Seusai solat berjemaah, Rina bersalam-salaman serta memohon maaf kepada semua ahli keluarganya yang ada di situ. Setelah sekian lama, dia bersendiri. Akhirnya, sekarang keadaan dia telah semakin membaik. Sudah mahu makan semeja, solatbjemaah bersama-sama, duduk di hadapan televisyen serta bermesraan dengan mereka walaupun kadang-kadang masih lagi janggal.

"Rina nak minta maaf, minta ampun banyak-banyak selama dua tahun ni Rina banyak menyusahkan semua. Rina buat semua susah hati. Maafkan Rina.. Doakan selalu supaya Rina kuat, okay? Rina cuba.. hmm.." air matanya mengalir perlahan mengiringi setiap bait kata yang di tuturkannya.

"In Shaa Allah sayang, kami semua sentiasa ada untuk Rina. Rina jangan pernah fikir yg Rina keseorangan. Kami ada.." Pujuk ibunya.

"Rina, kalau rindukan Mir, sedekahkan al-Fatihah dan doa supaya Allah sampaikan rindu kita tu. Biarkan Mir tenang di sana ya?" ayahnya pula bersuara menasihati. Dia menepuk-nepuk lembut belakang Rina. "Kami nak Rina yang dulu." luruh lagi air mata Rina. 'Ya Allah, apa yang aku dah buat selama ini? Ampunkan aku, hambaMu yang lemah ini. Tidak kuat menerima dugaanMu. Astaghafirullah.' Rina beristighfar di dalam hati menyesali perbuatannya yang seperti mensia-siakan hidupnya itu.

Rina terus mendakap kedua-dua orang tuanya itu. Ariff pula hanya menjadi pemerhati. Sesekali menitis jua air mata lelakinya apabila mengenangkan penderitaan adik perempuannya itu.

"Sabar ya sayang. Ingat, Allah takkan uji seseorang itu andai mereka tidak mampu." Nasihat ibunya lagi. Semakin reda tangisan Rina. Mungkin sudah semakin menerima hakikat, yang pergi tidak akan kembali lagi. Meskipun begitu, Mir tetap ada di jauh lubuk hatinya. Al-Fatihah..

Hati-hati Dengan HatiWhere stories live. Discover now